Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Berita Semasa,

Baca Surah al-Waqi’ah nak jadi kaya, tapi malas berusaha… 

by Muhd Azman Mohd NawiJuly 17, 2020
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter

DUNIANYA terasa gelap-gelita saat saat dimaklumkan majikan bahawa dirinya terpaksa diberhentikan kerja. Ketika menerima perkhabaran itu, jantung Shahrul Ariffin, 34, bagaikan terhenti seketika.

Bosnya terpaksa mengambil keputusan tidak popular itu bukan kerana masalah disiplin. Penangan Covid-19 yang ‘menelan’ banyak perniagaan menjadi penyebabnya.

Namun begitu, kata Shahrul, beliau tetap bermuhasabah diri walau dihambat ujian yang terbesar dalam hidupnya. Sesungguhnya, koronavirus telah menjadikan beliau semakin kuat meyakini keesaan dan kekuasaan MAHA PENCIPTA.

Meskipun bingung memikirkan isteri yang baru sahaja melahirkan puteri kedua, lelaki itu berkata, pasti tersembunyi sejumlah hikmah.

Kepada ALLAH SWT juga tempatnya mengadu. Seperti kelaziman, beliau tidak pernah sekalipun meninggalkan bacaan Surah al-Waqi’ah pada setiap malam.

Pada masa sama, Shahrul tetap berusaha mencari pekerjaan yang secocok dengan kerjayanya sebagai jurutera sebelum ini.

Pun demikian, seperti sudah tertulis, rezeki tidak menyebelahinya. Justeru, untuk menampung keluarganya, beliau bekerja sebagai penghantar makanan secara sambilan di sebuah restoran.

Tidak mahu isterinya diselimuti perasaan galau, beliau menyimpan kemas pekerjaan baharunya.

Beberapa bulan kemudian, berkat kesabarannya, tanpa disangka, Shahrul menerima tawaran daripada sahabat lama yang baru membuka perniagaan baharu.

“Tak pernah terlintas untuk ceburi bisnes percetakan ini. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan. Biasalah perniagaan, ada pasang surutnya, tapi syukur setakat ini semuanya terkawal,” katanya.

IKLAN

Kepada Sinar Islam, Shahrul berkata, beliau meyakini, plot hidupnya adalah aturan terbaik YANG MAHA ESA. Dengan nada penuh rendah diri, Shahrul berkata, dugaan yang dihadapinya menjadikannya semakin mampan.

“Suka dan duka kita merupakan satu keindahan hidup. Sebagai hamba-NYA saya terus patuh dan sesekali tak akan berpaling. Saya juga yakin, surah al-Waqi’ah yang menjadi lazimkan setiap hari sejak remaja adalah amalan yang menjemput rezeki di samping turut berusaha,” tuturnya.

Bagaimanapun, terdapat segelintir manusia menganggap dengan membaca al-Waqi’ah sahaja, sudah cukup untuk memperoleh fadilat surah berkenaan tanpa perlu bekerja keras.

Lebih parah, nas berkenaan digunakan sebagai dalil untuk mereka berhujah. Hakikatnya mengikut logik akal, mana mungkin kekayaan atau kejayaan akan datang bergolek tanpa usaha.

Benarkah kita boleh kaya hanya dengan membaca Surah al-Waqi’ah sahaja? Apakah lagi kelebihan surah tersebut hingga Islam menganjurkan umatnya membacanya pada setiap malam?

Tidak ditimpa musibah

Bagi menjawab tanda tanya dan salah faham sesetengah individu yang mempunyai perspektif yang tergelincir itu, Sinar Islam mengajak pendakwah Ustaz Bakhtiar Fitri Abdul Hamid untuk berbincang lanjut.

USTAZ BAKHTIAR FITRI

Terlebih dulu, beliau mengajak untuk menyelami inti pati Surah al-Waqiah. Jelas beliau, al-Waqi’ah merupakah surah ke-56 dalam al-Quran. Surah Makiyyah itu mempunyai 96 ayat. Inti pati surah berkenaan berkisarkan tentang hari kiamat, syurga dan neraka.

