Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Berita Semasa,

Awas! Kesilapan yang mungkin tak sedar kita buat ketika memburu malam lailatulqadar

by Muhd Azman Mohd NawiMay 15, 2020
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter

RASANYA baru saja kita berpuasa, tapi rupanya dah masuk 22 Ramadan pada hari ini. Syukur alhamdulillah dengan izin-NYA dapat kita menjalani ibadah puasa pada tahun ini dengan baik biarpun dalam keadaan negara masih dihimpit dengan wabak Covid-19.

Dalam keterpaksaan ‘berkurung’ di rumah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) pun ada kemanisannya. Kita mula belajar menghargai insan di sekeliling kita. Di samping dapat berpuasa dan beribadah terutama solat tarawih bersama keluarga di kediaman masing-masing.

Ya, ia nampak suatu yang pelik dan janggal pada awalnya. Kini, ia semacam menjadi satu kebiasaan yang baharu bagi kita semua. Alangkah indahnya kenangan Ramadan kita tahun ini.

Namun, lapan hari lagi, Ramadan akan mengucapkan selamat tinggal kepada kita. Sayu pula rasa hati ini. Datangnya barang sebentar, tetapi rahmat dan kemuliaan yang ada pada bulan ini memang tidak terhitung.

Apatah lagi, kita kini berada dalam fasa terakhir iaitu 10 terakhir bulan Ramadan. Usah biarkan bulan al-Mubarak ini berlalu begitu sahaja. Di sinilah kemuncak kepada bulan barakah ini.

Segala ibadah dan amal perlu ditingkatkan demi memburu malam lailatulqadar yang mempunyai kelebihan.

Kenapa malam lailatulqadar lebih baik daripada 1,000 bulan? Apakah kesilapan yang sering dilakukan ketika kita memburu malam penuh rahmat dan barakah itu?

Firman ALLAH SWT: “Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) pada malam kemuliaan (lailatulqadar). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada 1,000 bulan.” (Surah al-Qadr, ayat 1-3)

Ujar pendakwah, Ustaz Fauzi Mustafa, ada sebab ayat dan surah berkenaan diturunkan sepertimana disebutkan dalam kitab tafsir al-Jalalain tulisan Imam al-Suyuti.

IKLAN

USTAZ FAUZI

Ulama terkenal Mazhab Syafie itu memasukkan sebuah hadis mursal daripada Mujahid bin Jabir, seorang tabi’in.

Mujahid berkata bahawa Rasulullah SAW menceritakan kepada sahabat-sahabatnya tentang seorang lelaki Bani Israel. Lelaki itu berjihad dengan senjatanya selama 1,000 bulan. Para sahabat begitu terpegun dengan jihad lelaki tadi dan merasakan diri mereka kerdil. Dengan sebab itu, ALLAH pun menurunkan Surah al-Qadr.

Ustaz Fauzi berkata, kisah itu seakan-akan menyebut bahawa para sahabat sangat cemburu dengan lelaki Bani Israel tadi yang dapat berjihad di jalan ALLAH selama 1,000 bulan kerana mereka tidak mampu buat begitu.

Bayangkan umur umat nabi tedahulu lebih panjang. Misalnya, Nabi Nuh AS sendiri mengambil masa 950 tahun untuk berdakwah. Itu belum dikira umur ketika baginda masih kecil dan sebelum diangkat menjadi Nabi. Ia berbeza berbanding kita sekarang yang rata-ratanya tidak sampai usia 100 tahun, jelasnya.

“Bila ALLAH turunkan ayat tadi, barulah para sahabat tersenyum gembira sebab ALLAH hadiahkan lailatulqadar kepada umat Nabi Muhammad.

“Seandainya beramal ibadah pada malam tersebut, ia lebih baik daripada beramal selama 1,000 bulan iaitu lebih kurang 83 tahun umur manusia,” terangnya kepada Sinar Islam baru-baru ini.

Berbicara tentang amalan Rasulullah SAW ketika 10 malam terakhir, agamawan itu menjelaskan, baginda bersungguh-sungguh beribadah dan mengejutkan isteri-isteri serta ahli keluarganya bangun qiamullail. Ia sebagaimana hadis Aisyah RA yang diriwayatkan dalam Sahih Muslim.

“Baginda juga tidak bersama dengan isteri-isterinya pada 10 malam terakhir. Dalam satu riwayat, Nabi Muhammad sangat bersungguh-sungguh beribadah dalam bulan Ramadan melebihi bulan lain, lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir melebihi malam-malam Ramadan yang lain,” ujar beliau.

(Artikel berkaitan: Rebut peluang, 4 tanda malam lailatulqadar)

Usah ‘memancing’

Dalam pada itu, agamawan tersebut turut menegur beberapa kesilapan yang seringkali dilakukan masyarakat ketika memburu malam lailatulqadar. Sebilangan umat Islam lebih suka ‘memancing’ daripada ‘menjala’ ketika memburu lailatulqadar.

IKLAN
Kesilapan ketika memburu lailatulqadar

TINGKATKAN amal ibadah pada 10 malam terakhir Ramadan untuk meraih ganjaran pahala lailatulqadar yang lebih baik daripada 1,000 bulan.

