Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Berita Semasa, Jendela Dunia, Personaliti, Pilihan Editor,

Wonder Woman ‘Koyak’

by Rozdan MazalanMay 17, 2021
8
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Warner Bros
Kredit: Warner Bros

TINDAKAN bintang filem Hollywood, Wonder Woman, Gal Gadot memuat naik pandangannya di laman twitter minggu lalu mendapat kecaman teruk dengan lebih 100,000 komen negatif mengutuk ciapan berkenaan.

Biarpun dunia kini sedang memerhatikan tindak tanduk dan kekejaman tentera Zionis Israel terhadap masyarakat Palestin dengan kematian dan kemusnahan terus meningkat, tindakan Gadot yang seolah mahu menjadi ‘orang tengah’ mengajak dunia mendoakan kedamaian dua negara itu tidak disenangi pelayar media sosial dari seluruh dunia.

Aksi Gadot dalam filerm Wonder Women 1984

Sebagai individu berpengaruh dan selebriti dunia, Gadot mengatakan bahawa Israel dan ‘jirannya’ layak untuk hidup sebagai negara ‘bebas dan selamat’ yang masyarakat dunia menyifatkan Gadot tidak lain hanya menjadi alat propaganda bagi negara kelahirannya, Israel.

IKLAN

Gadot yang juga bekas pejuang Angkatan Pertahanan Israel, menyiarkan kenyataan di twitter dengan mengatakan bahawa hatinya merasa sedih melihat negara sedang berperang.

Ciapan dari akaun twitter Gadot,

“Hati saya hancur.
Negara saya sedang berperang.
Saya bimbang untuk keluarga saya, rakan-rakan saya.
Saya bimbangkan orang saya.
Ini adalah kitaran jahat yang telah berlangsung terlalu lama.
Israel berhak untuk hidup sebagai negara yang bebas dan aman.
Jiran kita berhak sama.
Saya mendoakan mangsa dan keluarga mereka agar permusuhan yang tidak dapat dibayangkan ini berakhir.
Saya berdoa agar para pemimpin kita dapat mencari jalan keluar agar kita dapat hidup berdampingan dengan aman.
Saya berdoa untuk hari yang lebih baik,” katanya yang juga bekas Ratu Cantik Israel.

Gadot ketika menyertai Pertandingan Ratu Cantik mewakili negaranya.

Sentimen pro-damai dan rasa hormat bintang filem itu bagi kedua-dua pihak mungkin dilihat sebagai ‘orang tengah’ dan bersifat tidak memenangkan satu pihak, namun kesilapan besar yang dipertikaikan pelayar internet seluruh dunia apabila Gadot menggunakan istilah ‘jiran’ dan bukannya salah jika dia menyebut Palestin.

IKLAN

Aktivis sosial, Aaron Vallely berkata, kenyataan Gal Gadot jauh lebih buruk daripada bayangan nada yang ditulis sejak tahun lalu ‘Bebas dan Selamat.’ Negeri yang sama yang melakukan penjajahan tentera, pencurian tanah dan pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin.

Penulis lagu, James Kennedy berkata, Gal Gadot salah, Israel tidak berperang dengan Palestin. Tetapi Israel ‘membantai Palestin’ sekali lagi.

Wartawan Ben Norton berkata bekas askar Israel yang kini jutawan filem Hollywood itu menulis dan berdoa dengan perkara yang tidak bermakna ketika tentera Israel mahu menghapuskan orang Palestin dan mengebom warga Gaza.

IKLAN

Gadot (tiga dari kiri) ketika menyertai pasukan Angkatan Pertahanan Israel.

Gadot pernah berkhidmat selama dua tahun sebagai askar di Angkatan Pertahanan Israel yang wajib dilakukan oleh semua warga Israel yang berusia lebih dari 18 tahun.

Bagaimanapun beberapa orang berprofil tinggi, termasuk senator haluan konservatif Amerika Syarikat, Ted Cruz, memuji tindakan Gadot atas kenyataannya itu.

Info Gal Gadot
Asal: Petah Tikva, Israel
Bahasa: Ibrani
Tarik Lahir: 30 April 1985
Usia: 36
Pasangan: Yaron Aarsano
Anak: 2
Kerjaya: Pelakon, Model Fesyen, Penerbit
Filem Lakonan:
1. Fast & Furious (2009)
2. Date Night (2010)
3. Khight And Day (2010)
4. Fast Five (2011)
5. Fast & Furious 6 (2013)
6. Kicking Out Shoshana (2014)
7. Furious 7 (2015)
8. Batman v Superman: Dawn of Justice (2016)
9. Wonder Woman (2017)
10. Wonder Woman 1984 (2020)

IKLAN
gal gadotpalestintwitterwonder women
Previous

Segera bayar zakat fitrah, walau sudah masuk waktu haram. Ikuti penjelasan MAINS

May 17, 2021
Next

Tatacara Yang Betul Membaca Qunut Nazilah

May 18, 2021

Related posts

an (4)
Berita Semasa,

Hikmah daripada tarikh-tarikh penting sepanjang Zulhijjah 1443Hijrah

by Fatin Fatihah HussinJune 30, 2022
sangat biadap
Berita Semasa,

Sangat biadap, ayat al-Quran dicetak di bikini

by Sarrah MohsinJune 28, 2022
an (3)
Berita Semasa,

Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

by Fatin Fatihah HussinJune 22, 2022
Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (22)
Berita Semasa,

Beri hadiah tidak senonoh di majlis perkahwinan. Apakah hukumnya?

by Fatin Fatihah HussinJune 21, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.