Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Antarabangsa,

Unik dan eksklusif, Royal Mint keluarkan bar emas Ramadan berukiran Kaabah

by Fatin Fatihah HussinMarch 17, 2023
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
GAMBAR PORTAL FB - 2023-03-17T102722.185
SYARIKAT tertua di United Kingdom dan pembuat syiling rasmi, Royal Mint mengeluarkan jongkong emas berukiran Kaabah yang ditempa khas untuk komuniti Islam di Britain.

BUAT pertama kalinya, syarikat tertua di United Kingdom dan pembuat syiling rasmi, Royal Mint mengeluarkan jongkong emas berukiran Kaabah yang ditempa khas untuk komuniti Islam di Britain.

Bar seberat 20 gram, yang dikeluarkan menjelang Ramadan 2023, telah dihasilkan selepas hasil rundingan dengan Majlis Muslim Wales.

Abdul-Azim Ahmed dari Majlis Muslim Wales berkata: “Sukar meraih kepercayaan untuk bekerjasama dengan Royal Mint untuk memperkenalkan jongkong emas khas yang menggambarkan Kaabah ini.”

Ditutupi oleh kiswah, kain hitam dengan hiasan emas, garis besar bangunan Kaabah tidak dapat disangkal, dan ia kini telah ditempa dalam bahan emas, logam berharga selama jutaan tahun, lapor Arab News.

IKLAN

Baca Juga 410 kilogram kapas digunakan untuk hasilkan kiswah Kaabah

“Reka bentuk itu sudah pasti akan menjadi popular dalam kalangan masyarakat Islam dan menunjukkan kehalusan kepakaran pertukangan Royal Mint. Ia merupakan satu proses yang menarik dan saya harap orang ramai di seluruh dunia akan teruja dengan bar eksklusif ini.”

Sebagai menandakan pelancaran bar itu, Royal Mint pada Februari telah mengambil bahagian dalam tiga acara di seluruh UK yang dianjurkan oleh sebuah badan amal Muslim terkemuka, Islamic Relief yang sebelum ini banyak memberikan respons bantuan kepada bencana dan kecemasan di seluruh dunia.

Tiga acara itu, masing-masing di Manchester, London dan Glasgow bertujuan mengumpul dana untuk Turkiye dan Syria susulan gempa bumi dahsyat pada 6 Februari lalu.

IKLAN

BAR emas Kaabah ini akan digunakan untuk mengumpul dana yang besar untuk rayuan Turki dan Syria. 

Sehubungan itu, Royal Mint telah menderma salah satu jongkong emas Kaabah tersebut untuk dilelong pada setiap acara, yang mengumpul lebih daripada AS$10,000 (RM45,040).

Pengarah Islamic Relief, Tufail Hussain berkata bahawa pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan Royal Mint dan sangat gembira dapat mengadakan acara pelancaran jongkong emas itu di seluruh UK.

IKLAN

“Bar emas Kaabah ini, yang disumbangkan oleh Royal Mint, akan membantu kami mengumpul dana yang besar untuk rayuan Turki dan Syria,” ujarnya.

Baca Juga Solat pandang Kaabah tanpa melihat tempat sujud, apa hukumnya?

Pengarah Precious Metals di Royal Mint, Andrew Dickey berkata bahawa pihaknya sangat gembira kerana buat julung kalinya, struktur kiub Kaabah yang tersendiri diwakili pada jongkong emas seberat 20 gram yang ditempa oleh Royal Mint.

“Berdasarkan lebih daripada 1,100 tahun kepakaran mencetak, kami telah menggunakan kepakaran kami itu untuk mencipta gambaran indah Kaabah, tempat paling suci di muka bumi bagi umat Islam di seluruh dunia.

“Harga permulaan untuk setiap pembelian gram bar emas itu adalah pada harga £1,156 (RM6,274) seunit,” katanya.

IKLAN
Previous

Ghibtah – Dua keadaan HASAD yang dibenarkan

March 17, 2023
Next

Rupanya Rasulullah SAW sempat berpuasa sembilan kali sepanjang hayat Baginda

March 17, 2023

Related posts

Australia
Antarabangsa,

Peragakan baju dengan kalimah ALLAH di acara fesyen, jenama pakaian Australia dikritik

by Sarrah MohsinMarch 15, 2023
Islamofobia di Perancis
Antarabangsa,

Gara-gara Islamofobia, ramai profesional Muslim di Perancis cari kerja di luar negara

by Nurulfatiha MuahMarch 15, 2023
kucing gempa bumi
Antarabangsa,

‘Lelaki kucing Aleppo’, adiwira menyelamatkan lebih 40 ekor kucing selepas tragedi gempa bumi Turkiye-Syria

by Sarrah MohsinMarch 13, 2023
GAMBAR PORTAL FB - 2023-03-13T162129.139
Antarabangsa,

Arab Saudi umum beberapa peraturan menjelang 1 Ramadan 1444H

by Fatin Fatihah HussinMarch 13, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.