Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Berita Semasa,

Isu tauliah mengajar, JAKIM tegaskan tiada campur tangan pihak Jabatan Menteri Agama

by Fatin Fatihah HussinMarch 6, 2023
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB - 2023-03-06T181532.967
TERDAPAT dakwaan yang mengaitkan isu tauliah ini melibatkan campur tangan pihak Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan JAKIM.

Isu tauliah mengajar, JAKIM tegaskan tiada campur tangan pihak Jabatan Menteri Agama

ISU yang tiada kesudahan ini masih menjadi buah mulut masyarakat apabila ia bagai tiada titik noktah dalam mengatasinya. Banyak pihak yang menunding jari terutama golongan agamawan sendiri, sehingga berlakunya banyak pertikaian dalam masyarakat.

Terdapat dakwaan yang mengaitkan isu tauliah ini melibatkan campur tangan pihak Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan JAKIM.

Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dalam satu kenyataan menyatakan, pihaknya mengambil perhatian terhadap isu tauliah mengajar agama Islam yang hangat diperkatakan di media ketika ini.

JAKIM menegaskan, bahawa tauliah mengajar adalah tertakluk di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama Islam di negeri-negeri berpandukan kepada undang-undang, peraturan dan prosedur yang sedia ada.

IKLAN

“Adalah dinafikan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan JAKIM mencampuri urusan tauliah mengajar agama Islam di negeri-negeri seperti yang didakwa.

“Semua pihak adalah dipohon untuk akur serta menghormati sebarang ketetapan yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa agama Islam di negeri-negeri,” tulis JAKIM dalam satu kenyataan hari ini.

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Sejak tularnya isu Ustaz Azhar Idrus tidak dibenarkan mengadakan kuliah sekitar Selangor kerana tidak mempunyai tauliah mengajar agama Islam itu telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

BACA JUGA Tiada tauliah mengajar, JAIS batalkan kuliah Ustaz Azhar Idrus

Turut terpalit dalam isu ini ialah pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Anuar turut dikenakan tindakan yang sama oleh Jabatan Agama Negeri Selangor (JAIS).

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, JAIS menegaskan nasihat yang diberikan kepada pihak penganjur bagi sesi ceramah Ustaz Muhammad Wadi Annuar yang dijadualkan pada 10 dan 11 Mac adalah selaras dengan ketetapan berkenaan.

IKLAN

“Menurut Seksyen 118, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016 yang menetapkan hanya Jawatankuasa Tauliah yang mempunyai bidang kuasa memberikan tauliah bagi maksud pengajaran agama Islam atau apa-apa perkara mengenai agama Islam di Selangor.

“Semakan yang dibuat oleh pihak JAIS juga mendapati Ustaz Muhammad Wadi Annuar tidak mempunyai tauliah mengajar agama Islam di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

HANTARAN itu memaklumkan dua ceramah Ustaz Wadi Annuar di negeri ini pada 10 dan 11 Mac dibatalkan.

Mohd Shahzihan berkata, pihaknya juga maklum mengenai hantaran yang dimuat naik di Facebook Ustaz Wadi Annuar berhubung makluman pembatalan ceramah di Selangor yang kemudiannya dikongsi semula oleh pihak lain.

IKLAN

“JAIS kesal dengan tindakan individu dan pihak tertentu yang membuat hantaran-hantaran kurang tepat mengenai prinsipal di media sosial.

“Ini mewujudkan persepsi tidak baik terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pihak berkuasa agama dan kerajaan Selangor,” katanya.

BACA JUGA Kebiadapan atas nama kreatif, filem ‘Mentega Terbang’ papar mesej buruk tentang Islam, dimana sensitiviti pembuat filem?

Semalam hantaran itu memaklumkan dua ceramah Ustaz Wadi Annuar di negeri ini pada 10 dan 11 Mac dibatalkan.

Dua ceramah berkenaan dijadualkan di dua lokasi iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam dan Padang Astaka Tanjung Karang, Selangor.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sebab pembatalan ceramah berkenaan.

IKLAN
Previous

Hukum menyakiti hati anak, wujudkah ibu bapa derhaka?

March 6, 2023
Next

Masjidil Haram lancarkan aplikasi (AI) sempena menyambut Ramadan 1444H

March 7, 2023

Related posts

GAMBAR ANAK dan IBU
Berita Semasa,

Bapa biadab paksa anak minum arak

by Fatin Fatihah HussinMay 29, 2023
GAMBAR PORTAL FB - 2023-05-29T121216.718
Berita Semasa,

Kontroversi ajaran pelik di pesantren Jawa Barat. Jakim tubuh jawatankuasa pemantau

by Fatin Fatihah HussinMay 29, 2023
Ulama tegur
Berita Semasa,

‘Ulama boleh tegur kerajaan’ – Anwar

by Nurulfatiha MuahMay 25, 2023
GAMBAR PORTAL FB - 2023-05-24T171039.778
Aqidah, Berita Semasa,

“Malaikat penjaga manusia memang wujud,” – Daie Fuad

by Fatin Fatihah HussinMay 24, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.