Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Berita Semasa,

Aplikasi V Makkah Sedia Lawatan Maya Ke Tanah Suci Pada Ramadan Ini

by Nurul Fatiha MuahApril 6, 2021
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
V Makkah
APLIKASI V Makkah menawarkan lawatan maya ke Masjidil Haram di Makkah dan beberapa tempat lain di Tanah Suci.

PIHAK berkuasa Arab Saudi baru sahaja mengumumkan, hanya jemaah yang sudah mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 sahaja dibenarkan menunaikan umrah bermula Ramadan ini.

Perkhabaran itu mengundang kesedihan kepada umat Islam yang lazimnya sering kali memilih bulan mulia itu untuk menunaikan umrah kerana kelebihan yang ada padanya.

Sedangkan, sebelum ini, Arab Saudi membenarkan individu yang layak termasuk mereka yang belum mendapat suntikan vaksin boleh menunaikan umrah dan mengerjakan solat di Masjidil Haram di Makkah.

Namun begitu, nampaknya syarat berkenaan diperketatkan susulan peningkatan jangkitan Covid-19 di negara berkenaan.

IKLAN

Namun begitu, sebuah syarikat yang membangunkan aplikasi tiga dimensi (3D), Se-ma-for Studio telah memperkenalkan aplikasi V Makkah yang membolehkan pengguna melakukan lawatan interaktif di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

V Makkah

TERDAPAT 11 tempat menarik boleh dilawati secara maya di Tanah Suci Makkah dan Madinah.

Bukan itu sahaja, memetik laporan iqna.ir, pengguna juga boleh melawat lokasi berhampiran seperti Gunung Arafat, Jambatan Jamraat, kawasan Muzdalifah dan pameran yang diadakan di Tanah Suci berkenaan.

Baca juga 10 Saranan WHO Untuk Jalani Ibadah Puasa Dengan Baik

Menariknya, aplikasi itu tersedia dalam tujuh bahasa iaitu Arab, Inggeris, Turki, Parsi, Urdu, Melayu dan Indonesia.

V Makkah

ANTARA kawasan yang boleh dilawati secara maya menerusi aplikasi V Makkah.

IKLAN

Menerusi video yang dikongsikan dalam portal berita aboutislam.com, aplikasi V Makkah menyediakan pilihan watak jemaah, selain 11 tempat lawatan maya.

Menerusi figura dipilih, kita akan dibawa berjalan dan melawat di tempat pilihan. Contohnya, melakukan tawaf di Kaabah, menunaikan solat dan sebagainya seolah-olah berada di tempat berkenaan.

V Makkah

PENGGUNA akan merasakan seolah-olah sedang berada di Tanah Suci ketika sesi lawatan maya menerusi aplikasi V Makkah.

IKLAN

Pada tahun lalu, ibadah haji ditutup kepada jemaah luar dari Arab Saudi disebabkan oleh wabak Covid-19.

Hanya 1,000 jemaah yang terdiri daripada penduduk ekspatriat dan penduduk Arab Saudi dibenarkan menunaikan haji pada musim lalu.

Justeru, bagi mengubati kerinduan kepada umat Islam seluruh dunia yang tidak dapat berkunjung ke Tanah Suci, sebuah syarikat dari Jerman mencipta pengalaman digital interaktif menerusi aplikasi Muslim 3D.

Walaupun ia kelihatan seperti permainan video, tetapi ia sebenarnya adalah lawatan maya merentasi gaya hidup dan sejarah.

IKLAN
lawatan maya ke Makkah dan MadinahsinarislamplusV Makkah
Previous

Nadiya Hussain, Inspirasi Wanita Dunia

April 6, 2021
Next

Jangan Culas Bayar Fidyah

April 7, 2021

Related posts

an (4)
Berita Semasa,

Hikmah daripada tarikh-tarikh penting sepanjang Zulhijjah 1443Hijrah

by Fatin Fatihah HussinJune 30, 2022
sangat biadap
Berita Semasa,

Sangat biadap, ayat al-Quran dicetak di bikini

by Sarrah MohsinJune 28, 2022
an (3)
Berita Semasa,

Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

by Fatin Fatihah HussinJune 22, 2022
Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (22)
Berita Semasa,

Beri hadiah tidak senonoh di majlis perkahwinan. Apakah hukumnya?

by Fatin Fatihah HussinJune 21, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.