Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Berita Semasa,

Nafkah ikut kemampuan suami, ini kadar yang patut diberikan kepada isteri. Boleh jadikan sebagai panduan 

by Nurul Fatiha MuahSeptember 27, 2020
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter

CERITA perihal nafkah memang tidak pernah padam dari radar kehidupan kita. Apa tidaknya, ia sangat berkait rapat dengan diri dan keluarga masing-masing.

Semua sedia maklum bahawa nafkah dipertanggungjawabkan kepada suami atau ketua keluarga.

“Nafkah diberikan mengikut kemampuan suami.”

“Isteri boleh menuntut nafkah daripada suami jika tidak diberi nafkah.”

Ayat-ayat berkenaan sering kali diungkapkan. Namun, masih ada juga segelintir orang kurang faham maksud kemampuan itu dan kadar sepatutnya yang diberikan kepada isteri yang terletak di bawah tanggungan suami.

Pendakwah Ustaz Mohd Hassan Adli Yahaya atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Hassan ada memperincikan lanjut menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Jelas beliau, suami wajib memberi nafkah kepada isteri dalam tiga perkara iaitu makan dan minum, pakaian serta tempat tinggal.

Selain itu, katanya, barang-barang keperluan juga termasuk dalam nafkah yang perlu diberikan oleh suami seperti:

– Alat berhias

– Alat bersuci

IKLAN

Kemampuan nafkah

– Ubat-ubatan atau suplemen jika suami menginginkan isterinya sihat dan cantik untuk suami.

“Cuma dalam perkara ini, ikutlah budi bicara masing-masing kerana ia tidaklah sampai jatuh (hukum) wajib. Paling utama adalah tiga perkara asas di atas,” jelasnya.

Berapa kadar nafkah untuk makan dan minum isteri?

Menjawab persoalan itu, Imam Muda Hassan berkata, nafkah makan dan minum yang wajib adalah dua kali sehari sehingga isteri kenyang. Selebihnya pula adalah sunat sahaja.

“Akan tetapi, jika si isteri itu jenis makan banyak, sebagai contoh, sekali makan tiga pinggan nasi, maka wajib suami beri makan enam pinggan nasi sehari.

“Dalam hal ini, jika ia memudaratkan kesihatan isteri, berbincanglah baik-baik dengan isteri,” katanya.

 

Pendakwah itu turut mengemukakan pandangan ulama tentang kadar tetap harian bagi nafkah makan dan minum yang wajib disempurnakan oleh suami untuk isterinya.

Imam Syafie menetapkan:

– Jika suami kaya, hendaklah dia memberikan dua cupak sehari (1.2 kilogram beras) untuk makanan isterinya.

– Sekiranya suami sederhana, 1 1/2 cupak (900 gram beras).

Kemampuan nafkah

IKLAN

– Andai suami miskin, memadai 1 cupak (600 gram).

Adapun mengikut pandangan majoriti ulama, mereka tidaklah menentukan kadar tetap, tetapi dirujuk kepada kemampuan suami dan juga keperluan isteri masing-masing, terangnya.

Bagi perincian nafkah pakaian dan tempat tinggal pula adalah seperti berikut:

– Untuk nafkah pakaian yang wajib diberi pada isteri adalah dua pasang setahun (set lengkap) dan selebihnya adalah sunat.

– Dua pasang itu termasuk baju, kain, tudung, stoking, kasut dan pakaian dalam, manakala yang lain-lain pula adalah sunat dan suami jangan terlalu berkira dalam soal ini sebab isteri bukan orang lain. Wanita itu ialah isteri yang banyak berjasa untuk kita. Apa salahnya kita bagi lebih asalkan jangan sampai membazir.

– Nafkah tempat tinggal pula adalah rumah yang berpatutan dan bersesuaian dengan kewangan dan kemampuan suami, tidak kira sama ada banglo, semi-D, teres dua tingkat, teres setingkat, rumah papan, rumah panjang, rumah flat, rumah khemah, asalkan sesuai dan selamat untuk isteri.

– Nafkah-nafkah tersebut adalah hak isteri. Jadi, jika isteri kata “abang tak payah beri nafkah”, maka tidak berdosalah si suami. Namun, jika isteri perlukan nafkah dan suami mengabaikannya, maka haram dan berdosalah si suami.

IKLAN

Sekalipun seorang isteri itu berkerjaya, Imam Muda Hassan menjelaskan, isteri masih boleh menuntut haknya daripada suami. Suami pula masih wajib memberikan nafkah tersebut.

“Tidak berdosa isteri meminta sebab memang itu haknya. Suami tak boleh kata “awak gaji lagi besar daripada saya, takkan itupun nak berkira!”

“Cuma dalam hal ini, isteri perlu ada timbang rasa, support suami yang mungkin pendapatannya cukup-cukup makan atau mungkin tak cukup makan. Top up lah mana-mana yang perlu. Besar pahala untuk isteri.

“Bagi suri rumah sepenuh masa, boleh sambil-sambil tu buat perniagaan kecil-kecilan secara online, bolehlah ringankan beban suami dengan keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu.

“Kalau nak minta nafkah pada suami, ikutlah kemampuan suami, jangan terlalu mendesak dan terlalu terpengaruh dengan orang lain yang hidupnya mungkin lebih senang daripada kita.

“Bukan kekayaan yang memberikan kebahagiaan, tetapi kasih sayang dan saling memahami itu lebih menenangkan,” jelasnya.

Begitupun, Imam Muda Hassan mengingatkan bahawa kemampuan suami boleh berubah. Begitu juga keperluan isteri.

“Pada ketika suami melihat keadaannya lebih senang, dia hendaklah melebihkan sedikit belanjanya untuk isteri dan isteri pula berhak menuntut peruntukan yang lebih.

“Begitu juga jika keperluan isteri bertambah kerana sesuatu sebab, pertambahan itu juga perlu berada dalam penilaian suami jika ia mampu meraikannya,” katanya.

Firman ALLAH SWT: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan ALLAH kepadanya (sekadar yang mampu); ALLAH tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan ALLAH kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan” (Surah at-Thalaq, ayat 7)

Pendek kata, dalam bab nafkah zahir itu, kata Imam Muda Hassan, perkara paling penting yang perlu dijaga bersama adalah persefahaman, bertimbang rasa dan bertolak ansur.

Apa-apapun jagalah kerukunan rumah tangga yang dibina bersama. Usah berkira dengan isteri. Jika ada perkara berbangkit, bincanglah bersama-sama mencari penyelesaian.

Sumber: Facebook Imam Muda Hassan

IKLAN
berita-semasakadar nafkahKemampuan nafkahnafkah suami dan isterisinarislamplus
Previous

Ini rupanya sebab hati kita tak tenang walaupun pelbagai nikmat hidup kita sudah dapat

September 26, 2020
Next

Jangan lakukan 3 dosa ini, ALLAH bayar ‘cash’ di dunia lagi…

September 28, 2020

Related posts

sangat biadap
Berita Semasa,

Sangat biadap, ayat al-Quran dicetak di bikini

by Sarrah MohsinJune 28, 2022
an (3)
Berita Semasa,

Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

by Fatin Fatihah HussinJune 22, 2022
Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (22)
Berita Semasa,

Beri hadiah tidak senonoh di majlis perkahwinan. Apakah hukumnya?

by Fatin Fatihah HussinJune 21, 2022
tempahan ibadah korban meningkat
Berita Semasa, Dalam Negara,

Tempahan ibadah korban meningkat, waspada pakej palsu

by Sarrah MohsinJune 17, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.