Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Berita Semasa,

Penting Untuk Kita Fahami Ilmu Hadis, Ini Sebabnya

by Nurul Fatiha MuahJuly 16, 2021
2
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Ilmu hadis
ILMU hadis menjadi antara tunjang utama dalam pembangunan kefahaman dan syariah Islam.

Oleh FOUZIAH AMIR

HADIS merupakan antara ilmu yang menjadi tunjang utama dalam pembangunan kefahaman dan syariah Islam.

Masakan tidak, syariat dan perundangan dalam Islam bukan sahaja dibangunkan berdasarkan panduan daripada wahyu al-Quran, tetapi juga melalui hadis-hadis Nabi Muhammad.

Demikian pandangan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi ketika menjelaskan kepentingan memahami as-Sunnah.

DR AHMAD SANUSI

IKLAN

Beliau yang juga penyampai rancangan My #HadithTime sebanyak 60 episod yang disiarkan di TV Alhijrah pada 1 April hingga 14 Jun lalu menjelaskan, Rasulullah SAW telah memberikan penerangan mengenai maksud al-Quran, di samping membimbing kefahaman yang benar mengenai kitab suci umat Islam tersebut.

Katanya, antara kepentingan ilmu hadis adalah ia dapat memberi pencerahan terhadap maksud yang umum atau tidak jelas di dalam al-Quran.

Ketika turunnya kalam ALLAH itu, sebahagian sahabat tidak jelas tentang maksud sesuatu ayat, lalu Rasulullah SAW tampil menjelaskan maksudnya melalui hadis baginda SAW, terangnya.

Baca juga Mukjizat Al-Quran Kepada Nabi Muhammad SAW Paling Agung Berbanding Kitab-Kitab Samawi Lain

“Ilmu hadis adalah sebahagian elemen paling utama dalam perundangan Islam. Banyak perkara yang melibatkan hukum-hakam tidak disebutkan secara terperinci di dalam al-Quran, tetapi hadis datang memberi penjelasan dan merungkaikannya.

“Sebagai contoh, kaedah menunaikan solat. Arahan ALLAH SWT dalam al-Quran memerintahkan kita menunaikan solat, tetapi tidak dinyatakan bagaimana kaedah sujud dan sebagainya. Lalu, perkara ini dijelaskan menerusi hadis Nabi Muhammad SAW.

“Ilmu hadis pada hakikatnya mendidik masyarakat menapis maklumat yang datang. Proses dalam penilaian status hadis yang sahih dan daif melatih penuntut membiasakan diri dengan menapis maklumat yang sampai kepada kita,” katanya kepada Sinar Islam Plus baru-baru ini.

IKLAN

My #HadithTime: Rasulullah Suri Teladan merupakan program kolaboratif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas bersama TV Alhijrah yang dilancarkan di Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam, Selangor pada 1 April lalu.

Ilmu hadis

DR AHMAD SANUSI (kiri) bersama qari My #HadithTime, Mohamad Husaini Mahmur yang juga merupakan qari Wacana Al-Quran dan johan Tilawah Asia di Brunei 2015 serta di Thailand pada tahun 2016.

Dalam pada itu, Dr Ahmad Sanusi berkata, kaedah paling mudah bagi orang awam untuk memahami dan mengamalkan as-Sunnah itu adalah dengan mengikuti pengajian hadis umum yang dianjurkan oleh pelbagai institusi seperti masjid, surau dan institusi-institusi agama.

Umpamanya, program My #HadithTime memberi pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat tentang keperluan hadis dalam memahami ayat al-Quran.

“Penonton juga dapat belajar mengenali periwayat hadis daripada kalangan sahabat Nabi Muhammad SAW. Selain itu, ia menjelaskan tentang hadis yang banyak tersebar dalam masyarakat, tetapi statusnya tidak sahih.

IKLAN

“Hadis adalah interpretasi Nabi Muhammad SAW kepada umatnya sebagai panduan dalam memahami hukum syarak yang diturunkan dalam al-Quran. Namun, ramai yang keliru dan tidak tahu hadis yang mana perlu dirujuk,” katanya.

Oleh itu, ujar beliau, menjadi tanggungjawab kita untuk memberi kefahaman dan mendidik ummah dengan cara merujuk hadis dengan betul. Pendekatan program tersebut sangat mudah. Ia mirip dengan My #QuranTime.

Sepanjang rancangan itu bersiaran, Dr Ahmad Sanusi menjelaskan, My #HadithTime turut disaksikan oleh penonton di Brunei dan Singapura melalui platform Facebook TV Alhijrah.

Untuk ikuti semula siaran My #HadithTime, sila layari https://www.facebook.com/myhadithtime/.

Foto: Freepik 

IKLAN
Ilmu hadisMy #HadithTimesinarislamplusyayasan warisan ummah ikhlas
Previous

Mengapa Rasulullah membaca surah al-Sajadah hari Jumaat?

July 16, 2021
Next

Kaedah Yang Betul Jika Ingin Lakukan Ibadah Korban Untuk Orang Yang Sudah Meninggal

July 16, 2021

Related posts

sangat biadap
Berita Semasa,

Sangat biadap, ayat al-Quran dicetak di bikini

by Sarrah MohsinJune 28, 2022
an (3)
Berita Semasa,

Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

by Fatin Fatihah HussinJune 22, 2022
Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (22)
Berita Semasa,

Beri hadiah tidak senonoh di majlis perkahwinan. Apakah hukumnya?

by Fatin Fatihah HussinJune 21, 2022
tempahan ibadah korban meningkat
Berita Semasa, Dalam Negara,

Tempahan ibadah korban meningkat, waspada pakej palsu

by Sarrah MohsinJune 17, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.