Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Berita Semasa, Panduan,

Haram ke cabut rumput atas kubur? Ini penjelasannya…

by Muhd Azman Mohd NawiJune 30, 2020
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter

SETIAP kali pergi berziarah di kawasan perkuburan, antara perkara yang sering dilakukan adalah membersihkan pusara selain membaca ayat suci al-Quran di situ.

Lazimnya, rumput-rumput yang tumbuh melata di kubur milik keluarga atau waris pasti akan dicabut. Tujuannya cuma nak bagi kubur tadi kemas dan terurus.

Perkara itu juga sering kali dilakukan oleh mereka yang melakukan gotong-royong di kawasan tanah perkuburan.

Tapi ada pandangan menyatakan hukum cabut rumput kubur itu haram. Betul ke? Kalau rumput atau pokok atas kubur dah terlalu panjang pula macam mana? Takkan tak boleh potong sikit?

Menerusi laman sosial Facebook, pendakwah Ustaz Salman Maskuri atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Salman memberikan penjelasan tentang perkara itu baru-baru ini.

IKLAN

Jelas PU Salman, terdapat 2 pandangan yang melarang kita untuk mencabut atau mengambil tumbuhan yang ditanam atau tumbuh di atas kubur.

Jom kita ikuti penjelasan PU Salman:

Pendapat pertama: Mazhab Syafie melarang cabut rumput atau mengambil tumbuhan contohnya daun dengan bersyarat iaitu ia masih basah dan individu berkenaan bukanlah tuan yang meletakkan tumbuhan tersebut.

– Bagi ulama ini, tumbuhan tersebut akan sentiasa mendoakan mayat.

– Ia sebagaimana yang disebutkan dalam hadis ketika Rasulullah SAW meletakkan pelepah yang lembap dan dipatah dua lalu ditanam pada setiap kubur. Lantas baginda ditanya: “Kenapa engkau berbuat demikian?” Sabda Rasulullah SAW: “Mudah-mudahan ia diringankan azab selagi mana sebelum kering.” (Riwayat al-Bukhari)

– Para ulama membincangkan lebih lanjut masalah ini. Asalnya, bila seseorang tanam pelepah atau daun yang lembap atas kubur, maka haram mencabutnya kecuali sudah kering.

– Khatib Syarbini berkata: “Dan haram orang lain (bukan orang yang letak) untuk mengambil rumput atau pelepah yang diletak sebelum ia kering. Ini kerana tuan kubur masih mendapat manfaatnya kecuali setelah kering.”

– Sementara itu, Imam Ibnu Hajar dalam Tuhfah menjelaskan: “Sunat letak pelepah hijau atas kubur kerana mengikut sunah dan sanad sahih dan ia akan meringankan azab dengan berkat tasbihnya dan ia lebih sempurna daripada tasbih yang kering. Ini kerana ia adalah satu bentuk kehidupan. Diqiaskan dengan daun-daun yang berbau yang dicampakkan.”

– Justeru, haram ambil apa yang telah diletakkan kerana akan menghilangkan hak mayat. Akan tetapi, hukumnya tidak haram jika ia sudah kering dan tidak lagi diperlukan kerana jenazah sudah tidak mendapat manfaatnya bila ia kering.

IKLAN

– Kitan Umdatul Mughni juga menerangkan bahawa haram cabut tumbuhan atas kubur sekiranya ia masih hijau kerana jenazah mengambil manfaat daripadanya.

Pendapat kedua: Mazhab Hanafi menjelaskan bahawa makruh mengambil atau mencabut tanaman atas kubur dengan alasan yang sama.

– Ibnu Abidin, tokoh mutaakhir mazhab Hanafi berkata: “Makruh juga potong pokok-pokok yang lembap dan rumput atas kubur sekiranya masih lembap.”

– Kata beliau lagi: “Sesungguhnya selagi mana lembap, ia akan bertasbih menyebabkan mayat gembira dan turunnya rahmat. Kemudian membawa hadis pelepah di atas. Makruh juga memotong tanaman sama ada yang ditanam atau tambuh sendiri kerana akan menghilangkan hak mayat.”

Berdasarkan dua pandangan berkenaan dan mengambil kira mazhab lain, PU Salman berkata, andai rumput atau tanaman tadi sudah panjang, dibolehkan untuk kita potong atau cabut sebahagian besar. Tidak kiralah sama ada pokok itu ditanam atau ia tumbuh sendiri.

“Harus kita taqlid mazhab yang membenarkan cabut.

IKLAN

“Bagi mazhab lain, (hukum) harus (cabut) kerana pelepah tadi adalah khusus bagi nabi. Kalau rumput dah panjang atau banyak boleh buang sebahagian besarnya. Justeru, harus juga taqlid mazhab lain yang mengharuskan dalam kerja gotong-royong pembesihan kubur,” jelas beliau.

Kata PU Salman lagi, dalam kitab Balaghatut Talib menjelaskan: “Dan khilaf ini satu kelapangan bagi orang awam kerana sudah kebiasaan mereka membuang rumput kubur-kubur ibu bapa mereka.”

Kepada mereka yang membersihkan kubur, sebaiknya elakkanlah daripada mencabut tumbuhan, pokok atau rumput kubur yang masih segar ya.

Tapi kalau dah tumbur meliar, tak ada masalah untuk kita mencabutnya supaya kubur itu dilihat kemas dan terurus.

Sumber: Facebook PU Salman

Foto: Bernama

IKLAN
agamaCabut rumput atas kubursinar plus
Previous

Cakap tak serupa bikin, ALLAH benci orang yang tak beramal dengan apa yang dia cakapkan

June 29, 2020
Next

Memang mudah baca al-Quran tulisan rumi, tapi elakkanlah. Ini sebabnya…

July 1, 2020

Related posts

an (3)
Berita Semasa,

Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

by Fatin Fatihah HussinJune 22, 2022
Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (22)
Berita Semasa,

Beri hadiah tidak senonoh di majlis perkahwinan. Apakah hukumnya?

by Fatin Fatihah HussinJune 21, 2022
tempahan ibadah korban meningkat
Berita Semasa, Dalam Negara,

Tempahan ibadah korban meningkat, waspada pakej palsu

by Sarrah MohsinJune 17, 2022
Untitled design (41)
Berita Semasa,

Malaysia pilihan teratas destinasi pelancong Muslim

by Fatin Fatihah HussinJune 16, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.