Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Antarabangsa, Berita Semasa,

Larian amal 150 km sambil berpuasa bantu pelarian Afghanistan

by Nurul Fatiha MuahApril 7, 2022
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Larian amal
BERPUASA tidak menghalang seorang pemuda dari London untuk melakukan larian amal. -Gambar hiasan

IBADAH puasa menjadi medan untuk kita meraih ketakwaan. Masakan tidak, ia dapat melemahkan nafsu seseorang yang mendorong kepada kemaksiatan.

Pada masa sama, dapat juga kita merasai pengalaman betapa sukarnya kehidupan golongan kurang berkemampuan dan orang susah.

Adakalanya kelompok tersebut terpaksa mengikat perut kerana tidak mampu menyediakan makanan dan minuman.

Menyedari kesusahan yang berlaku kepada pelarian Afghanistan, seorang lelaki Muslim dari London merancang untuk berlari sejauh 150 kilometer (km) pada bulan ini.

IKLAN

Niatnya begitu tulus. Lelaki bernama Cherno Jagne mahu mengumpul dana untuk pelarian Afghanistan bagi membolehkan mereka membina semula kehidupan di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).

Larian amal

CHENOR JAGNE

Baca juga Taliban Larang Siar IPL di Afghanistan Kerana Kandungan Anti-Islam

“Selain menahan diri daripada makan dan minum, Ramadan juga adalah masa untuk bersedekah serta menyumbang,” ujar Cherno yang juga Ketua Pegawai Operasi badan amal Choose Love sebagaimana dipetik menerusi portal aboutislam.com.

Rupanya itu bukan kali pertama pemuda berusia 36 tahun itu melakukan amal sedemikian.

IKLAN

Pada tahun lalu, beliau pernah berlari sejauh 100 km semasa berpuasa pada bulan Ramadan dan mengumpul AS$600.85 (RM2,534.87) untuk menyediakan pek makanan bagi pelarian dan mereka yang berpindah di kem di Greece dan Lubnan.

Namun, pada Ramadan kali ini, Cherno mahu berlari 150 km sambil berpuasa dengan sasaran yang lebih tinggi iaitu mengumpul AS$2,730 (11,521.12).

“Wang yang dikumpul ini akan digunakan untuk menyediakan bakul makanan bagi orang yang hilang tempat tinggal, memberi bekalan dan penjagaan perubatan yang penting dan menyokong orang Afghanistan yang baru tiba di UK dan AS.

“Semua sumbangan ini akan disalurkan ke Run for Ramadan – Afghanistan Appeal yang menyokong rakan kongsi kami menyediakan perkhidmatan penting kepada mereka melarikan diri dari Afghanistan,” katanya.

Larian amal

CHERNO melakukan larian amal sejauh 150 km bagi membantu pelarian Afghanistan.

IKLAN

Baca juga AS Setuju Kerajaan Islam di Afghanistan

Sesungguhnya, Ramadan memang dikenali sebagai pesta ibadah kerana banyak ganjaran dan keberkatan yang bakal diraih apabila kita menghidupkannya dengan amal kebaikan.

Malah, segala amalan yang dilakukan akan dilipatgandakan dari segi ganjarannya.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Semua amalan anak Adam akan digandakan kebaikannya 10 kali ganda serupa dengannya sehingga 700 kali ganda. ALLAH SWT berfirman: “Melainkan puasa, kerana ia untuk-KU dan AKU sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-KU.” (Hadis Riwayat Muslim)

Foto: aboutislam.com, pipanews.com & Unsplash

IKLAN
Larian amalpelarian Afghanistansinarislamplus
Previous

Lambat baca al-Fatihah ketika solat berjemaah. Perlu ‘kejar’ imam atau tidak?

April 6, 2022
Next

Manisnya Ramadan di Asia Selatan

April 7, 2022

Related posts

an (4)
Berita Semasa,

Hikmah daripada tarikh-tarikh penting sepanjang Zulhijjah 1443Hijrah

by Fatin Fatihah HussinJune 30, 2022
sangat biadap
Berita Semasa,

Sangat biadap, ayat al-Quran dicetak di bikini

by Sarrah MohsinJune 28, 2022
an (3)
Berita Semasa,

Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

by Fatin Fatihah HussinJune 22, 2022
Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (22)
Berita Semasa,

Beri hadiah tidak senonoh di majlis perkahwinan. Apakah hukumnya?

by Fatin Fatihah HussinJune 21, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.