Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Berita Semasa,

“Sambung belajar di usia senja tiada guna, lebih baik tumpu akhirat!” – Komen warganet ini dikecam

by Fatin Fatihah HussinMarch 10, 2023
2
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB - 2023-03-10T095627.208
BAIK masih muda mahupun tua, usia hanyalah berada pada angka dan bukan pada ukuran keupayaan seseorang itu.

“Sambung belajar di usia senja tiada guna, lebih baik tumpu akhirat!” – Komen warganet ini dikecam…

WALAUPUN sudah berusia 64 tahun dan mempunyai 10 cucu, wanita ini tetap gigih menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia (USM).

Sejak tularnya berita berkenaan, ada yang mengkritik dan ramai yang menyokong usaha wanita berkenaan.

Menerusi satu ciapan di laman Twitter SyedAkramin menunjukkan beberapa komen warganet yang negatif dan biadap, kata mereka, belajar di usia tua sudah tidak berguna dan lebih baik tumpu akhirat sahaja.

IKLAN

Rata-rata yang membaca komen itu sangat terkesan kerana masih wujud manusia yang mempunyai mentaliti sebegini. Seharusnya kisah wanita tersebut dikongsi dan dijadikan inspirasi kepada mereka di luar sana dan bukannya menambah rasa dengki.

Ketahuilah, usia bukan penghalang untuk sesiapa sahaja melanjutkan pelajaran. Baik masih muda mahupun tua, usia hanyalah berada pada angka dan bukan pada ukuran keupayaan seseorang itu.

SEHARUSNYA kisah begini menjadi inspirasi kepada masyarakat di luar sana agar menjadi ikutan dan contoh yang usia bukanlah penghalang kepada sesiapa sahaja untuk menuntut ilmu.

Menuntut ilmu wajib bagi umat Islam

Ilmu merupakan perkara yang penting bagi setiap individu terutama untuk umat Islam bagi mencapai kesejahteraan di dunia mahupun akhirat.

IKLAN

Telah berkata Imam al-Syafie RA: “Menuntut ilmu itu lebih baik daripada melakukan ibadah sunat”.

Memetik perkongsian Mufti Wilayah di laman Irsyad Al-Hadith, menuntut ilmu merupakan kewajipan dan tuntutan terhadap setiap insan.

BACA JUGA Doa dijauhkan daripada 4 jenis ilmu yang tidak bermanfaat

IKLAN

“Ini kerana, ilmu merupakan kayu ukur dalam setiap kehidupan manusia dalam menentukan sama ada perkara tersebut baik atau tidak.

“Ia adalah tuntutan daripada ALLAH SWT dan Rasulullah SAW kepada seluruh umat Islam sebagaimana firman-NYA dalam surah al-Taubah yang bermaksud: “Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya”.

Buku amalan

TELAH berkata Imam al-Syafie RA: “Menuntut ilmu itu lebih baik daripada melakukan ibadah sunat”.

“Dalam sebuah hadis, daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka ALLAH SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah ALLAH, membaca kitab ALLAH (al-Quran) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta ALLAH SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-NYA”. (Hadis Riwayat Muslim)

BACA JUGA Nasihat emas Syeikh Umar al-Afriki kepada penuntut ilmu

“Berdasarkan dalil-dalil di atas jelas menuntut umat Islam untuk mencari ilmu tanpa mengira batas usia kerana setiap detik wajar diluangkan untuk mempelajari ilmu-ilmu yang bermanfaat, sama ada ilmu untuk kebahagian di dunia mahupun kebahagian di akhirat,” jelas Mufti di laman artikel berkenaan.

IKLAN
Previous

9 fakta tentang syurga yang anda patut tahu

March 10, 2023
Next

Culas bayar fidyah ibarat berhutang dengan ALLAH

March 10, 2023

Related posts

GAMBAR PORTAL FB - 2023-03-14T171639.786
Berita Semasa,

Segera siasat ‘perarakan LGBTQ’, tiada kompromi sebarang perbuatan bertentangan ajaran Islam

by Fatin Fatihah HussinMarch 14, 2023
peluk Islam
Berita Semasa,

Terpaut dengan alunan merdu al-Quran di Masjid Negara, dua pelancong Jepun peluk Islam

by Sarrah MohsinMarch 10, 2023
mentega terbang
Berita Semasa, Dalam Negara,

“Tak salah kaji agama lain, tetapi…”, ini ulasan bekas Mufti Wilayah Persekutuan terhadap filem ‘Mentega Terbang’

by Sarrah MohsinMarch 7, 2023
GAMBAR PORTAL FB - 2023-03-06T181532.967
Berita Semasa,

Isu tauliah mengajar, JAKIM tegaskan tiada campur tangan pihak Jabatan Menteri Agama

by Fatin Fatihah HussinMarch 6, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.