Majoriti masyarakat dunia mengutuk serangan kejam rejim Israel terhadap rakyat Palestin baru-baru ini. Sesetengah pihak yang pro-Israel mengecam pendokong Palestin sebagai anti-semitik.
Di Amerika Syarikat dan kebanyakan negara Eropah yang kononnya menegakkan kebebasan bersuara ungkapan anti-semitik atau lebih difahami mereka sebagai anti-Yahudi adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.
Malah, di Perancis pernah ada usaha pada 2019 mengembangkan ruang lingkup kesalahan anti-semitik kepada ungkapan anti-zionis dan anti-Israel.
Namun apakah berbezaan yang orang ramai perlu tahu?
Adakah mengutuk perbuatan rejim Zionis ini layak digelar sebagai perbuatan anti-semitik.
Adakah Israel cuba bersembunyi di sebalik dakwaan anti-semitik untuk mencuci tangannya dari semua kekejaman yang telah dilakukannya terhadap rakyat Palestin?
Ratusan orang awam terbunuh, puluhan di antaranya adalah kanak-kanak, pusat operasi media dibom dan tidak ketinggalan hospital-hospital rosak menerima tempias bedilan rejim Israel. Itu sekilas kejahatan perang yang dilakukan Israel terhadap orang-orang Palesin di Gaza.
Tetapi adakah negara haram yang menggelar mereka adalah sebuah negara “berdemokrasi Terbesar di Timur Tengah” sedang menyembunyikan kesalahan mereka disebalik perkataan anti-semitik untuk mencuci tangan dari pembunuhan kejam yang telah dilakukan Negara haram tersebut?
Hakikatnya, mengutuk tindakan zalim rejim Zionis adalah dua perkara berbeza. Dalam bahasa lainya, mengutuk perbuatan zalim dan terkeji rejim Israel sama sekali bukanlah perbuatan anti-semitik.
Hakikatnya, mengutuk tindakan zalim rejim Zionis adalah dua perkara berbeza. Dalam bahasa lainya, mengutuk perbuatan zalim dan terkeji rejim Israel sama sekali bukanlah perbuatan anti-semitik.
Anti-Zionis adalah berdiri menentang pembunuhan Israel terhadap orang awam.
Anti-Zionisme adalah menentang pengusiran secara paksaan warga Palestin dari kediaman yang mereka telah duduk selama bertahun-tahun lamanya.
Anti-Zionisme adalah menentang pencerobohan dan kegelojohan Israel dalam memperluaskan “jajahannya”
Anti-Semitisme adalah permusuhan dan prasangka yang sama sekali berbeza terhadap orang agama dan kaumYahudi.
Adakah mengkritik kematian, pembunuhan beramai-ramai dan merampas tanah dan rumah orang adalah awam merupakan perbuatan anti-semitik?
Adakah mengkritik negara Israel kerana jenayah perangnya anti-semitik?Dan bagaimana pula jika seorang berketurunan Yahudi mengkritik Israel juga anti-semitik?
Hakikatnya kita semua terdedah kepada kebuasan Zionis bersenjatakan sentimen anti-semitik ini. Dengan senjata tersebut, pihak Zionis dan para penyokongnya bermaharajalela mencabul segala hak asasi manusia, seolah-olah mereka “acah-acah” kebal dengan logik akal yang tidak pernah bersasar.