Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Berita Semasa,

Segera beramal sebelum datang enam perkara

by Muhd Azman Mohd NawiMarch 6, 2020
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
5404d05d-2c8a-4833-8ecd-4cdc8ebcee54
Aktivit 'Rock Climbing' memerlukan keberanian dan kerjasama berkumpulan.

CUBA bayangkan dunia masih lagi gelap walaupun sudah masuk waktu pagi dan tengah hari. Tambah menggusarkan hati apabila keadaan itu bukan berlaku sehari atau dua hari, tetapi berhari-hari lamanya.

Andai kata, perkara itulah yang terjadi, dunia sebenarnya menghampiri penamatnya. Masakan tidak, ia merupakan antara tanda akhir hari kiamat.

Menurut para ulama, terdapat riwayat menyatakan, suasana gelap itu akan berlaku selama dua hari dan ada riwayat lain menyatakan, dunia akan bergelap selama tiga hari.

Ini bermakna, jika keadaan gelap itu berlanjutan selama tiga hari, pada hari keempat, matahari tidak lagi terbit dari sebelah timur, sebaliknya dari sebelah barat.

IKLAN

Topik itu akan dibincangkan dalam episod 10, rancangan Al-Qariah yang disiarkan di TV Alhijrah pada jam 7.30 malam ini.

Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Bersegeralah dalam beramal sebelum datang enam perkara: Terbitnya matahari dari barat, asap, Dajal, al-Dabah, perkara khusus daripada kalangan kamu (kematian) dan urusan umum (kiamat).” (Riwayat Muslim)

Bahagian Kandungan TV Alhijrah dalam satu kenyataan kepada Sinar Islam berkata, ketika matahari terbit dari sebelah barat, maka telah tertutupnya pintu-pintu taubat. Ketahuilah bahawa sesiapa yang cuba ‘mendatangkan’ imannya pada masa itu, walhal mereka berpeluang berbuat demikian sebelum waktu genting itu lagi, maka tidak bermanfaat apa yang mereka lakukan ketika itu.

“Begitu juga pada hari itu keluarlah ayat-ayat ALLAH SWT, kepada mereka yang cuba beramal soleh ataupun melakukan yang terbaik, maka ia sama sekali tidak akan diterima oleh ALLAH SWT,” kata kenyataan itu baru-baru ini.

IKLAN

Pada hari pertama matahari terbit dari barat, riwayat yang masyhur menyatakan, ia mengambil masa selama setahun yang dilalui oleh manusia sepertimana yang disebutkan Nabi Muhammad SAW, jelas kenyataan tersebut.

“Hari kedua juga panjang iaitu seperti sebulan. Berikutnya, hari ketiga panjangnya seperti seminggu, manakala pada hari keempat baru ia kembali seperti biasa,” ujar kenyataan itu.

IKLAN

Kupasan lanjut mengenainya akan dihuraikan oleh Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim dan Ustaz Syed Shahridzan Syed Mohamed pada malam ini.

Kepada mereka yang menonton rancangan itu, jangan lepaskan peluang menyertai kuiz yang dianjurkan dan menangi hadiah yang ditawarkan.

Caranya begitu mudah iaitu dengan mengumpulkan soalan dan jawapan sehingga episod 16, sebelum menghantar penyertaan berserta butiran diperlukan kepada pihak penganjur.

Al-Qariah antara lain merupakan program bual bicara yang membincangkan tentang tanda-tanda akhir hari kiamat. Ia mula menemui penonton sejak 3 Januari lalu selama 16 episod yang akan berakhir 17 April ini pada setiap hari Jumaat.

IKLAN
Segera beramal. tanda kiamatsinar islam
Previous

Kenali 12 ciri-ciri hamba ALLAH YANG MAHA PENGASIH

March 6, 2020
Next

Dosa tidak akan terhapus walaupun telah qada solat yang ditinggalkan

March 8, 2020

Related posts

an (3)
Berita Semasa,

Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

by Fatin Fatihah HussinJune 22, 2022
Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (22)
Berita Semasa,

Beri hadiah tidak senonoh di majlis perkahwinan. Apakah hukumnya?

by Fatin Fatihah HussinJune 21, 2022
tempahan ibadah korban meningkat
Berita Semasa, Dalam Negara,

Tempahan ibadah korban meningkat, waspada pakej palsu

by Sarrah MohsinJune 17, 2022
Untitled design (41)
Berita Semasa,

Malaysia pilihan teratas destinasi pelancong Muslim

by Fatin Fatihah HussinJune 16, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.