Tambah beliau, rugi andai ‘memancing’ malam sekian-sekian adalah lailatulqadar dan kemudian kita abaikan amal ibadah pada malam yang lain. Dibimbangi pacingan tadi tidak mengena. Lebih baik seandainya ‘memukat’ dan terus ‘menjala’ sepanjang 10 malam terakhir Ramadan sepertimana dilakukan oleh Rasulullah SAW daripada ‘memancing’ pada malam tertentu sahaja.

“Satu lagi kesilapan, semangat nak raya lebih mendominasi daripada memburu lailatulqadar. ALLAH SWT sengaja sorok tarikh sebenar malam istimewa itu. Jika orang tahu, mereka akan beribadah pada malam tersebut saja.

“Tapi kita ini pula sibuk hias rumah, bakar biskut raya, menonton hiburan dan lain-lain. Jika kebetulan jatuh pula malam lailatulqadar, apa yang kita dapat adalah ‘pahala’ 83 tahun cat rumah, 83 tahun bakar biskut raya, 83 tahun tukar langsir dan sebagainya. Jadi kita bawa benda yang sangat rendah nilainya pada hari akhirat. Orang gelakkan kita di padang mahsyar nanti,” tegur beliau.

Seperkara, beliau turut mengingatkan kita agar tidak melakukan kesilapan lagi ketika mencari lailatulqadar. Buanglah sikap tidak bersungguh-sungguh pada 10 malam terakhir Ramadan ini.

“Jangan lupa untuk kejut isteri, anak dan ahli keluarga lain untuk sama-sama beribadah. Jangan bangun seorang diri untuk lakukan qiamullail sendiri tanpa mengajak keluarga kita,” nasihatnya.

Takdir diperbaharui

Pendakwah, Senator Ustazah Asmak Husin pula berkata, lailatulqadar dikaitkan dengan malam keberkatan.

USTAZAH ASMAK

IKLAN

Ujar beliau, pada malam berkenaan, takdir manusia juga ditulis semula. Ia ibarat  diperbaharui untuk tempoh setahun.

“Memang takdir manusia ini telah ada di lohmahfuz, tetapi ketika malam lailatulqadar, takdir manusia dizahirkan kepada malaikat. Ia berkaitan kematian, kehidupan, rezeki, hujan dan apa saja yang berkaitan dengannya,” katanya.

Tambah beliau, begitu agungnya malam berkenaan kerana semua malaikat akan turun memenuhi setiap inci muka bumi ini dengan izin ALLAH SWT.

Namun begitu, Ustazah Asmak turut berpesan agar kita tidak menunggu malam lailatulqadar semata-mata untuk beribadah.

Hakikatnya, al-Qadar sebenarnya dikaitkan dengan ibadah yang istiqamah iaitu sepanjang Ramadan dan tahun.

“Jadi pada malam-malam mana sekalipun turunnya lailatulqadar, insya-ALLAH kita akan mendapatkannya. Andai kata kita memilih, tahap iman kita seperti kanak-kanak yang lebih memfokuskan kepada tanda-tanda fizikal.

“Benar, memang iman manusia ini ada turun dan naiknya. Tapi, pastikan kita masih berada di landasan yang benar walaupun penuh onak dan duri,” ujar beliau.

Apa pun, beliau mengingatkan bahawa malam lailatulqadar merupakan pelengkap dan sokongan ‘tenaga’ kepada ibadah-ibadah dan perjalanan hidup manusia di atas muka bumi ini.

Jom kita sama-sama berdoa agar diberi kekuatan untuk memburu malam lailatulqadar penuh agung itu.

Ya ALLAH, temukanlah kami dengan malam lailatulqadar. Ampunilah segala dosa-dosa kami yang tidak terhitung banyaknya. Sesungguhnya ENGKAU ZAT YANG MAHA PEMAAF dan PEMURAH, maafkanlah kami, ya ALLAH.

Amin ya Rabbal ‘alamin

Foto: Bernama & 123rf

IKLAN
Kesilapan ketika memburu lailatulqadar
Previous

Bukan suka-suka tak boleh makan guna tangan kiri, tapi ada sebabnya

May 14, 2020
Next

Boleh terus solat Zuhur, tak perlu tunggu solat Jumaat habis ketika musim PKPB

May 15, 2020

Related posts

Wang sumbangan
Berita Semasa,

Bolehkah guna wang bantuan pihak sekolah untuk beli telefon?

by Nurulfatiha MuahJanuary 19, 2023
nafsu akal
Berita Semasa,

Ke mana hala 9 nafsu wanita? Ini jawapan Mufti

by Sarrah MohsinJanuary 18, 2023
GAMBAR PORTAL FB (67)
Berita Semasa,

Hilang di Mekah, usaha mencari Ustaz Musthafa masih diteruskan

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023
babi
Berita Semasa,

Penyakit demam babi Afrika sedang berleluasa, benarkah membunuh babi dapat pahala sunat?

by Sarrah MohsinJanuary 18, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.