Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Berita Semasa,

Apabila kita tak tahu roti canai yang dimakan guna telur tak dibasuh…

by Muhd Azman Mohd NawiJuly 4, 2020
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter

PETANG-PETANG ni memang sedap kalau dapat makan roti canai. Ya, itulah antara makanan kegemaran masyarakat kita.

Walaupun bahan nak buat roti canai simple, tapi ramai orang suka beli terus dari kedai atau warung. Masakan tidak, susah sebenarnya nak menebar roti canai ni kalau tak biasa buat.

Cerita pasal bahan-bahan nak hasilkan roti canai ni, telur antara yang digunakan dalam menghasilkan menu kegemaran ramai ini.

Bagaimana jika kulit telur tadi tak dibasuh dulu, tapi terus digunakan oleh penebar roti canai untuk uli doh? Tak ke najis yang ada pada kulit telur itu tersebar kepada semua roti canai yang ditebarkan?

IKLAN

Lepas tu, kita pula makan roti canai tu. Apakah status makanan yang telah terkena najis?

Sebenarnya, roti canai yang dihasilkan daripada telur ayam tak dibasuh adalah halal dimakan. Ia selagi mana tidak terdapat najis yang dilihat pada kulit telur tersebut yang dipindahkan kepada tepung yang diuli.

Namun begitu, jika kulit telur ayam tadi jelas terdapat najis dan kemudian dipindahkan kepada tepung yang diuli, maka hukumnya adalah najis dan haram dimakan.

Ini kerana makanan tersebut kotor dan tidak menepati konsep halalan tayyiban. Justeru, kita dilarang sama sekali makan segala jenis makanan yang terjejas najis.

Ketahuilah bahawa najis haiwan sama ada haiwan yang boleh dimakan atau tak boleh dimakan adalah najis, menurut Mazhab Syafie.

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, beliau berkata: “Rasulullah SAW apabila dibawa dua biji batu dan najis binatang (yang telah keras) untuk beristinjak, maka baginda telah mengambil batu dan membuang najis binatang tersebut, lalu berkata: “Ini adalah kotoran.” (Riwayat al-Bukhari dan Ahmad)

Dalam Islam, makanan halal itu mestilah suci berpandukan kepada ungkapan kalimah halalan, disusuli perkataan tayyiban dalam firman ALLAH SWT:

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik.” (Surah al-Baqarah, ayat 168)

IKLAN

Menurut Imam Fakhruddin al-Razi dalam tafsirnya ketika mensyarahkan ayat di atas menyatakan: “Al-tayyib dari segi bahasa adalah suci dan halal disifatkan dengan segala yang baik. Ini kerana perkara yang haram disifatkan dengan segala kekotoran. Makna al-tayyib pada asalnya adalah apa yang disukai dan didapati baik oleh cita rasa manusia selain disifatkan bersih dan halal dari segi perumpamaan. Ini kerana najis itu sesuatu yang dibenci oleh jiwa.” (Rujuk:Tafsir ar-Razi Mafatih al-Ghayb, 5/185)

Berdasarkan nas dan hujah berkenaan, konsep halal terikat dengan tayyiban iaitu bersih dan suci. Perkara haram pula disebabkan kekotoran dan dianggap jijik selain wujud dalil pengharamannya.

Dalam kes roti canai ini, andai penebar roti canai tak membasuh telur, lantas tangannya terkena tahi ayam, lalu tersebar pada roti canai yang ditebarnya, sudah pasti roti canai tersebut bercampur dengan najis tahi ayam.

Makanan tersebut menjadi kotor dan tidak halal dimakan kerana tidak suci. Dengan kata lain, ia tidak menepati konsep halalan tayyiban.

Kepada semua orang Islam dan pengusaha produk makanan, jagalah kebersihan dalam setiap proses penyediaan makanan.

IKLAN

Bukan setakat proses ketika memasak saja, tapi juga penyimpanan, pemprosesan, pembungkusan dan sebagainya.

Sebagai orang Muslim, kita perlu cakna dalam bab-bab ini. Ingatlah bahawa makanan yang halal lagi baik akan memberikan ketenteraman pada jiwa dan kesan kepada ibadah.

Semoga kita terhindar daripada perkara haram dan syubhah.

Sumber: Al-Kafi #1738: Status Roti Canai Dari Telur Ayam yang Tidak Dibasuh, laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

IKLAN
agamaguna telur tak basuh uli doh roti canairoti canaisinar plus
Previous

Terjaga waktu malam, cepat-cepatlah solat tahajud. Ini kelebihannya yang perlu kita tahu

July 3, 2020
Next

70,000 malaikat mendoakan kita bila lakukan amalan ini

July 5, 2020

Related posts

Wang sumbangan
Berita Semasa,

Bolehkah guna wang bantuan pihak sekolah untuk beli telefon?

by Nurulfatiha MuahJanuary 19, 2023
nafsu akal
Berita Semasa,

Ke mana hala 9 nafsu wanita? Ini jawapan Mufti

by Sarrah MohsinJanuary 18, 2023
GAMBAR PORTAL FB (67)
Berita Semasa,

Hilang di Mekah, usaha mencari Ustaz Musthafa masih diteruskan

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023
babi
Berita Semasa,

Penyakit demam babi Afrika sedang berleluasa, benarkah membunuh babi dapat pahala sunat?

by Sarrah MohsinJanuary 18, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.