Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Berita Semasa,

Perihal niat puasa Ramadan yang wajib diketahui

by Nurulfatiha MuahApril 2, 2022
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Niat puasa Ramadan
JANGAN lupa untuk berniat puasa Ramadan pada malam hari.

KURANG tempoh 24 jam kita bakal melangkah ke bulan Ramadan. Ia satu bulan yang begitu istimewa.

Apatah lagi kita baru sahaja memasuki Fasa Peralihan Endemik selepas lebih dua tahun ‘bertarung’ dengan Covid-19. Kehidupan kita kembali normal mulai semalam walaupun terdapat beberapa prosedur operasi standard (SOP) masih perlu dipatuhi.

Antaranya pemakaian pelitup muka dan elakkan bersentuhan dengan orang lain. Namun, semua itu tidak sedikit pun merencatkan aktiviti harian kita.

Malah, umat Islam sudah boleh mengimarahkan masjid dan surau, sekali gus menghidupkan Ramadan di rumah-rumah ALLAH.

Berbalik kepada perihal puasa, kepada mereka yang membuat pecutan saat-saat akhir sebelum Ramadan membuka tirainya, apa kata kita buat sedikit ulang kaji mengenai rukun-rukunnya.

Pendakwah Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, rukun puasa terdiri daripada niat dan menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa.

AZHAR IDRUS

“Terdapat sebahagian fuqaha yang menghitung rukun-rukun puasa itu ada tiga iaitu dua perkara tadi dan satu lagi pula ialah orang yang berpuasa,” katanya sebagaimana dipetik menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Dari segi niat puasa, beliau menjelaskan, tidak memadai jika ia hanya dilafazkan menerusi lisan tanpa ada niat di dalam hati.

“Akan tetapi, tiada masalah seandainya kita hanya berniat puasa di dalam hati sahaja tanpa melafazkannya pada lisan.

“Ia sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr Mustafa al-Bugha menerusi Kitab al-Fiqh al-Manhaji,” ujarnya.

Diriwayatkan daripada Aisyah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Siapa yang tidak berniat puasa sebelum terbit fajar Subuh, maka tiada puasa baginya.” (Hadis Riwayat ad-Daruqutni)

IKLAN

Dalam hal itu, Azhar mengingatkan bahawa umat Islam disyaratkan berniat puasa fardu pada waktu malam.

Ujar beliau, waktu malam bermula apabila masuknya Maghrib iaitu apabila semua bulatan matahari telah terbenam di kaki langit dan berkekalan waktu niat itu sampailah masuk waktu Subuh.

Niat puasa Ramadan

UMAT Islam dibolehkan berniat puasa bermula apabila masuknya Maghrib sampailah masuk waktu Subuh.

“Tiada masalah untuk berniat pada awal malam, tengah malam mahupun penghujung malam. Sesiapa yang tidak berniat puasa pada malam hari tidaklah sah puasanya dan wajib diqadakan.

“Adapun bagi puasa sunat pula, harus hukumnya berniat pada siang hari selagi mana dirinya tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa kerana mengikut perbuatan Rasulullah SAW. Baginda pernah melafazkan niat puasa sunat, sedangkan hari telah siang,” terangnya.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Hafsah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang tidak berniat puasa sebelum waktu fajar (Subuh), maka tidak ada puasa baginya.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i)

Baca juga Dilema niat puasa sebulan dengan setiap hari, mana satu lebih afdal?

Status niat

Bagaimana jika seseorang sudah berniat puasa untuk keesokan harinya selepas masuk waktu Maghrib walaupun dia belum mendirikan solat ketika itu?

Menjawab persoalan itu, Azhar menjelaskan, niat puasanya tetap sah kerana individu berkenaan sudah berada pada waktu malam yang disyaratkan.

Berikut beberapa contoh situasi dan status kesahan niat serta puasa seseorang sebagaimana yang disebutkan oleh pendakwah terkemuka tersebut:

Niat puasa Ramadan

FAHAMI perihal niat puasa pada bulan Ramadan kerana ia antara penentu kesahan ibadah kita.

1. Niat puasa dibuat serentak dengan masuknya waktu Maghrib – hukumnya harus dan sah puasanya.

2. Berniat puasa ketika sedang berbuka – sah niat tersebut.

3. Niat pada awal malam, kemudian makan dan minum, berjimak dan selainnya – sah berpuasa esok hari tanpa perlu mengulangi semula niat puasanya.

4. Sebelum tidur sudah berniat puasa, kemudian bangun keesokannya sebelum waktu Subuh – tidak perlu lagi mengulangi niat puasanya.

IKLAN

5. Selepas selesai niat puasa, terus masuk waktu Subuh – niat puasanya tetap dikira sah.

6. Apabila masuknya waktu Subuh, tetapi seseorang belum habis menyelesaikan niat puasanya – ia dikira tidak sah.

7. Berniat puasa sebelum Maghrib – tidak sah hukumnya.

8. Melafazkan niat puasa serentak dengan masuknya waktu Subuh – berlaku perselisihan dari segi kesahannya. Menurut Imam al-Nawawi dalam Kitab Syarah al-Muhazzab bahawa; “Telah berkata Ashab kami: Maka kalau seorang berniat puasa sesaat sebelum tenggelam matahari atau sesaat selepas terbit fajar, nescaya tidak sah dengan tanpa khilaf. Dan kalau seorang berniat puasa serentak masa terbit fajar maka ada dua pendapat yang masyhur”.