“Pendek kata, surah ini menyuruh manusia sedar dan meningkatkan keimanan serta ketakwaan kepada ALLAH. Selain itu, wajib percaya bahawa hari kiamat benar-benar wujud dan segala amalan akan dihitung,” katanya.

Ustaz Bakhtiar Fitri menjelaskan, terdapat hadis sahih yang menyebut bahawa membaca surah berkenaan merupakan antara praktis yang mengalu-alukan rezeki.

Dalam riwayat al-Baihaqi, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang membaca Surah al-Waqi’ah pada setiap malam, maka ia tidak akan ditimpa musibah kefakiran selama-lamanya.”

Dalam riwayat lain, daripada Ibnu Abbas RA, sabda Nabi Muhammad SAW: “Surah al-Waqi’ah merupakan surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarilah ia kepada anak-anak kamu.” (Lihat Fathu al-Qadir li Syaukani, 5/176)

Berdasarkan dua sabda berkenaan, jelaslah bahawa Surah al-Waqi’ah bukan calang-calang. Banyak fadilat yang boleh dimiliki jika kita melazimkannya saban hari.

“Sebenarnya, mana-mana surah dalam al-Quran semuanya bercerita tentang kebaikan, berkaitan kekayaan, dimurahkan rezeki dan seumpamanya. Ia termasuklah surah al-Waqi’ah.

“Sebab itulah kita kena beramal dengan surah ini sebaik mungkin. Ketahuilah, siapa sahaja yang beramal dengan al-Quran, kemudian memohon kepada ALLAH dengan penuh keyakinan, istiqamah dan juga penuh yakin, dia akan peroleh manfaatnya,” katanya.

IKLAN

Tetap berusaha

Dalam pada itu, Ustaz Bakhtiar Fitri dengan tegas berpesan, manusia perlu terus berusaha di samping mengamalkan Surah al-Waqi’ah untuk memperoleh ‘kekayaan’ yang diidamkan.

“Jangan jadi orang yang melakukan ibadah semata-mata tanpa ada usaha. Lagi satu, jangan pula jadi macam satu kaum yang mana dia bekerja, tetapi tidak beribadah kepada-NYA. Perbuatan itu seolah-olah dia menganggap dirinya kaya kerana usahanya sendiri, bukan daripada ALLAH. Mintalah kita dijauhkan daripada menjadi golongan ini,” ujarnya.

Surah al-Waqi'ah

BERUSAHALAH dengan bersungguh-sungguh untuk memperoleh kekayaan yang diidamkan, di samping membiasakan diri membaca Surah al-Waqi’ah pada setiap malam sebagai sebahagian daripada cara kita meminta supaya dimurahkan rezeki.

Pendakwah itu melayangkan situasi untuk kita sama-sama mengambil teladan daripada petikan sebuah hadis.

Kata beliau: “Jadilah seperti burung yang mencari rezeki. Mereka keluar pada awal pagi dalam keadaan lapar dan pulang pada petang harinya dalam keadaan kenyang.

“Ingatilah juga (konsep) tawakal yang sebenar bukan bererti bermalas-malasan dan enggan berusaha mendapatkan rezeki. Sebaliknya, tawakal dengan pelbagai usaha yang bersungguh dengan cara yang dihalalkan dalam memperoleh rezeki.”

Setiap huraian keterangan Ustaz Bakhtiar Fitri dipersetujui oleh Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara, Ustazah Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah.

IKLAN

USTAZAH SHARIFAH FADYLAWATY

Sekali lagi, pendakwah wanita itu mengulangi bahawa setiap umat Islam diharuskan untuk membaca Surah al-Waqi’ah secara konsisten supaya mendapat kelebihan dan kekayaan sebagaimana saranan baginda SAW.

“Bahkan para fuqaha bersepakat, disunatkan untuk bertawasul dengan amalan soleh seperti membaca al-Quran dalam mendekatkan diri dan berdoa kepada-NYA.

