Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Antarabangsa, Berita Semasa,

Lakar sejarah baharu, Arab Saudi bakal lantik hakim kerajaan dalam kalangan wanita tidak lama lagi…

by Nurul Fatiha MuahJanuary 18, 2021
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
pexels-abdulla-bin-talib-5414458

SEJAK beberapa hari lalu, nama Arab Saudi menjadi sebutan ramai apabila negara itu mengumumkan bakal melantik wanita sebagai hakim kerajaan tidak lama lagi.

Perkhabaran itu bakal melakar sejarah baharu kepada negara berkenaan. Masakan tidak, Arab Saudi begitu sinonim dengan beberapa peraturan ketat terhadap kaum Hawa berlandaskan syariat Islam.

Berita tentang pelantikan hakim kerajaan itu dikongsikan oleh Ketua Setiausaha (Undersecretary) Pemerkasaan Wanita di Kementerian Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial Arab Saudi, Hind Al-Zahid ketika diwawancara oleh Al-Arabiya.

“Hari ini, kerjaya undang-undang yang normal akan menyaksikan seseorang yang melalui beberapa peringkat sebelum mereka dapat dilantik sebagai hakim.

“Apa yang dapat saya katakan bahawa seorang wanita Arab Saudi akan menjawat jawatan hakim tidak lama lagi. Terdapat beberapa inisiatif yang dijalankan di beberapa peringkat,” katanya sebagaimana dipetik dalam wawancara tersebut menerusi portal english.alarabiya.net.

Hakim wanita Arab Saudi

Al-Zahid ketika diwawancara dalam satu program di Al Arabiya mengumumkan tentang hakim wanita di Arab Saudi baru-baru ini.

Jelas Al-Zahid, langkah itu susulan petunjuk antarabangsa yang telah membuktikan kemajuan kerajaan dalam mendukung pemberdayaan kepada golongan wanita dalam semua peringkat.

Berdasarkan jangkaan pihaknya, Al-Zahid menambah, penyertaan wanita dalam pasaran tenaga kerja diramalkan meningkat kepada 25 peratus pada tahun 2025.

IKLAN

Baca juga Radwa Helmy, hakim pertama tembusi tembok konservatif Mesir

“Namun, pada hari ini sahaja, kadar penyertaan mereka (kaum wanita) sudah mencapai 31 peratus dan ini adalah kemajuan yang sangat besar.

“Bagi sektor perkhidmatan awam, kadar penyertaan wanita Arab Saudi meningkat daripada 39 peratus kepada 41 peratus. Kebanyakannya adalah dalam sektor pendidikan dan kesihatan, di samping sektor-sektor lain,” katanya.

Usaha untuk memperkasakan golongan wanita dalam bidang kehakiman sudah lama diperjuangkan.

Memetik laporan outlookindia.com pada tahun lalu, Majlis Syura Arab Saudi mempertimbangkan cadangan melantik kaum Hawa sebagai hakim di mahkamah yang berstatus peribadi.

IKLAN

Menurut laporan Gulf News, anggota majlis berkenaan, Isa Al Gheith, mengemukakan cadangan terbaharu itu yang mendapat sokongan beberapa rakan sekerja.

“Sistem kehakiman Arab Saudi tidak menjadikan jawatan kehakiman terbatas kepada lelaki,” katanya dalam laporan berkenaan sambil menunjukkan beberapa contoh pelantikan wanita sebagai hakim di beberapa Arab seperti di Kuwait dan Mesir.

Dua tahun sebelumnya iaitu sekitar tahun 2018, badan perundingan berkenaan telah menyekat permintaan untuk melantik wanita sebagai hakim kerajaan.

Hakim wanita Arab SaudiUntuk rekod, sekitar tahun 2016, Mahkamah Rayuan Pentadbiran di wilayah Timur Arab Saudi dilaporkan telah melantik penimbang tara wanita pertama dalam kes komersial.

IKLAN

Portal Arab News melaporkan, pelantikan wanita dikenali sebagai Shaimaa Sadeq Al-Jibran itu, bagaimanapun mendapat bantahan gara-gara dirinya seorang wanita.

Sumber kepada portal berita berpengaruh itu kemudian melaporkan bahawa Kementerian Kehakiman telah diminta untuk mempertimbangkan kembali cadangan pelantikan itu kerana telah mengizinkan wanita bergabung dengan badan kehakiman.

Ia kerana tidak pernah lagi ada wanita yang sebelumnya dilantik sebagai hakim komersial dan terlibat dalam peranan kehakiman kementerian.

Susulan itu, pelantikan itu dicabar di Mahkamah Rayuan Pentadbiran sebelum diluluskan.

Sumber & Foto: english.alarabiya.net/, arabnews.com, outlookindia.com, iknowpolitics.org, gulfbusiness.com & Pexels

IKLAN
berita-semasaHakim wanita Arab Saudilifestylesinarhariansinarislamplus
Previous

Hukum mencium al-Quran, ramai yang masih keliru tentang perkara ini. Jom hadamkan penjelasan pendakwah ini

January 17, 2021
Next

Gabungkan nama bapa angkat ketika menamakan anak angkat. Ini hukumnya yang wajib kita tahu…

January 19, 2021

Related posts

zamzam
Berita Semasa, Dalam Negara,

Jangan beli air zamzam secara runcit, mungkin tidak tulen

by Sarrah MohsinJuly 4, 2022
an (4)
Berita Semasa,

Hikmah daripada tarikh-tarikh penting sepanjang Zulhijjah 1443Hijrah

by Fatin Fatihah HussinJune 30, 2022
sangat biadap
Berita Semasa,

Sangat biadap, ayat al-Quran dicetak di bikini

by Sarrah MohsinJune 28, 2022
an (3)
Berita Semasa,

Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

by Fatin Fatihah HussinJune 22, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.