Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Berita Semasa,

Orang ramai, rakan seperjuangan titip doa mohon kesembuhan buat Ustaz Azhar Idrus

by Nurulfatiha MuahMarch 17, 2023
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Doa Ustaz Azhar Idrus
RAMAI menitipkan doa buat Ustaz Azhar Idrus agar segera sembuh dan kembali menjadi murabbi ummah.

Orang ramai, rakan seperjuangan titip doa mohon kesembuhan buat Ustaz Azhar Idrus

MENDENGAR perkhabaran duka tentang pendakwah terkemuka Ustaz Azhar Idrus dimasukkan ke Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu sejak Selasa lalu, ramai yang menitipkan doa buat beliau.

Selepas memuat naik hantaran menyatakan kuliah agawaman itu di Masjid Kampung Bukit Tadok, Kuala Telemung, Terengganu di laman sosial Facebook miliknya semalam, berduyun-duyun orang ramai memanjatkan doa kesembuhan buat murabbi itu.

Antaranya pemilik akaun Facebook, Zailan bin Abdullah yang memanjatkan kepada Ilahi agar Ustaz Azhar Idrus dipermudahkan dan segala urusan dan segera diberikan kesembuhan.

Seorang lagi warganet, Anna Nurmagomedov mencoretkan: “Syafakallah buat al-Fadhil UAI (Ustaz Azhar Idrus) yang dikasihi. Kami sentuasa menadah tangan mendoakan UAI terhindar daripada segala bentuk penyakit, musibah dan niat-niat jahat makhluk.

“Semoga kembali sihat seperti sedia kala buat kesayangan ummah UAI. Amin ya Rabbal ‘Alamin,” titipnya pada ruangan komen.

IKLAN

Menjengah dalam laman sosial, bukan sahaja dalam kalangan warganet dan orang ramai yang mendoakan kesembuhan Ustaz Azhar Idrus, tetapi juga para agamawan tidak putus-putus berbuat demikian.

Antaranya tokoh ulama asal Kalimantan Selatan, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu’ al-Banjari. Selain bermunajat, beliau dilihat sempat menziarahi Ustaz Azhar di hospital.

Doa Ustaz Azhar Idrus

SEBAHAGIAN individu yang melawat Ustaz Azhar Idrus di Hospital Sultanah Zahirah baru-baru ini. -Foto: Facebook Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah

Turut mendoakan kesembuhan pendakwah itu ialah rakan seperjuangan dakwah beliau yang dikenali sebagai Ustaz Ahmad Rizam.

Baca juga 3 jenis doa boleh dibaca ketika menziarahi orang sakit

Menerusi laman sosial Facebook miliknya, Ustaz Ahmad Rizam berkongsikan doa yang dikirimnya ketika berada dalam satu majlis ilmu.

Doanya begitu menyentuh kalbu warganet yang turut mengaminkan bacaan doa tersebut.

Berikut petikan doa Ustaz Ahmad Rizam buat Ustaz Azhar Idrus:

“Ya ALLAH, ya Rahman, ya Rahim, kami tadahkan dua tangan kami, ya ALLAH, yang penuh dengan kesalahan, yang penuh dengan kesilapan, ampunkanlah salah dan silap kami serta dosa kami ya ALLAH.

IKLAN

“Ya ALLAH, kami angkatkan dua tangan kami. Kami mohon kepada ENGKAU ya ALLAH, tolonglah sihatkan guru kami iaitu Ustaz Azhar Idrus ya Arhamar Rahimin, sembuhkan penyakitnya dan panjangkan umurnya dalam rahmat-MU ya ALLAH. Kasihanilah dia, ya Zaljalali wal ikram.

“Ya ALLAH, tolonglah dengarkan doa kami, ya Arhamar Rahimin. Kasihanilah kami semua, ya ALLAH. Kami meminta ini atas dasar kami kasih kepada saudara kami, ya Zaljalali wal ikram.

“Ya ALLAH, jika kami sakit juga ya ALLAH, tolonglah sembuhkan kami dan ‘afiatkan kami ya ALLAH.

“Ya ALLAH, jika ada masalah yang kami masih hadapi yang belum selesai dalam hidup kami ya Arhamar Rahimin, tolonglah selesaikan masalah kami, ya ALLAH. Tolonglah selesaikan masalah kami, ya ALLAH. Tolonglah selesaikan masalah kami, ya ALLAH.

“Ya ALLAH, ya Rahman, ya Rahim, ya Hayyu, ya Qayyum, jika ENGKAU panggil kami dalam masa terdekat ini, ya ALLAH. Maka jadikan pertemuan kami dengan ENGKAU dalam keadaan ENGKAU reda dan KAMI dapat mengucap dua kalimah syahadah, ya Arhamar Rahimin.

IKLAN

“Ya ALLAH, sekali lagi kami mohon dan kami panjatkan doa ini ya Arhamar Rahimin, untuk sahabat kami, guru kami, saudara kami iaitu Ustaz Azhar Idrus, ya ALLAH. Sihatkanlah dia dan juga kami, ya ALLAH. Angkatlah mudarat penyakitnya dan juga atas kami, ya ALLAH.

“Kurniakan rahmat-MU atasnya dan juga atas kami juga, ya Arhamar Rahimin, ya ALLAH, ya ALLAH, ya Arhamar Rahimin.”

Sehingga kini, doa itu telah dikongsi kira-kira 556 pengguna Facebook.

Doa Ustaz Azhar Idrus

USTAZ WAN SUKAIRI (kanan) ketika melawat Ustaz Azhar Idrus.

Semalam, Exco Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dalam hantaran di laman sosial Facebook miliknya berkongsi momen ketika menziarahi Ustaz Azhar Idrus.

Beliau menjelaskan, keadaan kesihatan pendakwah itu dilaporkan semakin bertambah baik setelah mendapatkan rawatan selepas mengadu kurang sihat pada Selasa.

“Sewaktu ziarah tadi (semalam), sempat juga beliau bergurau senda bersama kami sambil menceritakan kisah sakit yang sedang dilaluinya kini.

“Beliau juga telah dipindahkan ke wad kelas pertama di Hospital Sultanah Nur Zahirah ini. Mohon sama-sama doakan agar al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus diberi kesembuhan dan kesihatan afiyah, insya-ALLAH,” coret beliau.

IKLAN
Doa Ustaz Azhar IdrussinarislamplusUstaz Azhar Idrus dimasukkan hospital
Previous

Rupanya Rasulullah SAW sempat berpuasa sembilan kali sepanjang hayat Baginda

March 17, 2023
Next

Haram berpuasa selepas Nisfu Syabaan… betul ke?

March 17, 2023

Related posts

GAMBAR PORTAL FB - 2023-03-21T162841.867
Berita Semasa,

Bantuan Kewangan Haji bersasar dan berkala diteruskan kepada bakal haji Muassasah

by Fatin Fatihah HussinMarch 21, 2023
Rumah ibadat lain
Berita Semasa,

3 hukum masuk rumah ibadat agama lain, umat Islam wajib hadam sepenuhnya

by Nurulfatiha MuahMarch 21, 2023
GAMBAR PORTAL FB - 2023-03-20T145310.523
Berita Semasa,

Promosi ‘Jom Ziarah Gereja’, fahami mengapa ia salah di sisi Islam dan undang-undang negara

by Fatin Fatihah HussinMarch 20, 2023
rahmah (1)
Berita Semasa,

Menu Rahmah sekalipun, jangan sesuka hati menghina rezeki dari ALLAH

by Sarrah MohsinMarch 17, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.