“Bagaimanapun, jangan sampai kita terlalu taasub beramal dengan Surah al-Waqi’ah demi habuan dunia semata-mata sehingga tidak ikhlas,” katanya menerusi e-mel kepada Sinar Islam baru-baru ini.

Ikhlas kerana ALLAH

Menyambung hujah, Ustazah Sharifah Fadylawaty turut mengingatkan bahawa kitab al-Quran yang diturunkan sebagai panduan dan petunjuk kepada manusia untuk kemaslahatan di dunia mahupun di akhirat.

“Ya, kaya dan miskin adalah pemberian ALLAH SWT. DIA berkuasa memberikan dan menyekat rezeki sesiapa yang dikehendaki-NYA. Namun begitu, kita juga diseru untuk meminta dan berdoa kepada-NYA. Sebahagian daripada cara kita meminta supaya dimurahkan rezeki adalah dengan melazimkan bacaan Surah al-Waqi’ah,” katanya.

Begitupun, ujar beliau, umat Islam seharusnya memahami konsep kekayaan itu tidak hanya terbatas kepada harta kekayaan dan wang ringgit. Ia mencakupi skop yang lebih luas seperti keluarga, ketenangan dan rasa syukur, cukup (qana’ah) serta reda dengan kurniaan-NYA.

“Dalam surah itu juga terkandung petunjuk yang jauh lebih besar daripada kekayaan iaitu kebahagiaan hakiki,” katanya.

Berkenaan dengan waktu yang sesuai diamalkan, berikut penjelasannya: “Sebenarnya, tidak salah membaca surah berkenaan mengikut masa dan bilangan tertentu berdasarkan kemampuan masing-masing. Semua amalan itu berpahala. Namun, ia dianjurkan oleh Rasullah SAW pada waktu malam.

“Cuma jangan sampai beriktikad dan ‘mengikatnya’ sebagai satu syarat, yang penting biar diiringi rasa ikhlas. Tujuan utamanya adalah untuk meraih reda ALLAH SWT.”

Kepada satu soalan, Ustazah Sharifah Fadylawaty menjelaskan, ada beberapa bentuk rezeki yang diterangkan ALLAH menerusi kalam-NYA.

“Ada rezeki yang telah ditetapkan tanpa perlu dicari sebagaimana yang dinyatakan menerusi ayat 36, Surah Saba’.

“Satu lagi rezeki ialah yang perlu dicari atau diusahakan seperti yang dinyatakan dalam ayat 14, Surah al-Nahl. Kita perlu berusaha dengan gigih untuk memperoleh rezeki yang halal dan diberkati. Setelah berusaha, bertawakallah kepada-NYA,” katanya.

Sebelum mengakhiri bicaranya, beliau turut berkongsi sepotong doa yang dipetik daripada hadis riwayat Imam al-Tirmizi untuk dibaca dan dijadikan sebagai rutin harian.

“Ya ALLAH, cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku daripada yang haram dan cukupkanlah aku dengan kurnia-MU daripada bergantung selain daripada-MU.”

Ingatilah, rezeki tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Pada masa sama, biasakan diri dengan membaca Surah al-Waqi’ah yang merupakan satu bentuk usaha yang boleh dilaksanakan secara konsisten.

IKLAN
agamakayarezekisinar islamsinarplusSurah al-Waqi'ah
Previous

Kongsi scan ultrasound di media sosial? Ini pandangan dalam konteks agama

July 16, 2020
Next

Tak boleh ulangi solat fardu saja-saja, ini yang perlu kita tahu

July 17, 2020

Related posts

an (3)
Berita Semasa,

Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

by Fatin Fatihah HussinJune 22, 2022
Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (22)
Berita Semasa,

Beri hadiah tidak senonoh di majlis perkahwinan. Apakah hukumnya?

by Fatin Fatihah HussinJune 21, 2022
tempahan ibadah korban meningkat
Berita Semasa, Dalam Negara,

Tempahan ibadah korban meningkat, waspada pakej palsu

by Sarrah MohsinJune 17, 2022
Untitled design (41)
Berita Semasa,

Malaysia pilihan teratas destinasi pelancong Muslim

by Fatin Fatihah HussinJune 16, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.