Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Berita Semasa,

Apabila kita bermimpi ibu bapa yang telah meninggal…

by Muhd Azman Mohd NawiJuly 15, 2020
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter

KEHILANGAN orang tersayang dalam keluarga amat memeritkan. Hanya mereka yang mengalaminya sahaja tahu bagaimana peritnya rasa itu.

Apatah lagi, jika kehilangan kedua-dua insan yang telah melahir dan membesarkan kita. Sesungguhnya, ibu dan ayah tiada galang gantinya.

Kadangkala apabila terlalu rindu, segala kenangan manis bersama mereka seakan-akan terlayar di ruang fikiran. Malah, ada yang bermimpi ibu bapa mereka yang telah tiada.

Walaupun sebahagian masyarakat yang menganggap mimpi hanya mainan tidur, tetapi masih ada yang percaya bahawa mimpi membawa petanda tertentu. Tidak kiralah sama ada baik ataupun sebaliknya.

IKLAN

“Aku mimpikan arwah mak dan ayah malam tadi. Mesti sebab aku jarang-jarang doakan mereka. Sebab itulah aku mimpi agaknya. Mereka tak senang di alam sana.”

Demikian antara anggapan segelintir masyarakat andai kita bermimpikan insan tersayang yang telah lama tiada.

Adakah memang benar mimpi kedua orang tua yang telah meninggal dunia itu tanda mereka tidak tenang di alam barzakh sehingga masuk dalam mimpi kita?

Hakikatnya, bermimpi ibu bapa yang sudah meninggal dunia tiada kena-mengena dengan susah atau senangnya kehidupan mereka di alam sana, tegas Ustaz Syed Bakri Al-Yahya atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Syed.

Ia tidak kiralah sama ada kita kerap atau jarang bermimpikan mereka, jelas beliau.

“Mimpi boleh jadi penghibur kepada kita ketika tidur dan boleh jadi juga sebagai alamat atau isyarat tertentu akan sesuatu yang sedang atau bakal berlaku.

“Namun jika dikaitkan kekerapan mimpi dengan seseorang yang telah meninggal dunia dengan membawa maksud, arwah ibu bapa tak senang di dalam kubur, ini adalah tidak benar.

“Henti sebarkan cerita-cerita tahyul seperti ini,” tegas beliau sebagaimana yang dipetik menerusi perkongsian di Instagram miliknya baru-baru ini.

Mimpi ibu bapa yang telah meninggal

BERBAKTILAH kepada ibu bapa jika mereka masih hidup dan sentiasa mendoakan kedua-dua mereka.

Paling penting, kata pendakwah itu, anak-anak perlu memperbanyakkan berdoa untuk kedua-dua ibu bapa masing-masing. Paling kurang lima kali sehari.

IKLAN

“(Berdoa untuk kedua-dua orang tua kita) sama ada mereka masih hidup, lebih-lebih lagi jika mereka sudah tiada lagi di dunia ini.

“Jika dianugerahkan mimpi bertemu mereka, itulah salah satu nikmat sebenarnya,” katanya.

Justeru, janganlah sesekali kita lupa untuk mendoakan kedua-dua ibu bapa kita sama ada masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

IKLAN

Paling tidak pun, doakan mereka setiap kali selesai menyempurnakan solat fardu.

Ingatlah bahawa kewujudan kita pada hari ini juga disebabkan oleh mereka.

Kepada mereka yang masih ada orang tua, hargailah mereka. Jadilah anak yang soleh dan solehah. Berbaktilah kepada mereka selagi ada kesempatan dan doakan kesejahteraan kedua-duanya.

Sumber: Instagram syedbakri_alyahyaofficial

IKLAN
agamaMimpi ibu bapa yang telah meninggalsinarplus
Previous

Tak sah solat jika sujud atas kain telekung sendiri?

July 14, 2020
Next

Kongsi scan ultrasound di media sosial? Ini pandangan dalam konteks agama

July 16, 2020

Related posts

zamzam
Berita Semasa, Dalam Negara,

Jangan beli air zamzam secara runcit, mungkin tidak tulen

by Sarrah MohsinJuly 4, 2022
an (4)
Berita Semasa,

Hikmah daripada tarikh-tarikh penting sepanjang Zulhijjah 1443Hijrah

by Fatin Fatihah HussinJune 30, 2022
sangat biadap
Berita Semasa,

Sangat biadap, ayat al-Quran dicetak di bikini

by Sarrah MohsinJune 28, 2022
an (3)
Berita Semasa,

Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

by Fatin Fatihah HussinJune 22, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.