Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Berita Semasa,

Bantuan Kewangan Haji bersasar dan berkala diteruskan kepada bakal haji Muassasah

by Fatin Fatihah HussinMarch 21, 2023
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB - 2023-03-21T162841.867
SERAMAI 50% bakal jemaah adalah dalam kategori B40, manakala 48% dalam golongan M40 dan 2% (T20).

LEMBAGA Tabung Haji (TH) akan tetap meneruskan Bantuan Kewangan Haji bersasar dan berkala untuk bakal jemaah haji Muassasah pada tahun ini (1444H/2023) meskipun terdapat peningkatan kos menunaikan haji.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, kos haji bagi seorang jemaah Muassasah dianggarkan meningkat kepada RM30,850 pada tahun ini berbanding RM28,632 pada tahun lepas.

Menurutnya, pada musim haji tahun ini, kadar bayaran untuk jemaah Muassasah dalam kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan haji ditetapkan pada RM11,980 seorang, meningkat sebanyak RM1,000 berbanding tahun lepas.

“Walaupun ada peningkatan RM1,000 namun kerajaan Malaysia akan menanggung kenaikan tersebut dan bakal haji kumpulan B40 hanya perlu membayar RM10,980 seorang, sama dengan kadar tahun lalu.

Baca Juga Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi kagum dengan ilmu dan pembawaan nilai jemaah haji Malaysia

IKLAN

“Ini kerana pada tahun lalu ramai jemaah golongan B40 yang membuat bayaran lebih atau penuh.

“Tindakan ini sedikit sebanyak membantu TH, dan mengurangkan jumlah Bantuan Kewangan Haji (Hafis) yang kita tanggung.

“Bagi seorang jemaah haji Muassasah yang pertama kali menunaikan haji dan dalam kumpulan M40, bayaran haji meningkat sebanyak RM3,000 kepada RM15,980 seorang.

“Manakala bayaran penuh kos haji iaitu RM30,850 seorang ditetapkan bagi kumpulan T20,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

 BANTUAN Kewangan Haji bersasar dan berkala untuk bakal jemaah haji Muassasah (1444H/2023) tetap diteruskan pada tahun ini. Foto: Tabung Haji 

IKLAN

Tambah beliau lagi, TH juga akan mengeluarkan surat tawaran haji kepada seramai 31,600 jemaah bagi tahun 2023 secara berperingkat mulai Rabu ini.

“Bagi pemilihan jemaah haji, TH akan mengutamakan bakal haji giliran tunai haji pada tahun 2020 berumur 65 tahun ke atas, diikuti dengan mereka yang giliran tunai haji pada tahun 2021 dan seterusnya tahun 2022 dan 2023.

Baca Juga Tabung Haji rangkul anugerah Perkhidmatan Bimbingan Haji Terbaik Dunia Islam

“Ini adalah berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan,”

IKLAN

“Rayuan haji melalui platform atas talian THiJARI akan dibuka mulai 27 Mac 2023, dengan memberi keutamaan kepada rayuan mahram.

“Seramai 50% bakal jemaah adalah dalam kategori B40, manakala 48% dalam golongan M40 dan 2% (T20).

“Menerusi surat tawaran, kita perkenalkan pilihan bayaran sama ada bayar pada kadar yang ditetapkan mengikut kategori kumpulan atau bakal jemaah boleh membuat pilihan untuk membayar lebih mengikut kemampuan mereka,” jelas beliau.

IKLAN
Previous

Tidak sabar meraikan Ramadan dengan gembira adalah tanda Muslim sejati

March 21, 2023
Next

Jagalah tanaman dengan baik, ini hukumnya membiarkan tumbuhan mati atau rosak

March 21, 2023

Related posts

GAMBAR ANAK dan IBU
Berita Semasa,

Bapa biadab paksa anak minum arak

by Fatin Fatihah HussinMay 29, 2023
GAMBAR PORTAL FB - 2023-05-29T121216.718
Berita Semasa,

Kontroversi ajaran pelik di pesantren Jawa Barat. Jakim tubuh jawatankuasa pemantau

by Fatin Fatihah HussinMay 29, 2023
Ulama tegur
Berita Semasa,

‘Ulama boleh tegur kerajaan’ – Anwar

by Nurulfatiha MuahMay 25, 2023
GAMBAR PORTAL FB - 2023-05-24T171039.778
Aqidah, Berita Semasa,

“Malaikat penjaga manusia memang wujud,” – Daie Fuad

by Fatin Fatihah HussinMay 24, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.