Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Berita Semasa,

Korban luar negara lebih murah, tapi…

by Muhd Azman Mohd NawiJuly 24, 2020
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter

PADA 31 Julai ini, seluruh umat Islam di dunia bakal meraikan Hari Raya Aidiladha. Tanggal 31 Julai 2020 bakal menjadi tarikh keramat yang bakal diingati sampai bila-bila.

Masakan tidak, ramai yang tidak berpeluang ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Ia suatu yang tidak terduga lantaran virus Covid-19 yang masih tiada penawarnya.

Perasaan sebak dan pilu tidak terkata apabila bakal jemaah yang barangkali telah pun membuat persiapan untuk ke Tanah Suci tidak dapat berangkat ke sana pada musim haji ini. Percayalah pasti terselit hikmah yang hanya diketahui oleh-NYA.

Namun begitu, kita masih boleh menarik nafas lega kerana kerajaan Malaysia memberi kelonggaran melakukan ibadah korban.

Walaupun ada yang mengeluh dengan prosedur operasi standard yang ketat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, tetapi bersyukurlah dengan kesempatan yang diberikan.

Selain melakukan ibadah korban di tempat sendiri, ada juga orang yang lebih selesa memilih untuk melakukannya di luar negara kerana faktor kemampuan.

Lazimnya harga haiwan korban seperti lembu, kambing dan unta di sana lebih rendah berbanding di dalam negara. Sebagai contoh, harga satu bahagian lembu korban di Malaysia sekitar RM650 tetapi di negara seperti Kemboja, nilainya cuma RM290.

Bukan itu sahaja, ada negara tertentu yang penduduknya ramai fakir dan miskin. Mereka lebih memerlukan sumbangan daging yang jarang sekali dapat dirasai.

Tidak kira tempat

Tidak kiralah apa jua alasannya, semua itu dilakukan semata-mata untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT dan membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

IKLAN

Antara korban di dalam dan luar negara, yang manakah lebih afdal? Adakah pahala yang bakal diperoleh juga sama?

Bagi mendasari topik itu, Sinar Islam mewawancara Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara, Dr Mohd Hapiz Mahaiyadin.

DR MOHD HAPIZ

Jelas beliau, ada dua perkara utama apabila berbicara tentang ibadah korban di luar negara. Pertama, ia melibatkan proses mewakilkan individu untuk melakukan sembelihan di sana.

Kedua, kita sendiri yang melakukannya ketika berada di negara berkenaan.

“Dalam dua situasi tersebut, para ulama menyatakan, tiada masalah dan harus hukumnya untuk melakukan korban di luar negara.

“Ini bermakna, kita boleh buat (ibadah korban yang sunat) di mana-mana saja. Perkara yang diambil kira adalah tempat ketika orang itu melakukan korban, bukannya tempat asal kelahirannya.

“Ia termasuk juga dalam ibadah korban yang wajib seperti nazar dan sumpah,” katanya ketika dihubungi Sinar Islam baru-baru ini.

Ujar ahli akademik itu lagi, ibadah korban sebenarnya bergantung kepada orang yang hendak melakukannya.

Ketahuilah, tempat bukanlah syarat utama untuk ibadah korban. Syarat utama ibadah korban termasuk juga akikah, ia hanya melihat kepada pematuhan semua rukun dan syarat sembelihan korban.

“Ia seperti haiwan tersebut memiliki sifat yang sempurna dan orang yang nak buat korban itu, sama ada korban wajib atau korban sunat,” katanya.

Tegas beliau, penetapan tempat sama ada di dalam negara, kawasan lain atau penempatan orang miskin bukanlah rukun ataupun syarat sah korban.

Ikut kemampuan

Menyambung hujah, Dr Mohd Hapiz menjelaskan, orang yang melakukan ibadah korban mempunyai pilihan berdasarkan kemampuan masing-masing.

Beliau berpandangan, tiada masalah sekiranya korban di luar negara itu boleh membuka peluang kepada orang yang tidak berkemampuan di Malaysia untuk turut sama melakukan ibadah sunat berkenaan.

“Andai buat di luar negara, selagi haiwan yang nak disembelih cukup syarat sempurna, ia sah dilakukan di sana,“ katanya.

Menjawab satu soalan, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah dan Pulau Pinang itu berkata: “Apabila cukup sahaja syarat-syarat dan rukun korban, maka ibadah korban itu diterima oleh ALLAH.”

IKLAN

Ia sebagaimana disebutkan ALLAH SWT dalam Surah al-Hajj, ayat 37.

Sabda Rasulullah SAW: “Tidak ada amalan yang dikerjakan anak Adam ketika hari (raya) korban yang lebih dicintai oleh ALLAH SWT daripada mengalirkan darah, sesungguhnya pada hari kiamat ia akan datang dengan tanduk-tanduknya, kuku-kukunya serta bulu-bulunya. Dan sesungguhnya darah itu akan sampai kepada ALLAH SWT sebelum jatuh ke tanah, maka perbaikilah jiwa kamu sekalian dengannya.” (Riwayat Ibnu Majah)

Korban dalam negara dan luar negara

HARUS hukumnya melakukan penyembelihan haiwan korban di luar negara sekiranya menggunakan wakil ibadah korban atau kita sendiri melaksanakannya sewaktu berada di sana.

