KECOH ketika ini, apabila negara digemparkan dengan isu pengintip MOSSAD yang didakwa penduduk tempatan telah menculik warga Palestin.
Menurut laporan News Straits Times, seorang wanita tempatan berusia 30-an dipercayai mengetuai rangkaian pengintip Mossad di dalam Malaysia.
Wanita ini dilatih menjadi penyiasat persendirian sebelum direkrut untuk menjadi ejen Mossad di dalam Malaysia pada akhir tahun 2017 memasuki tahun 2018, tahun yang sama kes pembunuhan Imam Fadi al-Batsh yang ditembak kejam ketika dalam perjalanan untuk mengimami solat Subuh.
Beliau mendapat habuan sebanyak RM120,000 selepas dihantar menjalani latihan di luar negara untuk menguasai seni pengintipan.
Wanita ini juga mendapat bayaran bulanan sebanyak 2,000 Euro (RM9,281) dan mempunyai beberapa pekerja upahan dari warga tempatan.
Ejen ini juga dipercayai mengetuai kes penculikan seorang rakyat Palestin pada bulan lalu dengan menubuhkan kumpulan pengawasan bagi mengekori 2 orang rakyat Palestin.
Mangsa merupakan pakar ‘computer programming dan dipercayai aset Brigade Al-Qassam.
Namun, pihak polis berjaya menangkap 10 orang lelaki Melayu dan seorang wanita Melayu dalam kes penculikan ini yang berlaku di Jalan Mayang, Kuala Lumpur.
Dalam kes berasingan, pihak polis telah menahan 18 orang bagi kes penculikan seorang warga Palestin yang dipercayai ahli perniagaan.
Baca juga Berhati hati dengan idea ‘Energy duit’, ia bercanggah dengan ajaran Islam
Mossad Ejen Yahudi di Malaysia
Mengambil perkongsian pesara Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia yang dikenali sebagai Master Black Water di laman Facebooknya mengenai entiti organisasi MOSSAD.
MOSSAD ialah badan perisikan luar negara milik Israel. Dalam bahasa Ibrani ia dikenali sebagai HAMOSSAD IE-MODIIN ULE-TAFKIDIM MENYUHADIM. Ia cukup dikenali sebagai salah satu organisasi rahsia paling efektif di dunia.
MOSSAD ditubuhkan 13 Disember 1949. Di mana tujuan awal ia ditubuhkan adalah sebagai lembaga pengurusan pusat ketika pembentukan Israel di Palestin.
MOSSAD memilih ejen-ejennya tiga tahun sekali dan kebiasaanya 5000 calon disaring dari seluruh negara serta mampu berbahasa Inggeris dan Arab dengan baik dan daripada 5000 calon hanya 15 orang sahaja diambil.
Ejen-ejen MOSSAD sangat berdisiplin. Selepas dilatih mereka diminta melupakan perkataan MOSSAD dari ingatan. Terdapat lebih kurang 12,000 orang ejen MOSSAD yang dikenali sebagai Katsa atau Pegawai Kes di seluruh dunia.
Setiap KATSA memiliki sebuah buku harian kecil yang dipanggil SEVEN STARS yang memuatkan nombor-nombor telefon dan ejen-ejen dalam bentuk kod rahsia.
KATSA-KATSA ini mempunyai pembantu yang berada di seluruh dunia, dikenali sebagai SAYANIM atau SAYAN di mana jumlah mereka sangat ramai serta di luar jangkaan.
Para SAYAN akan menyalurkan pelbagai maklumat kepada KATSA-KATSA yang berada di rumah persembunyian atau pos operasi yang terletak di perbagai negara.
SAYAN-SAYAN ini juga menjadi pasukan bantuan menyediakan apa sahaja keperluan MOSSAD bagi melancarkan misinya.
Selain daripada SAYAN satu golongan lagi dipanggil OTER iaitu pemberi maklumat atau pembuka jalan. OTER juga digunakan oleh KATSA bagi mencari dan melatih ahli baru.
Gaji bulanan yang diterima OTTER sekitar USD3000 hingga USD5000. Selepas menjadi agen para KATSA akan bertugas sebagai JUMPERS yang menjalankan operasi di luar negara. Mereka akan dipantau oleh sebuah organisasi lain di dalam iaitu komemiute.
KOMEMIUTE lebih elit, lebih rahsia dan lebih rumit. KOMEMIUTE ditugaskan memantau operasi anggota KIDON iaitu pasukan intelijen khusus yang sangat berbahaya. KIDON bertanggunggjawab dalam setiap operasi penculikan dan pembunuhan.
Kelengkapan Ejen
Setiap KATSA diberi sepucuk pistol sebagai senjata kedua manakala senjata pertama mereka adalah menguasai kepantasan otak mereka sendiri sama ada ketika menyamar atau sesi soal siasat.
Kelengkapan lain adalah dokumen iaitu kad pengenalan, kad kredit dan apa sahaja dokumen berkaitan identiti penyamaran mereka. Dokumen yang paling penting adalah pasport.
Baca juga Dakwa diri keturunan Nabi Muhammad SAW, umat Islam perlu semak dulu kesahihan