Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Berita Semasa,

Promosi ‘Jom Ziarah Gereja’, fahami mengapa ia salah di sisi Islam dan undang-undang negara

by Fatin Fatihah HussinMarch 20, 2023
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB - 2023-03-20T145310.523
PROGRAM ziarah gereja seolah dilihat memberikan pendedahan kepada golongan remaja tentang agama lain.

Promosi ‘Jom Ziarah Gereja’, fahami mengapa ia salah di sisi Islam dan undang-undang negara…

BELUM lagi reda isu filem yang dikatakan mempunyai unsur mempengaruhi umat Islam memikirkan semula tentang agama mereka, muncul pula program ziarah gereja bagi memberikan pendedahan kepada golongan remaja tentang agama lain.

Menurut Hannah Teoh, Menteri Belia dan Sukan, program ini tidak melibatkan remaja Muslim, namun pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap iklan yang dilihat sangat umum, seakan-akan menjemput remaja Muslim sekali.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Mantan Ketua Hakim Syarie Negeri Perak dan Hakim Rayuan Syariah JKSM, Prof Madya Dato’ Muhamad Asri Abdullah menerusi satu portal tempatan menjelaskan program ‘Jom Ziarah Gereja’ itu sebenarnya adalah satu kesalahan yang amat bertentangan dengan apa yang digariskan oleh undang-undang.

Ujarnya, di Malaysia pentafsiran dan pemahaman ‘agama’ tidak boleh dibuat secara umum kerana ia telah diikat dengan Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 11 (1) – (5). Ia berbeza dengan amalan di lain- lain negara.

“Malaysia mengamalkan kebebasan beragama, di mana setiap orang berhak menganuti agamanya, mengamalkan agamanya dan mengembangkan agamanya di kalangan mereka yang hanya bukan-Islam sahaja.

IKLAN

MENGHANTAR atau menyerahkan terbitan-terbitan mengenai apa-apa agama bukan-Islam kepada seorang Islam antara kesalahan yang termaktub di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama bukan-Islam. 

“Ini bermaksud orang bukan-Islam tidak boleh mengembangkan atau mempromosikan agamanya atau apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dengan apa-apa cara di dalam kalangan orang yang menganuti agama Islam.

“Bahkan Perlembagaan Persekutuan telah memberi kuasa kepada kerajaan negeri-negeri dan Parlimen berkenaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya membuat Akta atau Enakmen bagi mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam,” tulisnya.

Islam agama bagi Persekutuan

Tambah beliau lagi, jika diamati dengan sehalus-halusnya inilah maksud Perkara 3 Perlembagaan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

Baca Juga Gara-gara Islamofobia, ramai profesional Muslim di Perancis cari kerja di luar negara

“Kebebasan ini tertakluk kepada setiap orang bebas menganuti dan mengamalkan agama masing-masing tanpa mengganggu orang Islam dengan apa-apa cara diayah atau mempromosi agama mereka yang boleh membawa kepada memecahkan keamanan.

PROGRAM ‘Jom Ziarah Gereja’ cetus kontroversi dalam kalangan masyarakat sejak ia diperkenalkan oleh Hannah Teoh, Menteri Belia dan Sukan. 

“Perlembagaan Persekutuan yang telah dibuat oleh beberapa Suruhanjaya sebelum merdeka yang telah diwakili pihak raja-raja, pihak British, pemimpin kaum-kaum telah bersetuju dengan perkara-perkara tersebut dan sangat memelihara kedudukan orang Melayu sehingga orang Melayu tidak boleh dipisahkan dengan Islam.

IKLAN

“Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan mengenai tafsiran telah mentafsirkan: ‘Orang Melayu’ ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazimnya bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu.

Baca Juga Segera siasat ‘perarakan LGBTQ’, tiada kompromi sebarang perbuatan bertentangan ajaran Islam

“Oleh itu dengan kuasa di bawah Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, negeri-negeri telah mengkanunkan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama bukan-Islam bagi negeri-negeri berkenaan,” titipnya.

Antara kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan dalam enakmen tersebut adalah:

1. Kesalahan memujuk, mempengaruhi, memaksa atau menghasut seorang Islam untuk menjadi seorang penganut atau anggota dan sebagainya. Suatu agama bukan-Islam.

IKLAN

2. Kesalahan mendedahkan seorang Islam kepada pengaruh-pengaruh suatu agama bukan-Islam.

3. Kesalahan mendekati seorang Islam untuk mendedahkannya kepada apa-apa ucapan atau pertunjukan mengenai apa-apa perkara berkaitan dengan suatu agama bukan-Islam.

PERLUNYA persefahaman masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa supaya dapat bersama-sama difahami walaupun berbeza dari segi akidah.

4. Kesalahan menghantar atau menyerahkan terbitan-terbitan mengenai apa-apa agama bukan-Islam kepada seorang Islam.

5. Kesalahan membahagikan apa-apa terbitan atau bahan publisiti mengenai agama bukan-Islam kepada seorang Islam.

6. Kesalahan berhubung dengan penggunaan perkataan-perkataan dan perbahasan-perbahasan tertentu yang bersumber Islam.

Berdasarkan penerangan di atas akan isu yang menjadi perdebatan masyarakat kini, beliau berharap semoga persefahaman masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dapat sama-sama difahami walaupun dari segi akidah amat berbeza.

Baca Juga “Tak salah kaji agama lain, tetapi…”, ini ulasan bekas Mufti Wilayah Persekutuan terhadap filem ‘Mentega Terbang’

Kerana perbezaan tersebutlah menjadikan satu cabaran supaya hormat menghormati antara satu sama lain dan menjaga batas-batas yang telah ditentukan oleh Perlembagaan dan perundangan negara dan negeri-negeri.

IKLAN
Previous

Perhatikan lima jenis kentut dalam solat, lakukan perkara ini bila berlaku

March 20, 2023
Next

Pegawai Israel dan Palestin setuju wujudkan mekanisme bendung keganasan menjelang Ramadan

March 20, 2023

Related posts

GAMBAR ANAK dan IBU
Berita Semasa,

Bapa biadab paksa anak minum arak

by Fatin Fatihah HussinMay 29, 2023
GAMBAR PORTAL FB - 2023-05-29T121216.718
Berita Semasa,

Kontroversi ajaran pelik di pesantren Jawa Barat. Jakim tubuh jawatankuasa pemantau

by Fatin Fatihah HussinMay 29, 2023
Ulama tegur
Berita Semasa,

‘Ulama boleh tegur kerajaan’ – Anwar

by Nurulfatiha MuahMay 25, 2023
GAMBAR PORTAL FB - 2023-05-24T171039.778
Aqidah, Berita Semasa,

“Malaikat penjaga manusia memang wujud,” – Daie Fuad

by Fatin Fatihah HussinMay 24, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.