Tetap datangkan pahala

Dari segi pahala, jelas Dr Mohd Hapiz, ibadah berkenaan tetap mendatangkan pahala kepada mereka yang melakukannya tidak kiralah di dalam negara mahupun luar negara.

“Cuma isu tambahan pahala itu bergantung kepada situasi, keadaan dan suasana pada ketika itu. Begitu juga pahala korban diperoleh.

“Namun, adakalanya keperluan ibadah tersebut tidak tercapai dengan baik jika berlakunya pembaziran daging korban atau terlalu banyak wang tunai yang dibelanjakan untuk ibadah korban sunat itu. Apatah lagi sewaktu ada yang terdesak kewangan disebabkan terkesan dengan impak wabak Covid-19,” jelas beliau.

Sebelum mengakhiri bicaranya, beliau menasihatkan pihak terlibat agar berwaspada dan memastikan wang yang diberikan untuk tujuan ibadah korban digunakan secara optimum.

IKLAN

Ambil kira maslahat orang miskin walaupun tidak wajib diberikan semuanya kepada mereka.

“Ini kerana asas korban merupakan satu cara mendekatkan diri kepada ALLAH dan perkara paling disukai-NYA adalah membantu golongan muhtajin (yang memerlukan) dengan sembelihan tersebut,” katanya.

Kepada pihak yang mengendalikan korban di luar negara, Dr Mohd Hapiz turut mengingatkan agar berlaku jujur terhadap amanah yang diwakilkan.

Sunat sembelih sendiri

Fakta yang dihuraikan oleh Dr Mohd Hapiz turut diakui oleh Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Syukri Mohamad.

MOHAMAD SHUKRI

Meskipun harus melakukan ibadah korban di luar negara, tegas beliau, lebih afdal jika ia dilakukan di tempat sendiri.

“Salah satu syarat korban adalah kemampuan. Barangkali ada yang tak mampu melakukan ibadah korban di sini kerana faktor harga, tapi mampu melaksanakannya di tempat lain contohnya Kemboja.

“Jadi, di sini ada pilihan (untuk mereka yang ingin melaksanakan ibadah ini). Satu lagi pendapat, kita boleh mewakilkan niat untuk berkorban kepada orang Kemboja dengan hanya menghantar duit ke sana,” katanya.

Kepada satu soalan, agamawan itu menjelaskan, sunat hukumnya jika individu berkenaan menyembelih haiwan korban dengan tangan sendiri. Begitu juga hukum melihat haiwan berkenaan.

“Namun, jika dibuat di luar negara dan tidak berpeluang kita buat begitu, maka wakil yang dilantik itulah yang akan mewakili kita dan menjadi saksi.

“Bagi mereka yang mengambil satu bahagian korban, cukuplah jika mewakilkan seorang dalam kalangan mereka untuk menjadi tukang sembelih. Jadi, sunat sembelih sendiri itu berlaku walaupun kita hanya mewakilkan kepada orang yang terlibat,” jelasnya.

Berkenaan ciri-ciri korban yang terbaik, Mohamad Syukri menjelaskan, lakukan ibadah berkenaan dengan penuh keikhlasan untuk mengabdikan diri kepada ALLAH SWT.

“Selain itu, pilihlah haiwan terbaik dan tiada kecacatan dan lakukan pengagihan sebagaimana dianjurkan oleh syarak. Seperkara, jangan dibazirkan daging korban tadi. Agihkanlah ke tangan mereka yang berhak iaitu orang fakir dan miskin,” katanya.

Usahlah kita bersaing melakukan ibadah korban itu semata-mata kerana ingin menunjukkan kemampuan kita pada setiap tahun.

Sebaiknya, buatlah ikhlas kerana-NYA. Semoga amalan kita akan diterima oleh-NYA sebagai bekalan ampuh ketika di akhirat kelak.

IKLAN
agamaKorban dalam negara dan luar negarasinar islamsinarplus
Previous

8 panduan yang betul untuk bercakap dengan anak supaya mendengar kata

July 23, 2020
Next

Kenali Imam al-Ghazali, ulama ulung yang memberi inspirasi

July 24, 2020

Related posts

Wang sumbangan
Berita Semasa,

Bolehkah guna wang bantuan pihak sekolah untuk beli telefon?

by Nurulfatiha MuahJanuary 19, 2023
nafsu akal
Berita Semasa,

Ke mana hala 9 nafsu wanita? Ini jawapan Mufti

by Sarrah MohsinJanuary 18, 2023
GAMBAR PORTAL FB (67)
Berita Semasa,

Hilang di Mekah, usaha mencari Ustaz Musthafa masih diteruskan

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023
babi
Berita Semasa,

Penyakit demam babi Afrika sedang berleluasa, benarkah membunuh babi dapat pahala sunat?

by Sarrah MohsinJanuary 18, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.