Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Berita Semasa,

Bazar Ramadan tahun ini bertemakan mesra alam, bukan sekadar jual makanan

by Sarrah MohsinMarch 29, 2022
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
SEELOK-ELOKNYA bawa bekas sendiri atau beg kitar semula ketika membeli juadah berbuka puasa. Dengan cara ini, sisa plastik dan pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan.

SELARAS dengan peralihan negara ke Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April depan, banyak sekatan yang telah dikuat kuasa sebelum ini akan diberikan kelonggaran.

Sempena bulan Ramadan tahun ini, bukan sahaja masjid dan surau yang dibenarkan untuk menjalani solat terawih tanpa penjarakan sosial, malah bazar Ramadan juga akan beroperasi seperti sedia kala.

Di beberapa tempat dalam negara, bazar Ramadan kali ini diberikan nafas baru apabila disertai dengan kempen-kempen yang bertemakan kesihatan dan kemesraan alam.

Di Terengganu, pelaksanaan Kempen Tiada Beg Plastik fasa kedua akan melibatkan lebih daripada 5,342 peniaga di 63 buah bazar Ramadan.

FASA pertama bagi Kempen Tiada Beg Plastik dijalankan bermula tahun 2018 hingga tahun 2021 dan melibatkan pengurangan penggunaan plastik di restoran, kompleks beli-belah dan sebagainya pada setiap Jumaat dan Sabtu.

IKLAN

“Pembeli digalakkan membawa beg dan bekas makanan sendiri untuk mengurangkan penggunaan beg plastik,” ujar Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika melancarkan kempen tersebut di Wisma Darul Iman.

Kempen ini akan dijalankan bermula tahun 2022 sehingga tahun 2025 dan bakal diperluaskan kepada jenis premis perniagaan lain termasuk kedai runcit, pasar basah, pasar malam, pasar tani dan sebagainya.

Menurutnya lagi, semua premis yang terlibat dalam pelaksanaan kempen ini perlu menyediakan alternatif lain yang lebih mesra alam seperti penggunaan beg yang boleh digunakan berulang kali dan hanya memberikan penyedut minuman berdasarkan permintaan.

Manakala, di Kuantan pula, Datuk Bandar Datuk Hamdan Hussin berkata bazar ramadan di negeri itu akan beroperasi di 25 lokasi dengan penglibatan 1,045 peniaga.

Tambah beliau, dengan tema “Lestari dan Pintar”, peniaga perlu menggunakan beg plastik “biodegradable” atau boleh dikitar semula. Penggunaan bekas polistirena, dawai kokot dan penyedut minuman plastik juga tidak dibenarkan.

Pada masa yang sama, Majlis Bandaraya Kuantan juga melancarkan kempen “Bandar Rendah Gula” bagi memberi kesedaran kepada masyarakat Kuantan tentang bahaya pengambilan gula secara berlebihan.

IKLAN

Baca juga Syukurilah Alam Anugerah ALLAH Yang Tak Ternilai

Selain itu, Majlis Bandaraya Ipoh di Perak menggalakkan pengunjung bazar membawa bekas sendiri seperti mangkuk tingkat atau beg kitar semula semasa membeli juadah berbuka puasa. Meskipun tiada kempen khas yang dijalankan, namun Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata budaya ini dapat membantu pihak Majlis Bandaraya dalam kempen 3R (Reduce, Reuse, Recycle) di samping mengurangkan penggunaan beg plastik dan sisa.

PATUHI Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika membeli di bazar ramadan tahun ini. Walaupun negara sedang beralih ke Fasa Endemik, rakyat masih perlu berjaga-jaga terhadap penularan Covid-19.

IKLAN

Walaupun bazar Ramadan juga akan dijalankan seperti biasa di negeri-negeri lain seperti Kelantan dan Selangor, namun tiada kempen serupa yang dilihat bakal dilaksanakan di kawasan selain Terengganu dan Kuantan.

Pelaksanaan kempen-kempen sebegini bermanfaat bukan sahaja untuk memelihara alam sekitar, ia juga sejajar dengan agama Islam yang sentiasa menyarankan umatnya menjaga tubuh badan dan mengamalkan cara hidup sihat.

Diharap inisiatif untuk menjalankan kempen sebegini akan diambil oleh lebih ramai pihak pada masa akan datang.

Sebagai individu bertanggungjawab, kita juga boleh mengambil inisiatif sendiri untuk membawa bekas sendiri dan elakkan gaya pemakanan yang tidak sihat tanpa perlu menunggu sebarang kempen dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Foto: Bernama & The Malaysian Reserve

IKLAN
Previous

Sejuk perut ibu mengandung, tiga beradik juara hafazan al-Quran

March 28, 2022
Next

Baca al-Quran sebelum tidur tanpa menutup aurat, ini hukumnya yang wajib kita tahu

March 30, 2022

Related posts

Wang sumbangan
Berita Semasa,

Bolehkah guna wang bantuan pihak sekolah untuk beli telefon?

by Nurulfatiha MuahJanuary 19, 2023
nafsu akal
Berita Semasa,

Ke mana hala 9 nafsu wanita? Ini jawapan Mufti

by Sarrah MohsinJanuary 18, 2023
GAMBAR PORTAL FB (67)
Berita Semasa,

Hilang di Mekah, usaha mencari Ustaz Musthafa masih diteruskan

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023
babi
Berita Semasa,

Penyakit demam babi Afrika sedang berleluasa, benarkah membunuh babi dapat pahala sunat?

by Sarrah MohsinJanuary 18, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.