MENJELANGNYA bulan Ramadan pasti ada di antara kita yang ingin mengerjakan ibadah sunat berlebihan.
Mengerjakan ibadah sunat, melakukan kebaikan di bulan mulia ini amatlah digalakkan kerana Ramadan merupakan bulan yang pintu syurga dibuka seluas-luasnya.
Keistimewaan bulan mulia ini dapat dibuktikan melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Telah datang bulan Ramadan, bulan penuh berkah, maka ALLAH mewajibkan kalian untuk berpuasa pada bulan itu, saat itu pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan diikat dan pada bulan itu pula terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. (HR. Ahmad)
Umat Islam amatlah digalakkan memperbanyakkan doa dan melakukan kebaikan dengan mengamalkan konsep Hablum Minallah (hubungan manusia dengan ALLAH), Hablum Minannas (hubungan manusia sesama manusia) dan Hablum Minal ‘Alam (hubungan manusia dengan alam).
Segala kebaikan yang dilakukan pasti mendapat keredhaan ALLAH SWT.
Bagi mereka yang ingin melakukan ibadah sunat boleh cuba dengan melaksanakan solat sunat witir.
Solat sunat witir merupakan solat yang boleh dilakukan selepas solak Isyak sehingga sebelum masuknya waktu solat subuh dan hukumnya ialah sunat muakkad.
Untuk pengetahuan semua, solat ini digelar witir kerana bilangan rakaatnya ganjil iaitu satu, tiga, lima, tujuh, sembilan dan sebelas.
Berikut merupakan cara-cara mengerjakan solat sunat witir:
Niat solat sunat witir satu rakaat
Usollo Sunnatal Witri Rak’atan Lillahi Ta’ala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana ALLAH Taala
Cara solat sunat witir satu rakaat
1. Niat
2. Membaca surah al-Fatihah
3. Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas
4. Rukuk
5. Iktidal
6. Sujud
7. Duduk di antara dua sujud
8. Sujud kedua
9. Duduk tawarruk
10. Membaca tahiyat akhir
11. Memberi salam
Baca juga: Hati-Hati! Berikut Larangan Waktu Membaca Ayat Kursi. Ini Penjelasannya
Niat solat sunat witir dua rakaat
Usolli Sunnatal Witri Rak’ataini Lillahi Ta’ala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana ALLAH Taala
Cara solat sunat witir dua rakaat
Rakaat pertama
1. Niat
2. Membaca Surah al-Fatihah
3. Membaca Surah al-A’la
4. Rukuk
5. Iktidal
6. Sujud
7. Duduk di antara dua sujud
8. Sujud kedua
9. Berdiri untuk rakaat kedua
Rakaat kedua
1. Membaca Surah al-Fatihah
2.Membaca Surah al-Kafirun
3. Rukuk
4. Iktidal
5. Sujud
6. Duduk di antara dua sujud
7. Duduk tawarruk
8. Membaca tahiyat akhir
9. Memberi salam
Usai solat sunat witir boleh diteruskan dengan membaca doa solat sunat witir.
Pilihan pertama
Allahumma Inni ‘Auzu Biridhoka Min Sakhotika Wa Bimu’Aafatika Min ‘Uqubatika Wa ‘Auzubika Minka Laa Uhsii Tsana’an ‘Alaika Anta Kama Atsnaita ‘Alaa Nafsika.
Maksudnya:
Ya ALLAH! Sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, aku berlindung dengan kemaafanMu daripada BalasanMu, dan aku berlindung denganMu daripada tidak mampu memujiMu seperti Engkau memuji diriMu.
Pilihan kedua
Allahumma innaa Nas’aluka iimaanan Daaimaan, wanas’aluka qalban khaasyi’an, wanas’aluka ‘ilman naafi’an, wanas ‘aluka yaqiinan shaadiqon, wanas ‘aluka ‘amalan shaalihan, wanas ‘aluka diinan Qayyiman, wanas ‘alukal ‘afwa wal’aafiyata, wanas ‘aluka tamaamal ‘aafiyati, wanas ‘alukash-syakra ‘alal ‘aafiyati, anas ‘alukal ghinaa’a ‘aninnaasi.
Allahumma RabbaNaa Taqabbal Minnaa SolaaTanaa WashiyaaManaa WaqiyaamaNaa Watakhusy-syu’anaa WataDhorru’Anaa wata’Abbadanaa Watammim Taqshiiranaa Yaa Allaahu Yaa Allaahu Yaa Allaahu Yaa Arhamar Raahimiin.
Washallallaahu ‘alaa Sayyidina Muhammadin Wa ‘Alaa Aalihi Washahbihi Ajma’iina, Subhanaa Robbika Robbil ‘izzati amma yasifun, walhamdu lillaahi rabbil ‘Aalamiina.
Maksudnya:
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Ya ALLAH! Sesungguhnya kami memohon daripada Engkau keimanan yang berkekalan. Kami memohon daripada Engkau hati yang khusyuk (teguh dan sebulat hati). Kami memohon daripada Engkau ilmu yang bermanfaat. Kami memohon daripada Engkau keyakinan yang benar. Kami memohon daripada Engkau amalan yang soleh (patut). Kami memohon daripada Engkau agama yang berkualiti. Kami memohon daripada Engkau keampunan dan kesihatan. Kami memohon daripada Engkau kesihatan yang sepenuhnya. Kami memohon daripada Engkau rasa syukur ke atas kesihatan. Kami memohon daripada Engkau kekayaan.
Ya ALLAH! Terimalah solat kami, puasa kami, solat malam kami, kekhusyu’an kami, kerendahan hati kami, ibadah kami. Sempurnakanlah kelalaian atau kekurangan kami, Ya ALLAH! Ya ALLAH! Ya ALLAH! Wahai Yang Paling Pengasih di antara yang mengasihani.
Selawat dan salam sejahtera ALLAH ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabatnya. Maha Suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya untuk ALLAH, Tuhan sekalian alam.
Marilah kita bersama-sama mengejar keampunan dari ALLAH SWT dengan mengerjakan ibadah di bulan Ramadan ini.
Selamat beramal!
Sumber: Akuislam
Baca juga: Solat Sudah Rapat Saf, Kini Jemaah Umrah Boleh Tawaf Lebih Dekat Dengan Kaabah
Baca juga: Ibrah Israk & Mikraj: Solat Menjadikan Seseorang Hamba Kuat, Kental Dan Dekat Dengan PENCIPTA
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
The post Kejar keistimewaan bulan Ramadan dengan melakukan ibadah sunnah, berikut cara-cara mengerjakan solat sunat witir appeared first on Sinar Plus.