9. Terlupa niat puasa pada malam hari – tidak sah puasanya, tetapi wajib bagi individu berkenaan menahan diri daripada makan dan minum pada keesokannya.

10. Bangun sahur dan tidak berniat puasa – ia tidak dikira sudah berniat puasa. Ini kerana barangkali seseorang itu bersahur dan pada masa sama, hadir dalam hatinya untuk berpuasa esok hari. Ada pula segelintirnya yang tidak hadir dalam hatinya untuk berpuasa keesokannya. Disebabkan itu, wajib bagi mereka yang bangun sahur berniat puasa dan tidak boleh dianggap bahawa setiap orang yang bersahur sudah berniat puasa.

Niat puasa Ramadan

DIBOLEHKAN berniat puasa Ramadan ketika makan sahur.

11. Makan sahur dan ada dalam hatinya hendak berpuasa esok hari atau seseorang itu minum pada waktu sahur supaya tidak dahaga pada waktu siangnya – ia dikira sudah berniat puasa.

Dalam pada itu, Azhar kemudian turut berkongsikan contoh niat puasa Ramadan yang afdal dihadirkan dalam hati.

IKLAN

Lafaz niat itu berbunyi: Nawaitu sauma ghodin ‘an adaii fardi shahri Ramadhana hazihis sanati lillahi Ta’ala (Aku berniat puasa esok hari menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana ALLAH SWT).

Baca juga Niat Selepas Azan Subuh, Ini Status Puasanya

“Di sisi jumhur ulama iaitu Mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali, wajib berniat puasa pada setiap malam.

“Ini kerana apabila telah berbuka pada petang hari, maka telah selesailah satu ibadah puasa dan puasa pada hari esok pula adalah ibadah yang berasingan. Oleh sebab itu, wajib pula berniat untuk berpuasa pada keesokannya,” jelasnya.

Niat puasa sebulan

Seperkara yang menarik perhatian Sinar Islam Plus apabila ada segelintir orang yang gemar berniat puasa selama sebulan terus.

Ketahuilah bahawa ia merupakan pandangan Mazhab Maliki, jelas Azhar.

Beliau menambah, dalam mazhab berkenaan, puasa selama sebulan adalah dikira sebagai ibadah yang satu, maka disebabkan itulah memadai jika kita berniat sekali sahaja apda malam pertama berpuasa.

“Suka saya ingatkan, harus bagi kita mengikut pandangan Mazhab Maliki iaitu berniat untuk sebulan puasa pada malam pertama dan wajib juga berniat pada malam-malam yang lain kerana meraikan pandangan jumhur ulama.

“Cuma, apabila ada pada satu malam yang kita lupa niat, maka sah puasa kita kerana telah ada berniat puasa sebulan pada malam pertama,” ungkapnya.

Niat puasa Ramadan

HARUS bagi kita mengikut pandangan Mazhab Maliki iaitu berniat untuk sebulan puasa pada malam pertama dan wajib juga berniat pada malam-malam yang lain kerana meraikan pandangan jumhur ulama.

Antara contoh niat puasa sebulan adalah: Nawaitu sauma shahri Ramadhana kullihi lillahi Ta’ala (Aku berniat puasa sebulan Ramadan sekaliannya kerana ALLAH SWT).

Meneruskan perkongsian ilmunya, Azhar kemudian memperincikan tentang niat puasa bagi wanita yang datang bulan pada awal Ramadan.

Agamawan itu menjelaskan, apabila suci selepas beberapa hari Ramadan, maka wanita tadi haruslah niat sebulan berpuasa pada malam dirinya suci.

“Jika seorang wanita telah niat sebulan, kemudian selepas beberapa hari dia berpuasa lalu datang haid, maka hendaklah dia berniat semula selepas dia kembali suci bagi sekalian hari yang masih berbaki puasa. Ia bagi keluar dari perselisihan ulama yang mengatakan niatnya telah terputus.

“Begitupun, bagi yang berniat sebulan, tetap wajib baginya berniat pada setiap malam,” katanya.

Foto: 123rf & Freepik

IKLAN
Niat puasa Ramadanramadansinarislamplus
Previous

Pelaksanaan Ibadat Haji tetap diteruskan, namun masih tiada kata putus tentang kuota jemaah

April 1, 2022
Next

Tiada haruman syurga kalau bermusuh sesama adik beradik

April 4, 2022

Related posts

Wang sumbangan
Berita Semasa,

Bolehkah guna wang bantuan pihak sekolah untuk beli telefon?

by Nurulfatiha MuahJanuary 19, 2023
nafsu akal
Berita Semasa,

Ke mana hala 9 nafsu wanita? Ini jawapan Mufti

by Sarrah MohsinJanuary 18, 2023
GAMBAR PORTAL FB (67)
Berita Semasa,

Hilang di Mekah, usaha mencari Ustaz Musthafa masih diteruskan

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023
babi
Berita Semasa,

Penyakit demam babi Afrika sedang berleluasa, benarkah membunuh babi dapat pahala sunat?

by Sarrah MohsinJanuary 18, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.