Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Sinar Harian

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Sinar Harian
Istimewa Panggilan Baitullah,

Inilah ENAM persiapan rohani sebelum tunaikan haji

by Nurizan Abu KassanJune 29, 2022
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (30)
BANYAK yang perlu disedia dan dilakukan sebelum berangkat menunaikan ibadah haji seperti persediaan dari segI rohani.

BAITILLAHIL HARAM atau tanah suci Makkah adalah tempat yang suci lagi bersih. Sebelum menjadi tetamu ALLAH SWT, umat Islam hendaklah menyediakan persiapan yang cukup khususnya dari segi jasmani, mental dan spiritual atau rohani.

Pesediaan dari segi rohani amat perlu diutamakan kerana ramai yang masih merasakan diri dan jiwa masih jauh dari ALLAH dan Rasulullah. Pupuklah dalam diri sifat-sifat murni seperti ikhlas, sabar, dan syukur. Sebaliknya, jauhi sifat yang buruk seperti hasad dengki, sombong, riak, dan suka bermegah-megah.

Melalui perkongsian Ustaz Wadi Anuar, di laman Facebooknya ada menerangkan beberapa persediaan rohani yang boleh diamalkan oleh bakal jemaah haji.

1. Niat

Dalam menunaikan tuntutan untuk mengerjakan haji yang diwajibkan ke atas diri seseorang muslim yang berkemampuan, hati perlulah dibersihkan dari segala cacat cela dengan berniat ikhlas kerana ALLAH.

Hadirkanlah perasaaan tulus dan ikhlas serta belajar bebaskan diri dari segala tekanan duniawi yang akan memberatkan fikiran sepanjang perlaksanaan haji.

Daripada Amirul Mu’minin Umar bin Al-Khattab RA, beliau berkata, Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya amalan-amalan itu berdasarkan niatnya dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan.

Maka sesiapa yang berhijrah kepada ALLAH dan Rasul-NYA maka hijrahnya adalah kepada ALLAH dan Rasul-NYA, dan sesiapa yang hijrahnya kerana untuk menggapai dunia atau wanita yang hendak dinikahinya maka hijrahnya kepada apa yang dihijrahi.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

IKLAN

Baca juga 6 ciri dalam aplikasi Muslim Pro ini bakal bantu jemaah haji

2. Muhasabah diri

Sebelum menunaikan haji, luangkan masa untuk bermuhasabah diri dengan memohon keampunan kepada ALLAH. Lakukanlah amalan dengan memfokuskan diri kerana ALLAH dan sentiasa memohon keampunan setiap kali minda berkecamuk melihat gelagat manusia yang beragam.

Muhasabah umpama ubat yang pahit, tidak enak namun ia adalah penawar yang mengubati seribu satu penyakit. Sungguhpun menilai diri bukan sesuatu yang menyeronokkan, tetapi orang yang sering bermuhasabah akan dapat membersihkan diri daripada kejahilan, dosa dan noda.

3. Tingkatkan amalan

Jika sebelum ini amat jarang atau belum pernah melakukan amalan-amalan seperti berzikir, membaca al-Quran, qiamullai, bertafakkur, bersedekah (wang, harta, tenaga, lisan) dan sebagainya, maka perlulah dipertingkatkan semua amalan tersebut dengan harapan dapat melakukannya dengan mudah di tanah suci kelak. Jika ketika di Makkah dan di Madinah baru hendak lakukan, maka akan menjadi suatu bebanan yang akhirnya memaksa diri.

SENTIASA mengamalkan zikir dan membaca al-Quran antara amalan yang paling disukai oleh ALLAH.

Amalan yang dilakukan kerana terpaksa, apabila pulang ke tanah air, sukar pula untuk diteruskan. Dengan itu tiadalah perubahan yang berlaku dalam diri. Justeru, latihlah diri sebelum berangkat ke tanah suci kerana latihan ini memerlukan kecekalan dan masa yang panjang.

4. Perbaiki kualiti solat

IKLAN

Solat adalah ibadah yang menduduki tempat tertinggi. Umat Islam perlulah memperbaiki dan meningkatkan kualiti solat terutama mutu bacaan dan tajwid agar lebih khusyuk dan betul.

Kualiti solat juga dapat dipertingkatkan dengan latih diri solat di awal waktu serta berjemaah dengan hadir ke masjid atau surau. Usaha murni ini pastinya memberikan impak kepada kualiti solat jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

5. Belajar barbaik sangka

Berbaik sangka sangat dituntut dalam Islam kerana boleh mengelakkan daripada menuduh orang lain berbuat jahat atau melakukan keburukan Sifat ini mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan, antaranya ialah hubungan persahabatan serta persaudaraan menjadi lebih baik.

Apabila hati bebas daripada bersangka buruk, maka yang ada dalam hati adalah sangkaan yang baik-baik saja. Sebagaimana firman ALLAH dalam surah al-Hujurat ayat 12 yang bermaksud:

“Wahai orang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati.”

Baca juga Jalan kaki lebih 6,000 km ke Makkah untuk tunaikan haji

IKLAN

6. Istiqamah

Perjalanan suci yang di redai ALLAH tidak terlepas daripada berbagai cabaran yang hanya akan dapat di atasi oleh semangat yang tinggi, bersabar, tidak berputus asa dan beristiqamah.

SESEORANG yang ingin melakukan perkara semestinya perlu berniat ikhlas serta istiqamah kerana ALLAH.

Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Amal kebaikan yang disukai ALLAH ialah yang sentiasa dilakukan walaupun sedikit.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Istiqamah sangat penting dalam melakukan sesuatu hal. Rasulullah menyeru kita untuk istiqamah dalam membuat kebaikan, juga dalam melihat kecacatan lalu membaikinya. Beristiqamah dalam melakukan sesuatu perkara amar makruf nahi mungkar haruslah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan niat itu hendaklah ikhlas kerana ALLAH.

Setiap hari, keadaan diri kita mestilah lebih baik daripada yang sebelumnya. Hari ini lebih baik dari semalam dan begitulah seterusnya, iaitu pembaikan yang berterusan.

Dengan demikian kita dapat berangkat dalam keadaan bersih dan suci serta terlepas dari segala beban duniawi yang akan membebankan fikiran sepanjang perjalanan menunaikan ibadah haji.

Usahakan agar perjalanan rohani ini boleh berjalan dengan baik dan lancar serta mendapat reda ALLAH dan memperolehi haji yang mabrur sebagaimana sabda Rasulullah “Haji yang mabrur tiada ganjarannya yang sesuai melainkan syurga.” (Hadis Riwayat Tabrani)

Foto: Canva

IKLAN
Previous

Pastikan kesahihan visa furada yang ditawarkan

June 29, 2022
Next

Mesin ‘claw’ didik amalan judi dalam kalangan kanak-kanak

June 30, 2022

Related posts

sambut orang balik haji
Istimewa Panggilan Baitullah,

Sambut orang balik haji, antara sunnah yang dilupakan

by Sarrah MohsinJuly 19, 2022
jemaah haji malaysia
Istimewa Panggilan Baitullah,

Jemaah haji Malaysia mula pulang ke tanah air

by Sarrah MohsinJuly 18, 2022
masjid namirah
Istimewa Panggilan Baitullah,

Masjid Namirah, khutbah terakhir Nabi SAW kepada umatnya di sini

by Sarrah MohsinJuly 14, 2022
selesai haji
Istimewa Panggilan Baitullah,

Jemaah Malaysia kembali ke Makkah, selesai laksana ibadah haji

by Sarrah MohsinJuly 13, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.