Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Berita Semasa,

Bukhoor: Wangian sunnah terapi ketenangan

by Fatin Fatihah HussinMay 30, 2022
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Untitled design (11)
BUKHOOR adalah salah satu aksesori sunnah dalam wangian. Bukan sahaja dapat mengikut sunnah, malah sesuai sebagai haruman terapi diri.

DI suatu malam yang hening,

“Ahmad, apa yang kamu bakar ni? Harum ja baunya”.

“Mak , ni adalah bukhoor, sunnah yang dituntut sejak zaman Rasullulah SAW lagi bauan ni mak”.

“Wangi, bagus kamu hidupkan sunnah, mak pun baru tahu ada wangian bukhoor ni”.

Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani RA, Rasulullah SAW bersabda “Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun.“ (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Bukhor berasal daripada bahasa Arab yang merupakan campuran dari beberapa tanaman tradisional yang terkenal seperti gaharu, cendana dan minyak-minyak khususnya.

IKLAN

Selain kayu gaharu, kulit kayu lain boleh dijadikan sebagai bahan bakar, iaitu kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pala kayu agar.

Ia akan menghasilkan asap yang berbau harum untuk menambah haruman dalam kawasan rumah, pakaian dan badan. Amalan mewangikan ruang kediaman merupakan salah satu cara untuk menyambut kedatangan tetamu.

MEMBAKAR wangian bukhoor ketika berada dalam majlis-majlis ilmu, berzikir, membaca al-Quran atau sebagai haruman di ruangan rumah adalah sunnah yang diharuskan.

Mengikut sunnah, Baginda dan para sahabat akan membakar wangian ini ketika berada dalam majlis-majlis ilmu, berzikir, membaca al-Quran atau sebagai haruman di ruangan rumah.

“Ibnu Umar membakar wangian ini dengan haruman yang tiada campuran serta dengan kafur (tumbuhan) yang dicampur kemenyan, kemudian beliau berkata: “Seperti inilah Rasulullah SAW beristijmar (membakar wangian).” (Hadis Riwayat Muslim).

Menerusi perkongsian daripada pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, hukum memasang kemenyan atau bukhoor adalah harus jika untuk menwangikan ruangan dan menghidupkan sunnah.

Fadilat membakar bukhoor
Wangian ini dikatakan mempunyai amalan dengan kehidupan moden pada masa ini, iaitu pati minyak wangi yang dihasilkan adalah daripada tumbuhan seperti lemon, lavender dan pudina yang berfungsi sebagai penenang dan penawar penyakit. Terdapat banyak fadhilat penggunaan bukhoor ini antaranya :

IKLAN

1. Menghilangkan stres
Memetik keratan akhbar Sinar Harian, hampir setengah juta rakyat di negara ini didapati mengalami simptom tekanan atau depresi, menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019.

Tidak dinafikan dengan kegawatan ekonomi dan taraf hidup yang tinggi pada masa kini menyebabkan seseorang akan lebih cepat mengalami tekanan.

Namun sebagai manusia, antara ikhtiar yang boleh dilakukan sebagai umat islam adalah dengan mengikuti sunnah Rasulullah SAW iaitu dengan terapi bauan yang wangi.

Imam Bukhari mengatakan bahawa bauan jenis ini mampu menguatkan fizikal dan juga mental. Ia boleh dijadikan sebagai salah satu terapi kepada badan dan otak seseorang.

Selain daripada memberikan aroma yang positif kepada kesihatan mental, ia juga dapat menyebarkan aura positif kepada sekeliling seperti halaman rumah dan penghuninya akan lebih sihat.

IKLAN

BUKHOOR adalah campuran dari beberapa tanaman tradisional yang terkenal seperti gaharu, cendana dan minyak-minyak khususnya manakala colok ialah sejenis gaharu yang dibakar apabila menghadap imej keagamaan, patung Buddha atau makam dalam tradisi Cina.

2. Asapnya tidak melemaskan
Sesetengah bauan seperti colok akan mengeluarkan asap yang sangat tebal dan itulah perbezaanya dengan asap daripada bukhoor.

Menurut pendakwah terkenal Habib Ali Zaenal Al-Hamid, perlu dibezakan antara asap bukhoor dan colok yang kebiasaanya digunakan dalam upacara keagamaan masyarakat China dan Hindu, asap daripada bukhoor tidak boleh disamakan seperti tradisi Hindu dan China, justeru sebagai umat islam kita harus kembali kepada niat ketika menggunakanya iaitu untuk mewangikan rumah dan mengikuti sunnah.

Baca Juga Bukan semua ‘gharar’ diharamkan dalam Islam, berikut perinciannya  

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh beberapa golongan ilmuwan, asap yang dilepaskan daripada bukhoor adalah tidak melemaskan kerana ia mengeluarkan oksigen yang berupa wangian.

Buat mereka yang menghidap penyakit asma atau yang seumpamanya, asap bukhhor ini tidak akan melemaskan dan tidak akan menjejaskan pernafasan.

Intihanya, bukhoor adalah salah satu aksesori sunnah dalam wangian dan terdapat banyak kelebihan daripada penggunaanya. Kita bukan sahaja dapat mengikut sunnah, malah sesuai sebagai haruman terapi diri.

IKLAN
Previous

Zikir selamatkan mangsa ‘hilang’ di kebun durian

May 27, 2022
Next

Iman Vellani, wajah di sebalik adiwira Marvel Muslim yang pertama

May 30, 2022

Related posts

an (3)
Berita Semasa,

Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

by Fatin Fatihah HussinJune 22, 2022
Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (22)
Berita Semasa,

Beri hadiah tidak senonoh di majlis perkahwinan. Apakah hukumnya?

by Fatin Fatihah HussinJune 21, 2022
tempahan ibadah korban meningkat
Berita Semasa, Dalam Negara,

Tempahan ibadah korban meningkat, waspada pakej palsu

by Sarrah MohsinJune 17, 2022
Untitled design (41)
Berita Semasa,

Malaysia pilihan teratas destinasi pelancong Muslim

by Fatin Fatihah HussinJune 16, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.