Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Sinar Harian

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Sinar Harian
Berita Semasa,

Bawa produk berlabel agama, tapi hidup dilimpahi istidraj

by Fatin Fatihah HussinJuly 25, 2022
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Untitled design (93)
ISTIDRAJ - azab dunia bagi orang yang terbuai dengan Kejayaan.

MATLAMAT tidak menghalalkan cara. Islam tidak melarang sama sekali umatnya untuk berniaga produk yang membawa kebaikan terutama yang mendekatkan kepada agama ALLAH SWT.

Tidak dinafikan hari ini, ramai yang berniaga atau menjual sesuatu produk tetapi menggunakan nama Islam sebagai tarikan utama. Jalan singkat yang diambil untuk mengaut keuntungan ini mudah dihimpit dengan penyakit istidraj.

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka , istidraj ialah kelebihan dan kenikmatan yang diberikan ALLAH SWT kepada hamba-NYA yang ingkar untuk menarik mereka sedikit demi sedikit kearah kebinasaan.

NIKMAT dunia yang sementara. Lakukan kebaikan dan perbanyakkanlah amal jariah dengan ikhlas. Persiapkanlah bekalan untuk menuju perjalanan yang panjang.

IKLAN

Dapat diringkaskan juga, istidraj merupakan pemberian nikmat ALLAH kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhai-NYA. Rupa-rupanya nikmat, kesenangan, kemewahan adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah SAW bersabda “Apabila kamu melihat bahawa ALLAH memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh ALLAH SWT.”

Kemudian Nabi SAW membaca firman ALLAH, “Tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, KAMI pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, KAMI siksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.” (Surah Al-An’am ayat 44) (Hadis Riwayat At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

JANGANLAH menjadi manusia bertopengkan syaitan, yang hanya memikirkan keuntungan dengan membawa produk-produk agama sehingga kepada penipuan.

Menerusi perkongsian daripada Pengarah Urusan MADAD Dakwah Centre, Ustaz Yaakob Yusra Yusoff di halaman Facebooknya mengenai realiti hari ini, ramai manusia yang bertopeng dan berpakaian agama akan tetapi dihimpit penyakit istidraj yang menjauhkan seseorang itu dari rahmat ALLAH.

Jelas Ustaz Yaakob “Sekarang ini sudah masuk musim umrah, ramai agensi umrah yang melakukan pekaj ini, namun ada yang melakukan strategi pemasaran yang sangat tidak releven sehingga menyusahkan para jemaah umrah”.

IKLAN

“Saya menegur agensi travel jika masih ada yang melakukan perkara ini sebaiknya dibetulkan, contohnya seperti maklumkan di ruang pengiklanan tentang jarak hotel penginapan ke Masjid Haram cuma 100 meter atau 50 meter sahaja, namun mengikut perkiraan logik mustahil untuk diukur begitu sahaja”.

“Kebanyakannya tipu. Hotel yang betul hanya berada di bawah menara jam dan hotel Hilton, hotel yang lain berada 300 meter jauh di sana. Terutama kepada golongan mak cik yang uzur sangat mudah terpedaya dengan iklan sebegitu”.

ELAKKANLAH melakukan strategi pemasaran yang sangat tidak releven sehingga membawa kepada penipuan terutama kepada para jemaah haji dan umrah.

IKLAN

Beliau menasihati agensi pelancongan umrah yang terlibat untuk berhenti melakukan perkara sebegini kerana setiap meter yang dicatatkan atas dasar keuntungan sehingga membawa kepada penipuan akan dihisab oleh ALLAH kelak di akhirat.

Membawa orang yang ramai untuk mengejarkan umrah dengan menggunakan ‘marketing’ yang menipu jemaah tidak menghalalkan cara walaupun dibuat atas dasar agama.

Perkara ini dianggap enteng oleh sesetengah individu, namun hal inilah yang membawa kepada kemurkaan ALLAH. Membawa produk agama, tetapi dihimpit penyakit istidraj.

Semoga kita dijauhkan daripada penyakit hati seperti ini.

IKLAN
Previous

Dua buku mengenai Hagia Sophia dikeluarkan Turkiye sempena ulang tahun kedua pembukaan semula masjid itu

July 25, 2022
Next

10 akhlak murni yang perlu diteladani berdasarkan al-Quran

July 27, 2022

Related posts

Untitled design - 2022-08-11T175459.741
Berita Semasa,

SULH – Konsep penyelesaian pertikaian terbaik yang diajar Islam

by Fatin Fatihah HussinAugust 11, 2022
Untitled design - 2022-08-10T180617.626
Berita Semasa,

Guna produk Muslim tapi tiada status halal, ini yang umat Islam patut tahu.

by Fatin Fatihah HussinAugust 10, 2022
Untitled design (7)
Berita Semasa, Dalam Negara, Isu,

Ikhlas jaga agama, hindari bala ALLAH

by Muhd Azman Mohd NawiAugust 10, 2022
Untitled design - 2022-08-09T171937.521
Berita Semasa, Dalam Negara,

Gula-gula gelatin babi, apakah hukumnya jika sudah lama makan?

by Fatin Fatihah HussinAugust 9, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.