Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Berita Semasa,

Maksiat peribadi dan maksiat terbuka, Dr Asri cadang perketatkan garis panduan.

by Fatin Fatihah HussinJanuary 10, 2023
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB (28)
OPERASI tangkap khalwat, selalu menimbulkan pertentangan dengan prinsip-prinsip Islam dalam hal ini.

MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggariskan enam panduan umum operasi tangkap khalwat.

Menerusi catatan beliau diblognya pada 2011, Dr Asri berkata, memandangkan Islam cuba sedaya upaya menutup maksiat peribadi seperti khalwat, zina, minum arak dan seumpamanya, maka garis panduan operasi ‘tangkap khalwat’ mestilah diperketatkan.

Katanya, ini kerana operasi tangkap khalwat, selalu menimbulkan pertentangan dengan prinsip-prinsip Islam dalam hal ini.

Hari ini, ramai menyangka tanpa operasi tangkap khalwat maka bertambah perzinaan dalam masyarakat, sedang mereka lupa zina itu berkembang disebabkan maksiat terbuka seperti media, hiburan, pentas seni dan seumpamanya yang secara terang mempromosikan maksiat.

“Malang sekali, jika maksiat tertutup diintip dan dicari sementara yang nyata dibiarkan dan dipromosi,” katanya menerusi catatan ‘Minda Tajdid’ beliau.

DR MOHD ASRI

IKLAN

Asri berkata, antara cadangannya ialah pertama, “Operasi ini hendaklah tidak menjadi punca kemungkaran tajassus (mengintip aib orang lain) berkembang dalam masyarakat Islam.”

“Maka pemberi maklumat hendaklah dipastikan ia tidak diperolehi berdasarkan perbuatan tajassusnya. Sebaliknya, berasaskan zahirnya kemungkaran tersebut.

“Seperti nampak dari luar rumah, atau bunyi yang meyakinkan maksiat sedangkan berlaku. Pemberi maklumat memperolehi secara jelas, bukan tajassus atau intipan. Jika pemberi maklumat melakukan tajassus tanpa keperluan, maka dia fasik,” katanya.

Yang kedua katanya, “Tidak boleh operasi itu sendiri berasaskan tajassus,”.

“Hendaklah kemungkaran yang dicegah itu apabila ia nyata atau diketahui secara yakin. Ini seperti nampak melalui tingkap atau cermin yang jelas.

islamofobia

AL-QURAN melarang menerima perkhabaran orang fasik jika berita berasaskan syak wasangka atau agakan semata-mata tidak boleh dijadikan teras operasi

Prasangka yang boleh memalukan

“Aktiviti yang dimaklumi oleh masyarakat sekeliling atau berdekatan. Maka tajassus seperti memeriksa bilik ke bilik, atau meminta dibuka pintu untuk diperiksa tanpa sebarang kemaslahatan mendesak iaitu ancaman keselamatan awam adalah bercanggahan dengan ruh Islam. Ia menggalakkan sikap prasangka dan boleh memalukan atau menjatuhkan maruah mereka yang diperiksa,” ungkapnya.

Sementara garis panduan ketiga ialah, “Operasi tidak boleh berasaskan maklumat yang tidak pasti,”.

IKLAN

BACA JUGA Usah ‘jaga tepi kain orang lain’, teguran Rasulullah terhadap manusia yang suka menyelongkar aib saudaranya

“Sekalipun tanpa intipan, tetapi jika berita berasaskan syak wasangka atau agakan semata-mata tidak boleh dijadikan teras operasi. al-Quran melarang menerima perkhabaran orang fasik.

“Maka pemberi maklumat atau informer yang diketahui terlibat dengan kerja-kerja fasik secara jelas hendaklah ditolak,” katanya.

Keempat pula katanya, pihak pencegahan tidak boleh menggalakkan suasana suka mengadu keaiban sesama muslim, secara langsung atau tidak tanpa kesedaran sendiri melakukan al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘An al-Mungkar.

TIDAK boleh didedahkan maksiat ini kepada umum melainkan untuk tujuan penghakiman.

“Nabi SAW tidak suka kes-kes diangkat kepada baginda. Sikap suka mengangkat kes-kes maksiat peribadi kepada penguasa adalah menyanggahi ruh Islam yang menyuruh ditutup keaiban saudara Muslim.

IKLAN

“Sebaliknya, masyarakat hendaklah digalakkan dan diberi kesedaran melakukan Al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘An al-Munkar kerana itu adalah tanggungjawab semua pihak. Maka pemberian saguhati kepada pemberi maklumat dalam maksiat peribadi ini,” katanya.

BACA JUGA Ada ayat khusus yang turun bersama hikmah dan khasiat, amalkannya selalu mudah-mudahan jadi penawar

Yang kelima, “Tidak boleh didedahkan maksiat ini kepada umum melainkan untuk tujuan penghakiman.”

“Maka tindakan membawa media untuk membuat liputan semasa penangkapan adalah menyanggahi prinsip-prinsip menutup aib dalam Islam.

“Bahkan perbuatan menyiarkannya kepada awam seperti di internet dan media masa adalah haram kerana mendedahkan keaiban orang lain,” katanya.

Yang terakhir “Tidak boleh menuduh mereka yang berkhalwat itu berzina selagi tiada empat orang saksi yang melihat secara terperinci proses zina itu berlaku tanpa syak.

“Jika pegawai itu menuduh tanpa bukti, maka hendaklah dibicarakan di bawah peruntukan qazaf,” titipnya.

Ikuti kami di Tiktok, Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube Sinar Islam Plus

IKLAN
Previous

‘Orang tak suka dekat kita’, Ustaz Abdullah Khairi kongsi tips agar disenangi ramai

January 10, 2023
Next

Perbetulkan posisi saf solat berjemaah bersama keluarga, raih pahala berganda

January 10, 2023

Related posts

nafsu akal
Berita Semasa,

Benarkah perempuan ada 9 nafsu 1 akal? Ini jawapan Mufti

by Sarrah MohsinJanuary 18, 2023
GAMBAR PORTAL FB (67)
Berita Semasa,

Hilang di Mekah, usaha mencari Ustaz Musthafa masih diteruskan

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023
babi
Berita Semasa,

Penyakit demam babi Afrika sedang berleluasa, benarkah membunuh babi dapat pahala sunat?

by Sarrah MohsinJanuary 18, 2023
GAMBAR PORTAL FB (66)
Berita Semasa,

Hebatnya lelaki dukung bapa tunai umrah ibarat kisah Uwais al-Qarni

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.