Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Berita Semasa,

Haram gugur kandungan dengan sengaja, kecuali dengan sebab-sebab yang diharuskan perubatan dan Islam

by Fatin Fatihah HussinDecember 1, 2022
2
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
pexels-ivanna-havryliuk-12046447
HARAM gugur kandungan dengan sengaja, kecuali dengan sebab-sebab yang diharuskan perubatan dan Islam. - FOTO : PEXELS

SENGAJA menggugurkan kandungan jelas hukumnya adalah haram di sisi Islam. Bahkan dari sudut undang-undang Malaysia, doktor yang bersubahat menjalankan prosedur menggugurkan kandungan tanpa sebab perubatan juga boleh dipenjarakan.

Hakikat yang pahit ditelan apabila baru-baru ini ada seorang isteri yang melontarkan persoalan kepada seorang doktor apabila hendak mengugurkan kandungan hanya kerana alasan ekonomi dan kewangan masih tidak stabil.

Tampil menjelaskan perkara tersebut, Consultant Specialist in Obstetrics & Gynaecology (O&G), Dr Imelda Balchin memberitahu antara sebab perubatan yang membenarkan doktor pakar O&G menjalani prosedur pengguguran adalah seperti berikut:

1) Jika ibu hamil mempunyai masalah kesihatan yang teruk seperti fungsi jantung lemah, masalah fungsi injap jantung, kegagalan buah pinggang, kanser yang aktif, tekanan yang tinggi di dalam paru-paru seperti pulmonary hypertension.

SENGAJA gugurkan kandungan hanya kerana alasan ekonomi dan kewangan masih tidak stabil adalah salah di sisi Islam dan undang-undang di Malaysia. – FOTO : PEXELS

IKLAN

2) Jika ibu hamil ada masalah kesihatan mental yang serius, dan ini perlukan penilaian dan persetujuan pakar psikitri dulu sebelum pakar O&G dibenarkan menjalankan prosedur pengguguran.

3) Jika janin di dalam kandungan ada kecacatan serius yang tak boleh diselamatkan, dan meneruskan kehamilan ini boleh memudaratkan kesihatan ibu.

Baca juga Suami mengaku bujang atau duda. Awas, jangan sampai jatuh talak

Dr Imelda menerangkan lagi dengan memberi solusi kepada wanita terbabit ialah meneruskan kehamilan di hospital kerajaan yang membiayai penjagaan kesihatannya sampai sudah bersalin, dan memberikan anak yang dikandungkan sebagai anak angkat kepada pasangan suami-isteri yang tidak mempunyai anak.

“Selain itu, dapatkan kaedah merancang keluarga yang lebih berkesan, seperti alat IUCD di dalam rahim atau susuk implant selepas melahirkan, kerana kedua-dua kaedah ini hukumnya HARUS di dalam Islam untuk pasangan suami isteri yang mempunyai kekangan ekonomi dan dibenarkan oleh Undang-Undang Malaysia.

“Semua kaedah merancang keluarga adalah harus di dalam Islam untuk kesihatan dan kebahagiaan keluarga, sebab ia boleh reverse, tidak menyebabkan pemandulan, dan anda boleh subur semula setelah berhenti menggunakannya,” katanya.

KAEDAH merancang keluarga adalah harus di dalam Islam untuk kesihatan dan kebahagiaan keluarga. – FOTO : PEXELS

IKLAN

Hukum mengugurkan kandungan, padangan Mufti Wilayah

Mufti Wilayah Persekutuan di laman Al-Kafi #1145 mejelaskan, hukum menggugurkan bayi dalam kandungan boleh dibahagikan kepada dua bahagian; iaitu menggugurkan kandungan sebelum berusia empat 4 bulan dan menggugurkannya selepas berusia empat bulan.

Baca juga 5 Pendekatan Didik Anak Cara Rasulullah SAW Bagi Membentuk Mereka Menjadi Pemimpin Terbaik Pada Masa Depan  

Ini berdasarkan sabda Nabi SAW daripada Ibn Mas’ud RA: “Sesungguhnya setiap daripada kamu dihimpunkan penciptaannya di dalam rahim perut ibunya selama 40 hari, kemudian jadilah (nutfah) itu segumpal darah selama tempoh itu juga, kemudian jadilah (`alaqah) itu segumpal daging selama tempoh itu juga, kemudian diutuskan malaikat dan ditiupkan ke dalamnya roh”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

IKLAN

Jelas lama web itu lagi, menggugurkan kandungan yang berusia empat bulan atau kurang daripadanya adalah termasuk dalam perkara yang menjadi perselisihan di kalangan para ulama kerana dalam tempoh tersebut roh belum lagi ditiupkan ke dalam kandungan.

MENGGUGURKAN kandungan selepas berusia empat bulan, para ulama bersepakat bahawa hukumnya haram. – FOTO : PEXELS 

“Majoriti ulama mengatakan bahawa hukumnya adalah haram. Sebahagian lain mengatakan bahawa hukumnya adalah makruh. Manakala sebahagian yang lain pula berpendapat bahawa hukumnya adalah harus dengan syarat-syarat tertentu.

“Adapun menggugurkan kandungan selepas berusia empat bulan, para ulama bersepakat bahawa hukumnya haram kerana pada usia tersebut, roh telah ditiupkan ke dalam kandungan ibu.

“Namun, diharuskan menggugurkan bayi di dalam kandungan walaupun sudah ditiupkan roh kepadanya (selepas berusia empat bulan), jika ia boleh mengancam nyawa ibunya”.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-26 yang telah diputuskan pada 7 Mac 1990 menyatakan bahawa adalah haram menggugurkan janin di dalam kandungan kecuali atas sebab-sebab kecacatan yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu setelah mendapat nasihat daripada pakar-pakar perubatan yang berautoriti.

FOTO : PEXELS

Ikuti kami di Tiktok, Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube Sinar Islam Plus

IKLAN
Previous

Golongan bukan Islam teruja melihat keunikan solat selepas terpandang Muslim bersolat pada kejohanan bola sepak Piala Dunia Qatar

December 1, 2022
Next

Penduduk Muslim di UK semakin meningkat, berikut bancian terbaharunya

December 1, 2022

Related posts

GAMBAR PORTAL FB - 2023-02-04T125553.887
Berita Semasa,

KDN serbu rumah pangsa jadi tempat sembunyi al-Quran tanpa kelulusan

by Fatin Fatihah HussinFebruary 4, 2023
Hormat Barat terhadap Islam
Berita Semasa,

Hilangnya deria hormat Barat terhadap Islam

by Nurulfatiha MuahFebruary 4, 2023
My #QuranTime 2.0
Berita Semasa, Dalam Negara,

Jom saksikan My #QuranTime 2.0 di TV9 mulai 5 Februari ini

by Nurulfatiha MuahFebruary 3, 2023
MOHD Na’im Mokhtar (tengah) bergambar bersama para hadirin selepas Majlis Perhimpunan Agensi di bawah Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) di Kompleks Islam Putrajaya.
Berita Semasa, Dalam Negara,

Pelan Transformasi Al-Falah menuju Malaysia Madani

by Muhd Azman Mohd NawiFebruary 1, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.