MIQAT dari segi bahasa bermaksud waktu, manakala dari segi istilah bermakna ketentuan tempat atau masa untuk berniat ihram haji atau umrah.
Secara amnya, berniat ihram di miqat merupakan salah satu perkara wajib haji dan umrah. Oleh itu, ia amat penting untuk diambil tahu khususnya kepada umat Islam yang bakal mengerjakan rukum Islam kelimaa itu.
Rentetan musimnya yang bakal tiba ini, seorang pramugara Malaysia Airlines, Hafiz albukhary telah berkongsi contoh pengumuman miqat haji di atas pesawat sebagai panduan buat bakal jemaah haji.
Ujarnya, bersempena dengan operasi Haji 2023 yang akan bermula minggu hadapan. Saya berkongsi sekali lagi pengumuman miqat haji. Mungkin boleh dikongsikan pada ahli keluarga anda yang akan menunaikan haji pada tahun ini.
Baca Juga Duit sudah ada, tapi dilema antara tunaikan haji atau berkahwin dulu
“Pengumuman miqat haji akan dibuat di dalam setiap penerbangan membawa jemaah haji yang memasuki Jeddah. Ini kerana pesawat akan melintasi kawasan miqat sebelum mendarat di airport King Abdul Aziz Jeddah.
“Selalunya jemaah yang memasuki Jeddah akan terus ke Makkah. Jadi penting bagi kami untuk memaklumkan pada waktu bila pesawat akan melintasi miqat untuk para jemaah bersiap meninggalkan pantang larang ihram dan berniat.
“Bagi pesawat yang memasuki Madinah pula, tiada pengumuman miqat akan dibuat.
“Semoga operasi haji pada tahun ini berjalan lancar dan para jemaah mendapat haji yang mabrur,” titipnya.
Berikut merupakan contoh pengumuman miqat haji yang dikongsi oleh Hafiz albukhary menerusi satu hantaran video di laman media sosialnya.
“Assalamualaikum, tetamu-tetamu ALLAH yang dimuliakan, insha-ALLAH kita akan sampai di Miqat Qarnul Manzil dalam masa setengah jam, jemaah haji perlu berniat sekarang.
Baca Juga Wanita tolak panggilan haji, alasan diberi cukup mengharukan
Turut Disyorkan Ingin haji mabrur, amal 7 adab saranan al-Ghazali
“Bagi jemaah haji yang melaksanakan HAJI TAMATTUK dan terus memasuki Mekah, mereka perlu berniat ihram umrah, manakala bagi mereka yang melaksanakan HAJI IFRAD, anda perlu berniat dengan ihram haji, dan bagi mereka yang menunaikan HAJI QIRAN, anda perlu berniat ihram umrah dan haji serentak.
“Bagi jemaah yang akan ke Madinah selepas tiba di Jeddah, anda tidak perlu berniat ihram haji atau umrah, sebaliknya mereka akan berniat haji atau umrah setelah berangkat dari Madinah ke Mekah di Bir Ali.
“Bagi jemaah yang hendak berniat ihram tidak disyaratkan berwuduk atau bersuci. Jemaah haji wanita yang berada dalam haid juga boleh berniat ihram sekarang. Terima kasih.
Kenali dua jenis miqat
Miqat terbahagi kepada dua iaitu Miqat Zamani (ketentuan masa) dan Miqat Maqani (ketentuan tempat).
Miqat Zamani (Masa)
Dalam ibadah Umrah, Miqat Zamani ialah sepanjang tahun iaitu selain daripada masa seseorang berihram haji. Manakala, untuk ibadah haji pula, Miqat Zamani bermula dari hari pertama bulan Syawal hingga terbit fajar hari ke-10 bulan Zulhijjah. Tempoh ini juga dikenali sebagai bulan-bulan haji.
Baca Juga Teruja jadi muzawwir haji, pelajar Malaysia timba pengalaman baru
Baca Juga Bantuan Kewangan Haji bersasar dan berkala diteruskan kepada bakal haji Muassasah
Miqat Maqani (Tempat)
Miqat Maqani pula merupakan sempadan tempat terakhir bagi seseorang jemaah dari luar kota Mekah untuk berniat ihram umrah atau haji. Lokasi ini biasanya ditentukan mengikut arah jemaah umrah atau haji datang dan masuk ke Tanah Haram Mekah Al-Mukarramah.