Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Berita Semasa,

KDN serbu rumah pangsa jadi tempat sembunyi al-Quran tanpa kelulusan

by Fatin Fatihah HussinFebruary 4, 2023
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB - 2023-02-04T125553.887
KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) merampas 1,907 naskhah Al-Quran dan 2,060 bahan bacaan bercetak mengandungi ayat daripada kitab suci itu bernilai RM160,000 dalam Ops Mulia di Bukit Mertajam setakat Januari lalu.

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) menyerbu sebuah rumah pangsa yang dijadikan stor penyimpanan al-Quran tanpa kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ) KDN dalam Ops Mulia di Bukit Mertajam.

Setakat Januari lalu, sebanyak 1,907 naskah al-Quran dan 2,060 bahan al-Quran bernilai RM160,000 berjaya dirampas.

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata dalam serbuan itu, seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai penjaga premis berkenaan ditahan bagi membantu siasatan.

“Kita dapati premis yang diperiksa tersebut telah melakukan aktiviti pengedaran, penjualan al-Quran dan bahan al-Quran sebagai sumber pendapatan utama dan telah menjalankan aktiviti ini sejak tahun 2022 hingga sekarang,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat KDN Pulau Pinang, di Butterworth, semalam (2/2/2023).

Nik Yusaimi berkata, al-Quran tanpa kelulusan itu dibimbangi kandungannya menyalahi sama ada dari segi ayat, baris dan boleh menyebabkan umat Islam salah membaca dan berlainan maksud.

Ujarnya, naskah al-Quran yang dirampas itu didapati terdapat kandungannya yang turut dieja dalam tulisan rumi sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini sudah mengharamkan sebarang ejaan ayat suci al-Quran dalam tulisan rumi.

IKLAN

SETIAUSAHA Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (KDN), Nik Yusaimi Yussof

Selain itu, siasatan juga mendapati al-Quran yang dirampas tidak mengikut resam Uthmani yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Siasatan turut mendapati kesemua naskah dan bahan al-Quran itu dipercayai dibawa masuk dari Indonesia sebelum dijual menerusi platfom dalam talian, infak dan diedarkan di seluruh negara.

Nik Yusaimi berkata, semua rampasan dibuat kerana ia melibatkan kesalahan Akta Pencetakan Teks Al-Quran (APTQ) 1986 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.

Jelasnya, tujuan Ops Mulia ini dijalankan adalah bagi membanteras pengedaran, penjualan al-Quran dan bahan al-Quran yang terdiri daripada pelbagai bentuk yang menyalahi APTQ 1986.

Mengulas lanjut, katanya terdapat 912 jenis terbitan al-Quran yang telah diluluskan KDN sebagai pilihan sama ada untuk dijual, dimiliki ataupun diedar di kalangan masyarakat.

Justeru pihaknya menyeru masyarakat agar tidak memilih nashkah al-Quran yang tiada kelulusan dengan menyemak perakuan dan hologram KDN pada naskah yang terlibat.

BACA JUGA [Video] Himpunan bantah bakar al-Quran jadi perhatian di Kedutaan Sweden

IKLAN

Haram tulis al Quran dengan tulisan bukan huruf Arab

1) Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-24 yang bersidang pada 5-6 Jun 1989 telah membincangkan Penulisan Ayat-Ayat Al-Quran Dengan Huruf Roman. Muzakarah telah memutuskan bahawa adalah haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada ayat al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan tulisan al-Quran.

Wanita haid al-Quran

AL-Quran yang merupakan kalam suci ALLAH SWT ditujukan buat seluruh manusia perlu dimuliakan. Setiap orang Islam wajib mempelajari al-Quran dalam Bahasa Arab Rasm Uthmani.  Foto: Unsplash

2) Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan

IKLAN

Setelah meneliti setiap pandangan ahli muzakarah dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 07/2016-1437H yang bersidang pada 25 Ogos 2016 bersamaan 22 Zulkaedah 1437H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-24 berkenaan Hukum Penulisan Ayat-Ayat al-Quran Dengan Huruf Roman Atau Latin dengan sighah seperti berikut:

1. Setiap orang Islam wajib mempelajari al-Quran dalam Bahasa Arab Rasm Uthmani.

2. Haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada ayat al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan tulisan al-Quran.

BACA JUGA Biadapnya pemimpin Sweden bakar al-Quran, umat Islam wajib tegakkan kesucian kalam ALLAH SWT

3. Kecuali penulisan akademik (petikan/phrasa) yang menggunakan tanda transliterasi al-Quran yang betul serta mengikut kaedah yang standard.

4. Untuk tujuan menarik orang membaca al-Quran dan tujuan pembelajaran (تعليم) dalam jangka masa sementara. Teks/nas al-Quran hendaklah disertakan.

5. Haram menerbit dan menjual tafsir dan terjemahan al-Quran tanpa disertakan teks asal.

IKLAN
Previous

Hilangnya deria hormat Barat terhadap Islam

February 4, 2023
Next

Poket selalu kering, Ustaz Hanafi perturun tip praktikal untuk murah rezeki, langkah keempat paling padu

February 4, 2023

Related posts

GAMBAR PORTAL FB - 2023-03-21T162841.867
Berita Semasa,

Bantuan Kewangan Haji bersasar dan berkala diteruskan kepada bakal haji Muassasah

by Fatin Fatihah HussinMarch 21, 2023
Rumah ibadat lain
Berita Semasa,

3 hukum masuk rumah ibadat agama lain, umat Islam wajib hadam sepenuhnya

by Nurulfatiha MuahMarch 21, 2023
GAMBAR PORTAL FB - 2023-03-20T145310.523
Berita Semasa,

Promosi ‘Jom Ziarah Gereja’, fahami mengapa ia salah di sisi Islam dan undang-undang negara

by Fatin Fatihah HussinMarch 20, 2023
Doa Ustaz Azhar Idrus
Berita Semasa,

Orang ramai, rakan seperjuangan titip doa mohon kesembuhan buat Ustaz Azhar Idrus

by Nurulfatiha MuahMarch 17, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.