BAGI masyarakat Muslim, melancong ke negara yang memiliki majoriti penduduk Islam menjadi pilihan utama kerana banyak faktor yang memudahkan mereka ketika mengembara.
Siapa yang tidak suka untuk mengembara melihat keindahan negara orang, kan? Pastinya tanpa mengira latar belakang setiap orang teruja untuk mengutip pengalaman kembara yang sangat berharga.
Dalam laporan tahunan 2022 The Global Muslim Travel Index (GMTI), yang dikeluaran oleh CrescentRating dan Mastercard, Malaysia mengekalkan kedudukan teratas sebagai negara yang paling banyak menerima pelancong dari negara Muslim.
GMTI merupakan sebuah indeks kembara yang menyenaraikan setiap negara Muslim berdasarkan prestasi dalam pasaran pelancongan.
Senarai ‘ranking’ ini telah bermula sejak tahun 2011 oleh seorang anak muda Muslim, Fazal Bahardeen, dan disiarkan setiap tahun oleh CrescentRating.
Indeks keseluruhan dikira berdasarkan beberapa faktor termasuk kemudahan visa, lapangan terbang, komunikasi, persekitaran di destinasi (termasuk keselamatan dan kemudahan), peratus makanan halal, penginapan dan kemudahan untuk tempat beribadat.
Sebanyak 138 destinasi yang dikeluarkan oleh GMTI untuk dimanfaatkan kepada pelancong Muslim.
TIGA DEMOGRAFI PEMACU PERTUMBUHAN EKONOMI PELANCONGAN
Menurut pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CrescentRating, Fazal Bahardeen, tiga demografi utama yang paling banyak berkunjung sebagai pelancong ke negara Muslim adalah Gen Z, milenia dan wanita.
Baca juga Wanita ‘solo travel’ apakah hukumnya di sisi Islam?
Baca juga Dosa mencemari tempat awam, jaga kebersihan ketika melancong
Ujarnya, 70 peratus daripada anggaran populasi dua bilion adalah di bawah 40 tahun manakala 50 peratus daripada anggaran tersebut diwakili oleh Gen Z dan milenia. Penggembara wanita antara penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi pelancongan yang semakin pesat di persada dunia Muslim.
Laporan GMTI melaporkan, Ketibaan pengembara Islam antarabangsa mencecah 160 juta pada 2019 dan dijangka akan bertambah sebanyak 230 juta pelancong pada tahun 2026 sehingga 2028 ke setiap negara memandangkan kebanyakan negara Muslim sudah beralih ke fasa endemik.
Walaubagaimanapun, pihak GMTI juga mengingatkan bahawa aktiviti pelancongan boleh kembali berada pada tahap yang rendah jika berlakunya perkara yang tidak diingini seperti perang Ukraine, kenaikan harga bahan api dan mentah, ancaman kesihatan global seperti cacar monyet atau varian Covid-19 yang baharu.
Berikut merupakan negara Muslim dan bukan Muslim yang menjadi pilihan pelancong di seluruh dunia.
Destinasi pilihan negara OIC:
1. Malaysia
2. Arab Saudi
2. Indonesia
2. Turki
3. Emiriah Arab Bersatu (UAE)
4. Qatar
5. Iran
5. Jordan
6. Bahrain
6. Singapura
6. Uzbekistan
Destinasi pilihan negara bukan OIC:
1. Singapura
2. Taiwan
3. Thailand
3. United Kingdom (UK)
5. Hong Kong
6. Jepun
6. Afrika Selatan
8. Filipina
8. Amerika Syarikat (AS)
10. Australia
10. Sepanyol