Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Berita Semasa,

‘Jangan caci orang yang dah meninggal hanya kerana dia tak sempurna amalannya ketika hidup’

by Nurul Fatiha MuahSeptember 17, 2020
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter

MASYARAKAT kita sememangnya begitu peka. Apabila ada perkhabaran duka seperti berita kematian, cepat sahaja maklumat itu sampai kepada semua orang melalui platform media sosial.

Ya, kemudahan sedia ada pada hari ini memang serba canggih dan sangat memudahkan kita untuk menyebarkan maklumat berkenaan.

Ucapan takziah dan lafaz Innalillahi wa inna ilaihi raji’un juga tidak putus-putus diterima ahli keluarga melalui platform yang sama.

Namun, di sebalik berita sedih itu, kadangkala ada juga netizen tidak bertanggungjawab memberikan komen sensitif yang boleh merentap lagi kesedihan ahli keluarga mereka.

IKLAN

Meskipun ia merupakan akaun media sosial milik peribadi, tetapi ia bukanlah tiket untuk kita memberikan komen bersifat mengaibkan. Apatah lagi terhadap individu yang sudah meninggal dunia.

Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Azman mengingatkan masyarakat agar tidak mencaci orang yang sudah meninggal dunia hanya kerana amalannya yang tidak sempurna ketika hayatnya.

“Kita tak tahu apa yang dia lalui antara dia dengan Tuhan menjelangnya ajal.

“(Sebaliknya) Tugas kita yang hidup adalah mendoakan kesejahteraannya di sana (alam barzakh),” kongsinya di Instagram miliknya baru-baru ini.

Caci orang meninggal

KITA yang masih hidup, doakanlah kesejahteraan orang yang sudah meninggal dunia.

Meskipun pada mata kasar, kita melihat seseorang itu kurang bagus dari segi agamanya, PU Azman yang mesra disapa Cik Man menegaskan, kita tetap tidak layak untuk menghukum seseorang.

“Walaupun kita tengok dia tak bagus agamanya, tak tutup aurat, tapi itu tetap bukan lesen untuk menghukum syurga nerakanya.

“Adakah kita tahu lebih pantas dari Tuhan untuk mengetahui isi hati manusia?,” soalnya.

IKLAN

Beliau turut mengemukakan sebuah hadis sahih yang masyhur sebagai pedoman buat kita.

Rasulullah SAW bersabda: “Jangan cela orang mati kerana mereka telah menjumpai apa yang telah mereka kerjakan.” (Riwayat al-Bukhari)

Justeru, jangan begitu mudah menghukum orang lain. Ingatlah bahawa kita juga manusia yang dijadikan oleh ALLAH SWT, sama seperti orang lain.

IKLAN

Tidak sepatutnya kita berbuat demikian. Malah, kita juga tidak layak untuk menjatuhkan hukuman mendahului Sang Pencipta.

Apa pun, jagalah lidah dan percakapan kita dengan sebaiknya. Begitu juga dengan jari yang menaip di media sosial masing-masing. Usah menaip sesuatu yang mengaibkan atau membuatkan orang lain tersinggung.

Kelak, semua anggota badan kita bakal ditanya di akhirat nanti.

Sumber: Instagram puazmanofficial

Foto: Bernama

IKLAN
berita-semasaCaci orang meninggalsinarislamplus
Previous

Bila rezeki dan darjat bertambah, tapi ibadah ditinggalkan… Berhati-hatilah, itu tanda istidraj

September 16, 2020
Next

Banyak rupanya kelebihan istighfar yang ramai tak sedar…

September 18, 2020

Related posts

an (3)
Berita Semasa,

Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

by Fatin Fatihah HussinJune 22, 2022
Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (22)
Berita Semasa,

Beri hadiah tidak senonoh di majlis perkahwinan. Apakah hukumnya?

by Fatin Fatihah HussinJune 21, 2022
tempahan ibadah korban meningkat
Berita Semasa, Dalam Negara,

Tempahan ibadah korban meningkat, waspada pakej palsu

by Sarrah MohsinJune 17, 2022
Untitled design (41)
Berita Semasa,

Malaysia pilihan teratas destinasi pelancong Muslim

by Fatin Fatihah HussinJune 16, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.