Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Berita Semasa,

Bolehkah guna wang bantuan pihak sekolah untuk beli telefon?

by Nurulfatiha MuahJanuary 19, 2023
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Wang sumbangan
GUNAKAN wang sumbangan yang diperoleh dengan sebaiknya dengan perkara yang bermanfaat, bukannya untuk tujuan maksiat. -FOTO: CANVA & 123RF

SEKARANG musim pemberian wang Bantuan Awal Persekolahan. Semua sekolah dalam proses mengagihkannya kepada pelajar yang memasuki tahun 1 hingga tingkatan 5 bagi sesi persekolahan 2023/2024.

Tujuannya bagi meringankan bebanan yang ditanggung ibu bapa atau penjaga pada awal tahun.

Kepada mereka yang sudah menerimanya, gunakanlah wang itu dengan sebaiknya. Usah menyalahgunakannya untuk tujuan tidak bermanfaat dan sia-sia.

Bercakap tentang duit bantuan itu, tidak dinafikan ada pihak yang menggunakannya untuk tujuan lain. Mudah kata, lari daripada tujuan utama sumbangan itu diberikan pihak tertentu.

Menerusi portal soal jawab agama, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang memberi peringatan, wang bantuan yang diberikan merupakan duit amanah yang dipertanggungjawabkan oleh pihak tertentu untuk diberikan kepada penerima yang layak.

IKLAN

Baca juga Hidup senang, tapi ambil bantuan disediakan untuk orang susah… Haram hukumnya 

“Oleh yang demikian, wang bantuan yang diberikan oleh pihak sekolah tersebut perlulah digunakan dengan sebaiknya dan tidak dipakai untuk perkara tidak berfaedah dan haram di sisi agama seperti membeli rokok, vape atau berjudi dan sebagainya,” katanya sebagaimana dipetik menerusi laman web jabatan mufti berkenaan.

Wang sumbangan

JANGAN gunakan sumbangan yang diberikan pihak tertentu untuk perkara tidak berfaedah dan haram di sisi agama Islam. -FOTO: 123RF

Hal itu bertepatan dengan anjuran agama Islam yang menyuruh kepada perkara makruf (baik) dan mencegah daripada perbuatan mungkar.

ALLAH SWT berfirman: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada ALLAH (dengan sebenar-benar iman).” (Surah Aali ‘Imran, ayat 110)

Ketika mentafsirkan ayat itu, Imam al-Qurtubi menyatakan, ALLAH menyifatkan umat Islam sebagai umat yang melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Mereka dipuji disebabkan itu.

IKLAN

“Antara isi penting daripada tafsiran ayat ini adalah perkara yang mungkar perlu dijauhi dan ditegah kerana itu merupakan tanda-tanda orang beriman,” kata Imam al-Qurtubi dalam Jami’ li Ahkamil Quran.

Baca juga Boleh ke guna tabung masjid bantu ahli kariah yang terkesan akibat PKP?

Seandainya duit bantuan pemberian pihak sekolah digunakan untuk membeli telefon dan melihat perkara maksiat, tetapi kini pelakunya telah insaf, apakah cukup jika sekadar bertaubat semata-mata? Perlukah wang tersebut digantikan memandangkan si penanya tersebut menghadapi kekangan kewangan?

IKLAN

Menjawab persoalan warganet yang diajukan dalam portal soal jawab agama itu, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang menjelaskan, guna wang bantuan untuk membeli telefon bimbit tidak menjadi masalah andai ia menjadi satu keperluan.

“Bagaimanapun, perbuatan yang dilakukan seperti melihat perkara yang haram dan maksiat, si pelaku tadi perlu bertaubat daripada perilaku tersebut dan tidak mengulanginya lagi kerana dikhuatiri keberkatan akan hilang dan mendapat kesan buruk yang tertentu.

Baca juga Bahana Fitnah! Bukan Saja Tiada Keberkatan Di Dunia, Malah Kita Akan Muflis Di Akhirat

“Disebabkan kesempitan wang, pelaku tidak perlu menggantikan wang tersebut, tetapi perlu menyesal atas perbuatan melihat maksiat.

Wang sumbangan

GAMBAR HIASAN. -FOTO: 123RF

“Segeralah bertaubat dan mengharapkan pengampunan daripada ALLAH SWT,” pesan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.

Tidak kiralah apa sahaja bantuan yang diperoleh, belanjakanlah untuk perkara yang bermanfaat. Itu adalah tanggungjawab masing-masing.

***Foto: Canva

IKLAN
duit bantuan beli telefonsinarislamplustelefonWang bantuan
Previous

Ke mana hala 9 nafsu wanita? Ini jawapan Mufti

January 18, 2023
Next

Suka tengok gusti, Ustaz Azhar Idrus jelaskan hukum melihat aurat ahli gusti

January 19, 2023

Related posts

Kos perkhidmatan keselamatan
Berita Semasa,

Enggan bayar kos perkhidmatan keselamatan atau penyelenggaraan rumah, ketahui pandangan agama dalam hal ini

by Nurulfatiha MuahJanuary 31, 2023
Lantikan anak-beranak
Berita Semasa,

Elak lantik anak-beranak dan kaum kerabat untuk suatu jawatan, ini pandangan Islam berkaitan hal itu

by Nurulfatiha MuahJanuary 30, 2023
Capture
Berita Semasa, Uncategorized,

[Video] Himpunan bantah bakar al-Quran jadi perhatian di Kedutaan Sweden

by Muhd Azman Mohd NawiJanuary 27, 2023
GAMBAR PORTAL FB (93)
Berita Semasa,

Isu sensitif kesihatan perlu diulas dengan teliti dari sudut sains dan agama

by Fatin Fatihah HussinJanuary 26, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.