Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Berita Semasa,

Menyambung bulu mata itu cantik tapi apakah sebenarnya hukum di dalam Islam?

by April 8, 2022
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Menyambung bulu mata itu cantik tapi apakah sebenarnya hukum di dalam Islam?

MEDIA sosial memperlihatkan ramai wanita mempunyai kemahiran bersolek. 

Ada di antara mereka yang menyambung bulu mata agar kelihatan lebih menawan.

Ia seolah-olah menjadi satu ikutan buat golongan ini dan terdapat banyak pusat kecantikan yang menawarkan perkhidmatan memanjangkan bulu mata.  

Namun, adakah mereka ketahui hukum memanjangkan bulu mata di dalam Islam?

Menurut Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hukum menyambung bulu mata adalah haram. 

Terdapat beberapa sudut yang perlu diteliti berkaitan pemakaian bulu mata palsu antaranya: 

Kesucian

Sekiranya seseorang wanita itu menyambung bulu mata dengan bahan yang diperbuat daripada bulu bernajis maka hukumnya haram. 

IKLAN

Jelas ia menjadi haram kerana wanita itu sengaja membiarkan dirinya terdedah kepada najis. 

Seterusnya, jika proses penyambungan bulu mata itu menggunakan gam yang berfungsi untuk melekatkan bulu maka hukumnya juga haram. 

Gam yang digunakan itu menghalang air wuduk sampai ke kulit.

Maka taraf wuduknya tidak sah dan menyebabkan solatnya juga tidak sah. 

Baca juga: Hukum ‘Prank’ Dalam Islam, Boleh Jatuh Haram Jika Menipu, Menakut-Nakutkan, Membuka Aib

Qias dengan larangan menyambung rambut

Bulu-bulu yang tumbuh ditubuh badan merupakan satu kurniaan oleh ALLAH.

Maka haram hukumnya jika seseorang itu menambah bulu-bulu yang sedia ada.

Tanpa disedari tindakan ini seumpama tidak bersyukur dengan ciptaan ALLAH. 

Justeru, ALLAH melaknat perbuatan seseorang yang mengubah ciptaanNya. 

IKLAN

Kesihatan

Melalui sudut kesihatan ia juga menjadi haram sekiranya seorang wanita menggunakan bulu yang boleh memudaratkan kesihatan. 

 

Kecantikan

Jika wanita menggunakan bulu yang diperbuat daripada rambut manusia, haiwan atau bulu sintetik (bulu yang dihasilkan dari campuran bahan kimia) maka hukumnya haram.

Ia juga haram bagi seorang isteri yang tidak mendapat keizinan suaminya untuk memakai buku mata palsu ini. 

Melalui sudut kecantikan ia menjadi haram kerana perbuatan menambah bulu dikira sebagai satu penipuan dan jelas ia mengubah ciptaan ALLAH.

IKLAN

Namun, dua golongan yang dibolehkan pakai bulu mata palsu, ini yang perlu diketahui:  

Wanita yang memperoleh keizinan suami untuk berhias untuk ditonton oleh dirinya dan ia dibolehkan selagi tidak memakai bulu yang dilarang serta bulu yang tidak menghalang air sampai ke kulit. 
Seseorang yang ditimpa kemalangan atau sakit sehingga menyebabkan bulu matanya rosak dan ia dibolehkan selagi tidak memakai bulu yang dilarang serta bulu yang tidak menghalang air untuk bersuci.

Benar, sudah fitrah wanita itu sukakan kecantikan tetapi jadilah wanita yang cantik dengan pemikiran yang boleh membezakan hukum halal dan haram di sisi agama. 

Islam juga tidak melarang umatnya untuk menghiasi diri tetapi tidaklah sehingga mengubah ciptaan ALLAH. 

Semoga bermanfaat!

Sumber: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Baca juga: Apakah Sebenarnya Hukum Wanita Mewarnakan Kuku Menurut Islam?

Baca juga: Risau Warna Bibir Gelap, Berikut Langkah Boleh Diambil Bagi Mengatasi

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

The post Menyambung bulu mata itu cantik tapi apakah sebenarnya hukum di dalam Islam? appeared first on Sinar Plus.

IKLAN
Previous

Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

April 8, 2022
Next

Awas, suami isteri bermesra siang hari bulan Ramadan boleh jatuh makruh, batalkan puasa

April 8, 2022

Related posts

an (3)
Berita Semasa,

Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

by Fatin Fatihah HussinJune 22, 2022
Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (22)
Berita Semasa,

Beri hadiah tidak senonoh di majlis perkahwinan. Apakah hukumnya?

by Fatin Fatihah HussinJune 21, 2022
tempahan ibadah korban meningkat
Berita Semasa, Dalam Negara,

Tempahan ibadah korban meningkat, waspada pakej palsu

by Sarrah MohsinJune 17, 2022
Untitled design (41)
Berita Semasa,

Malaysia pilihan teratas destinasi pelancong Muslim

by Fatin Fatihah HussinJune 16, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.