Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Berita Semasa,

Ini dia ibu kepada segala doa… Amalkan dalam kehidupan seharian, insya-ALLAH dijauhkan daripada keburukan di dunia dan akhirat

by Nurul Fatiha MuahNovember 2, 2020
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter

SEUSAI menunaikan solat, ada segelintir orang begitu tergesa-gesa untuk terus bangun daripada tikar sembahyang. Tidak langsung mengambil peluang untuk berdoa.

Begitu juga ketika tibanya waktu mustajab berdoa, peluang itu dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Bayangkan betapa ruginya andai itulah yang kita lakukan. Bukannya lama masa untuk kita memanjatkan doa kepada yang MAHA ESA.

Sisihkanlah sedikit masa untuk kita membuat permohonan, meluahkan rasa syukur selain mendekatkan diri kepada-NYA.

Sesungguhnya, doa merupakan senjata ampuh bagi umat Islam. Itulah antara cara kita berkomunikasi dengan ALLAH SWT.

Bayangkan begitu besarnya kuasa doa kerana cepat atau lambat, ia pasti akan dikabulkan jika kena pada caranya.

IKLAN

Ketahuilah, terdapat satu doa yang disebut sebagai ummul doa iaitu ibu kepada segala doa. Ia diajarkan oleh ALLAH SWT menerusi al-Quran yang menjadi mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW.

Ujar pendakwah, Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi, jika kita memanjatkan doa berkenaan, ALLAH akan mengurniakan kebaikan di dunia hinggalah di akhirat yang kekal abadi.

Doa berkenaan ada disebutkan dalam ayat 201, Surah al-Baqarah iaitu رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار (Rabbana atina fid dunya hasanah, wa fil akhirati hasanah, wa qina ‘azaban nar)

Ia membawa maksud: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.”

Jelas Ustaz Jafri, para ulama menyebut bahawa doa itu merangkumi seluruh kebaikan di dunia dan memalingkan semua keburukan.

Ibu kepada segala doa

“Ini kerana sesungguhnya kebaikan di dunia itu mencakupi semua yang diinginkan di dalam dunia seperti kesihatan, rumah yang besar dan rumah yang luas.

“Kadang-kadang (kita) bukan tunggu rumah yang luas atau rumah yang besar, tetapi suasana, perasaan dan rasa yang luas walaupun rumah itu tidak begitu luas, selain keluarga yang sakinah, rezeki yang melimpah, ilmu yang bermanfaat, amal soleh, kenderaan yang memudahkan dan sebutan-sebutan yang baik serta lain-lainnya.

“Semuanya terangkum dalam kebaikan dan keindahan-keindahan dalam dunia,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikan menerusi Facebook The Capal.

Bukan itu sahaja, jelas pendakwah itu, sesiapa yang membaca doa berkenaan, ALLAH akan menjauhkan kita daripada keburukan di akhirat.

“ALLAH mengurniakan kebaikan-kebaikan di akhirat. Kebaikan paling tinggi di akhirat adalah dimasukkan ke dalam syurga ALLAH SWT dan urusan-urusan selainnya yang besar seperti aman daripada rasa takut di padang mahsyar, dapat kemudahan dalam hisab dan sebagainya,” katanya.

IKLAN

Ketahuilah, doa itu juga sering kali dilazimkan oleh Nabi Muhamamd SAW, terangnya.

(Artikel berkaitan: Maulidur Rasul: Ini doa yang sering kali dilazimkan oleh Rasulullah SAW…)

Beliau turut menceritakan kisah ketika baginda SAW menziarahi seorang sahabat yang mana beliau dilaporkan berada dalam keadaan lemah dan teruk.

Ketika menziarahinya, baginda bertanyakan kepadanya: “Ada tak kamu minta apa-apa daripada ALLAH sehingga menyebabkan kamu jadi macam ini?”

Dia menjawab: “Benar, ya Rasulullah. Aku telah berdoa seandainya ada peruntukan seksaan aku di akhirat nanti, maka tolong segerakan ketika waktu hidup di dunia.”

Lalu, Nabi Muhammad SAW berkata: “Maha suci ALLAH, engkau tidak kuat. Engkau tidak akan kuat dan engkau tidak akan mampu berhadapan dengannya. Akan tetapi, berdoalah kepada ALLAH; Rabbana atina fid dunya hasanah, wa fil akhirati hasanah, wa qina ‘azaban nar (Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah daripada seksa api neraka).

IKLAN

Ibu kepada segala doa

“Perawi kemudian melanjutkan kisahnya. Setelah lelaki tersebut berdoa kepada ALLAH dengan doa yang diajarkan oleh nabi itu, maka sembuhlah penyakitnya dan ALLAH menyembuhkan segala apa yang telah ditanggung olehnya,” cerita beliau.

Justeru, Ustaz Jafri menyarankan kita agar menjadikan doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW itu sebagai amalan rutin.

“Baginda tidak pernah langsung meninggalkan doa berkenaan yang dipanggil sebagai ummul doa.

“Mudah-mudahan ALLAH memperkenankan doa-doa kita,” katanya.

Jom sama-sama kita amalkan doa ini. Semoga ALLAH mengurniakan kebaikan kepada kita di dunia dan kebaikan di akhirat kelak.

Sumber: Facebook The Capal & Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi

Foto: Freepik & 123rf

IKLAN
berita-semasadoa Nabi MuhammadIbu kepada segala doasinarislamplus
Previous

Nabi Muhammad tidak menguap, ini keistimewaan yang ada pada baginda

November 1, 2020
Next

Jangan maki hamun anak-anak, kelak ia akan berbalik kepada kita

November 4, 2020

Related posts

an (3)
Berita Semasa,

Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

by Fatin Fatihah HussinJune 22, 2022
Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (22)
Berita Semasa,

Beri hadiah tidak senonoh di majlis perkahwinan. Apakah hukumnya?

by Fatin Fatihah HussinJune 21, 2022
tempahan ibadah korban meningkat
Berita Semasa, Dalam Negara,

Tempahan ibadah korban meningkat, waspada pakej palsu

by Sarrah MohsinJune 17, 2022
Untitled design (41)
Berita Semasa,

Malaysia pilihan teratas destinasi pelancong Muslim

by Fatin Fatihah HussinJune 16, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.