Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Berita Semasa,

Nak tahu solat diterima atau tidak…Ini antara tanda-tandanya

by Nurul Fatiha MuahDecember 1, 2020
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Times of India
Pelancong hanya perlu menunjukkan bukti telah divaksin untuk masuk ke Arab Saudi. Gambar: Times of India

SEBAGAI seorang Muslim, saban hari kita menunaikan solat fardu lima waktu tanpa gagal kecuali bagi mereka yang dalam keuzuran sebagaimana dibenarkan oleh syarak.

Masakan tidak, ia merupakan tiang agama. Malah, solat juga merupakan Rukun Islam ke-2.

Semua orang mengharapkan agar ibadah yang dilakukan diterima oleh ALLAH SWT dan menjadi asbab yang melorongkan kita untuk meraih syurga-NYA.

Meskipun kadangkala ibadah berkenaan sudah dilunaskan, namun bukan semuanya diterima oleh ALLAH SWT.

Ada banyak sebab kenapa solat itu tidak diterima, antaranya tidak sempurna rukun dan pergerakan dalam solatnya.

Bagaimanakah kita hendak tahu apakah solat yang dilakukan selama berpuluh-puluh tahun selama ini diterima ataupun tidak?

IKLAN

Apakah tanda-tanda solat kita diterima oleh ALLAH SWT?

Menjawab pertanyaan itu, pendakwah Ustaz Mohd Fahmi Rusli menjelaskan, antara tanda ibadah berkenaan diterima apabila solat berkenaan mampu menghalang kita daripada melakukan perkara keji dan mungkar.

Jelas beliau lagi, ALLAH SWT menyifatkan solat sebagai benteng yang menjadi penghalang kita daripada melakukan perbuatan yang tidak disukai-NYA.

Firman ALLAH SWT: “Sesungguhnya solat menghalang kita daripada melakukan perkara keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)

“Ketahuilah, meninggalkan perkara keji dan mungkar adalah termasuk dalam ketakwaan,” jelas beliau sebagaimana dipetik menerusi ciapan di Twitter miliknya baru-baru ini.

Ustaz Mohd Fahmi menambah, ALLAH SWT turut menyatakan perihal amalan orang yang bertakwa menerusi kalam-NYA.

Solat diterima

ALLAH SWT berfirman: “Sesungguhnya ALLAH hanya menerima (amalan) daripada orang yang bertakwa.” (Surah al-Ma’idah, ayat 27)

“Maka, gabungan dua ayat ini menatijahkan kenyataan: ‘Antara tanda solat kita diterima adalah saat ia menghalang kita daripada melakukan perkara keji dan mungkar’ di atas,” katanya.

IKLAN

(Artikel berkaitan: Makruh tahan kencing ketika mendirikan solat, tapi ramai yang masih lakukan perkara ini…)

Selain itu, dalam kitab al-Targhib wa Tarhib, Zakiyuddin al-Mundziri ada menjelaskan tentang sebuah hadis qudsi berkaitan tanda-tanda yang mengisyaratkan solat seorang hamba diterima oleh-NYA.

Antaranya adalah:

1. ALLAH SWT menerima solat seseorang yang tawaduk ketika menunaikan ibadah itu di hadapan kebesaran-NYA. Sifat tawaduk itulah akan memunculkan kekhusyukan dalam solat seseorang berkenaan.

2. Orang yang tidak menyombongkan diri.

Solat diterima

IKLAN

3. Orang yang tidak terus-menerus dalam kemaksiatan.

4. Mereka yang menggunakan waktu siang untuk terus mengingati ALLAH SWT dan merasakan ALLAH selalu berada dekat dalam hidupnya. Bahkan, dirinya selalu merasakan ALLAH sentiasa memerhati setiap inci gerak-gerinya.

5. Mereka yang cintakan kepada fakir miskin, ibnu sabil (orang yang bermusafir) dan mengambil berat mereka yang ditimpa musibah.

Justeru, jagalah solat kita dengan sebaiknya. Ingatlah, ia merupakan antara perkara pertama yang akan dihitung di akhirat kelak.

Berdoalah semoga ALLAH SWT menerima ibadah dan setiap amal kebajikan yang kita lakukan selama ini.

Sumber: Twitter @fahmirusliMFR & kupang.tribunnews.com

Foto: Freepik

IKLAN
berita-semasasinarislamplusSolat diterima
Previous

4 cara raih rahmat ALLAH SWT. Nampak mudah, tapi ramai yang tak ambil peluang lakukannya

November 30, 2020
Next

Syaitan akan jamah makanan dan minuman tak bertutup…Inilah sebab-sebabnya

December 2, 2020

Related posts

an (3)
Berita Semasa,

Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

by Fatin Fatihah HussinJune 22, 2022
Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (22)
Berita Semasa,

Beri hadiah tidak senonoh di majlis perkahwinan. Apakah hukumnya?

by Fatin Fatihah HussinJune 21, 2022
tempahan ibadah korban meningkat
Berita Semasa, Dalam Negara,

Tempahan ibadah korban meningkat, waspada pakej palsu

by Sarrah MohsinJune 17, 2022
Untitled design (41)
Berita Semasa,

Malaysia pilihan teratas destinasi pelancong Muslim

by Fatin Fatihah HussinJune 16, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.