Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Berita Semasa, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Pemimpin Kristian Lubnan masih mahu Dipimpin Sunni sebagai PM

by Rozdan MazalanJune 21, 2021
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
FILE PHOTO:Lebanese Prime Minister Saad al-Hariri gestures during a conference to address the results of the Paris conference, in Beirut
Saad al-Hariri masih diberi kepercayaan rakyatnya untuk menjadi PM buat kali keempat.

Pemimpin parti Pergerakan Patriotik Bebas yang juga parti politik Kristian terbesar di Lubnan masih mahu negara itu dipimpin Saad al-Hariri sebagai Perdana Menteri, membentuk kerajaan baharu selepas dipilih memegang jawatan itu sejak Oktober tahun lalu.

Ahli politik Lubnan telah berdebat mengenai struktur pemerintahan baharu sejak kali terakhir pergolakkan politik berlaku selepas letupan pelabuhan Beirut pada Ogos 2020 yang dahsyat. Ketika itu Lubnan berada di dalam krisis ekonomi memaksa bekas Perdana Menteri, Hassan Diab meletak jawatan.

Ahli politik veteran Sunni Muslim, Saad al-Hariri diangkat sebagai perdana menteri untuk kali keempat Oktober tahun lalu dan beliau berjanji untuk membentuk kabinet daripada golongan pakar dalam melaksanakan reformasi menarik bantuan pelabur asing bagi memulihkan kembali ekonomi mereka. Namun prosesnya masih tertangguh kerana belum menemui calon menteri.

IKLAN

Pemimpin Pergerakan Patriotik Bebas, Gebran Bassil mahu Hariri terus mentadbir Lubnan. Gambar Middlen East Eye.

“Kami masih mahukan pemerintahan hari ini, bukan esok dan dengan kepemimpinan Saad al-Hariri,” kata Gebran Bassil dalam ucapannya di televisyen Lubnan, semalam.

Bassil yang juga menantu Presiden Lubnan, Michel Aoun, mengatakan bloknya telah membuat persetujuan terus menyokong Hariri tetapi pihak lawan mendesak untuk menghalang presiden menamakan calon menteri kabinet mengikut pilihannya.

Dia meminta pemimpin gerakan Syiah Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah untuk dicalonkan sebagai menteri kabinet.

Hizbullah yang disenaraikan sebagai organisasi pengganas oleh Amerika Syarikat, adalah sekutu politik parti yang dipimpin Bassil. Hizbullah juga yang berulang kali meminta pembentukan kerajaan baharu dan mendesak semua parti yang terlibat untuk menawarkan konsesi.

IKLAN

“Saya mahu Nasrallah menjadi hakim kerana saya mempercayai dia dan kejujurannya. Dia tahu kelebihan calon yang layak untuk mengisi barisan kabinet.” Kata Bassil.

Bassil mendapat sekatan Amerika Syarikat tahun lalu kerana tuduhan rasuah dan hubungannya dengan Hizbullah. Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah mengatakan pada hari Sabtu lalu, mereka boleh mengenakan sekatan kepada pemimpin politik Lubnan jika mereka gagal menyelesaikan kebuntuan pembentukan kabinet pemerintah baharu, walaupun mereka tidak menamakan sesiapa.

Kegagalan pembentukan kabinet baharu juga telah menghalang Lubnan melakukan pembaharuan dan memberi kepercayaan kepada pelabur untuk melabur ke negara itu.

IKLAN

Sementara itu, simpanan di bank luar semakin menyusut, kekurangan bahan bakar dan sumber tenaga termasuk pengurangan terhadap bekalan perubatan.

Di bawah sistem perkongsian kuasa sekretariat, presiden mestilah seorang Kristian Maronit dan perdana menteri terdiri seorang Muslim Sunni.

Bassil mengatakan beberapa ahli politik bergabung dalam usaha menyingkirkan Aoun dan menghalangnya untuk ‘mengubah wajah presiden di dinding’.

Sumber: Reuters

IKLAN
LUBNANSaad al-haririsunni
Previous

UEFA beri Amaran alih Minuman Penaja, Pasukan akan Didenda.

June 18, 2021
Next

Israel membenarkan eksport barang dari Gaza Hari ini

June 21, 2021

Related posts

an (4)
Berita Semasa,

Hikmah daripada tarikh-tarikh penting sepanjang Zulhijjah 1443Hijrah

by Fatin Fatihah HussinJune 30, 2022
sangat biadap
Berita Semasa,

Sangat biadap, ayat al-Quran dicetak di bikini

by Sarrah MohsinJune 28, 2022
an (3)
Berita Semasa,

Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

by Fatin Fatihah HussinJune 22, 2022
Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (22)
Berita Semasa,

Beri hadiah tidak senonoh di majlis perkahwinan. Apakah hukumnya?

by Fatin Fatihah HussinJune 21, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.