Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Berita Semasa,

‘Saham’ dosa diwarisi ke kalau ajar orang lain buat maksiat?

by Muhd Azman Mohd NawiMay 18, 2020
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter

ORANG kata, kalau buat baik dibalas baik dan jika berbuat jahat pula dibalas dengan balasan jahat juga.

Ia samalah konsepnya macam kalau kita buat baik dan mengajarkan orang berbuat baik atau lakukan perkara yang bermanfaat. Pahalanya mengalir jika orang itu lakukan apa yang telah kita ajarkan.

Itulah yang dikatakan sebagai ‘saham’ kita di akhirat kelak.

Tapi, andai kata seseorang pernah terajar orang lain melakukan maksiat dan kini setelah dia bertaubat, adakah dosa individu yang diajarkan tadi akan mengalir sama kepadanya setiap kali orang itu berbuat kemungkaran tersebut?

IKLAN

Kadangkala situasi ini bukan boleh dijangka. Semua itu tak mustahil bila datang hidayah daripada-NYA.

Bila sudah bertaubat, dah tentulah individu tadi akan cari semula orang yang pernah diajarnya dulu. Tapi tak jumpa walapun bermacam jenis usaha dilakukan. Bukan apa, dia nak menebus dan membetulkan kesalahan yang lalu. Macam mana ya?

Dalam perihal maksiat ini, Islam melarang keras umatnya untuk membantu dan melakukan perkara yang bercanggah dengan syariat.

Ini kerana, sesiapa yang memberi petunjuk kepada sesuatu perkara, maka ALLAH akan membalas dan memberikan ganjaran terhadap apa yang dilakukannya mengikut apa yang dikerjakannya.

Firman ALLAH SWT: (Mereka dibiarkan menuduh dengan yang demikian) supaya mereka memikul dosa-dosa mereka dengan sepenuhnya pada hari kiamat dan juga memikul sebahagian daripada dosa orang-orang yang mereka sesatkan dengan tidak bersandarkan pengetahuan yang benar; sesungguhnya amatlah buruk dosa-dosa yang mereka lakukan itu.” (Surah an-Nahl, ayat 25)

IKLAN

Disebabkan itu, sesiapa yang melakukan kemungkaran, maka wajib untuk mereka bertaubat. Mohonlah keampunan dengan bersungguh-sungguh dan berazam tidak mengulanginya kembali.

Pada masa sama, perbaiki keadaan yang pernah kita lakukan sebelum ini. Insya-ALLAH ALLAH akan ampunkan kerana DIA MAHA PENGAMPUN lagi MAHA MENGASIHANI walau sebesar mana pun dosa yang dilakukan hamba-NYA.

ALLAH SWT berfirman: “Kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, AKU terima taubat mereka dan AKULAH yang MAHA PENERIMA TAUBAT, lagi MAHA MENGASIHANI.” (Surah al-Baqarah, ayat 160)

IKLAN

Apabila seseorang bertaubat bersungguh-sungguh, memperbaiki keadaan dan kemaksiatan yang dilakukannya serta tidak mengulangi perbuatan berkenaan, dosa berkenaan tidaklah diwarisi.

Ia melainkan jika mereka masih belum bertaubat terhadap dosa yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Sesungguhnya, ALLAH SWT MAHA PENGAMPUN lagi MAHA MENYAYANGI. Bahkan, ALLAH juga berjanji akan menghapuskan segala dosa yang dilakukan oleh hamba-NYA apabila mereka bertaubat dengan taubat nasuha iaitu bersungguh-sungguh.

Seandainya seseorang itu telah berusaha mencari dan memperbaiki kesan kemaksiatannya sebelum ini dan tidak mampu menyelesaikannya, maka dengan usahanya itu moga segala dosa yang telah dilakukan akan diampunkan.

Justeru, jangan berputus asa untuk bertaubat dan memohon keampunan daripada-NYA.

Semoga ALLAH turut memberikan hidayah dan rahmat kepada kita semua.

(Sumber: Al-Kafi #1504: Apakah Dosa Mengajar Kemaksiatan kepada Seseorang akan Diwarisinya, laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)

IKLAN
agamadominasi gaya hidupDosa diwarisisinarplus
Previous

Ini dia kategori tidur yang tetap dapat ganjaran lailatulqadar

May 17, 2020
Next

Suami menganggur, perlu ke bayar zakat fitrah?

May 19, 2020

Related posts

Wang sumbangan
Berita Semasa,

Bolehkah guna wang bantuan pihak sekolah untuk beli telefon?

by Nurulfatiha MuahJanuary 19, 2023
nafsu akal
Berita Semasa,

Ke mana hala 9 nafsu wanita? Ini jawapan Mufti

by Sarrah MohsinJanuary 18, 2023
GAMBAR PORTAL FB (67)
Berita Semasa,

Hilang di Mekah, usaha mencari Ustaz Musthafa masih diteruskan

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023
babi
Berita Semasa,

Penyakit demam babi Afrika sedang berleluasa, benarkah membunuh babi dapat pahala sunat?

by Sarrah MohsinJanuary 18, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.