Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Antarabangsa, Berita Semasa,

Masjid Jamia Kashmir akhirnya dibuka semula selepas 30 minggu ditutup

by Nurulfatiha MuahMarch 2, 2022
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Masjid Jamia
MASJID JAMIA iaitu masjid yang terbesar di Kashmir bakal dibuka untuk solat Jumaat selepas ditutup 30 minggu lamanya.

SELEPAS 30 minggu ditutup, akhirnya masjid terbesar di Kashmir, Masjid Jamia bakal dibuka semula untuk solat Jumaat tidak lama lagi.

Berita itu amat dinanti-nantikan penduduk Muslim setempat kerana penutupannya untuk solat berjemaah mengambil tempoh masa yang agak lama iaitu sejak bulan Ogos tahun 2019.

Sebenarnya, ada kisah di sebaliknya yang menyebabkan rumah ALLAH SWT itu tidak dibuka dalam tempoh yang panjang.

Jika kebanyakan negara mengambil keputusan itu dek kerana penangan wabak Covid-19 yang membimbangkan, lain pula halnya yang berlaku di Masjid Jamia.

Keputusan menutup pusat keagamaan dan kebudayaan terbesar itu dibuat ekoran pemansuhan status khas Jammu dan Kashmir di bawah Artikel 370 Perlembagaan India pada 5 Ogos 2019.

IKLAN

Peruntukan artikel 370 itu antara lain memberi status istimewa dan mengizinkan Kashmir mewujudkan undang-undang, perlembagaan, memiliki bendera dan pentadbiran sendiri.

Masjid Jamia

MASJID JAMIA ditutup 30 minggu susulan pemansuhan khas status Jammu dan Kashmir pada 5 Ogos 2019, disusuli kebimbangan terhadap penularan jangkitan Covid-19.

Baca juga Tapak Bangunan Pub Terbiar Di Bradford, Bakal Dibangunkan Masjid

Status istimewa tersebut hanya bersifat sementara iaitu sehingga suara warga Kashmir dikumpulkan untuk menentukan sama ada mahu berada dalam India atau Pakistan atau berdaulat sendiri.

Berbalik kepada cerita Masjid Jamia, menurut portal ndtv.com, bangunan itu sebenarnya pernah dibuka sebentar, tetapi ditutup semula gara-gara amukan Covid-19.

Sinar Islam Plus difahamkan, penutupan masjid itu disifatkan sebagai paling lama dalam sejarah. Masakan tidak, selepas sekatan yang dikenakan akibat wilayah berkenaan dipecah menjadi dua, virus corona pula muncul sesudahnya.

Disebabkan itu, NDTV menyebut, impaknya turut dirasai di kawasan sekeliling bangunan keagamaan tersebut. Ini kerana masjid itu telah menjadi pusat kepada banyak perkembangan penting sepanjang sejarah di lembah berkenaan.

“Penutupan (masjid) itu telah menjejaskan perniagaan di kawasan tersebut dengan teruk. Bayangkan kawasan Pasar Jamia ini yang pernah menjadi pusat perniagaan yang sibuk, berubah menjadi ‘bandar hantu’ sejak Ogos 2019,” katanya sebagaimana dipetik daripada portal berita berkenaan baru-baru ini.

Namun begitu, pada hari Isnin, Pesuruhjaya Bahagian Kashmir, Pandurang K Pole dan Ketua Polis Negara, Vijay Kumar meninjau kawasan masjid yang terletak di bandar lama Srinagar. Mereka turut bertemu dengan pengurusan Anjuman Auqaf Masjid Jamia.

IKLAN
Masjid Jamia

TINJAUAN dilakukan pihak berkuasa di Kashmir pada hari Isnin lalu di Masjid Jamia untuk membuka semula bangunan keagamaan tersebut.

Baca juga Masjid jadi platform penyatuan penduduk berbilang agama di negara Eropah. Ini 5 masjid paling mahal lagi menawan

Difahamkan, tinjauan dan pertemuan tersebut adalah bertujuan untuk membuka semula keajaiban seni bina abad ke-14 di Kashmir itu.

Ketua imam masjid berkenaan, Mirwaiz Umar Farooq yang juga ketua persidangan Hurriyat (pemisah) berkata, beliau telah diletakkan di bawah tahanan rumah sejak bulan Ogos 2019.

IKLAN

Sementara itu, Datuk Bandar Srinagar Municipal Corporation, Junaid Mattu begitu mengalu-alukan pembukaan semula masjid bersejarah berkenaan.

“Pembukaan semula Masjid Jamia adalah langkah yang amat dialu-alukan,” katanya dipetik menerusi ndtv.com.

Memetik laporan berita Hindustan Times semalam, seorang pegawai kanan polis mengesahkan bahawa Masjid Jamia dalam proses dibuka semula.

Masjid Jamia

MASJID JAMIA di Kashmir bakal kembali menerima jemaah tidak lama lagi.

Kepada hindustantimes.com, Setiausaha Agung Auqaf, Haji Altaf menjelaskan: “Oleh sebab terdapat permintaan awam, para pegawai memberi jaminan kepada kami bahawa mereka akan membenarkan solat Jumaat disambung semula.”

Foto: Hindustan Times, NDTV & Muslim Mirror

IKLAN
KashmirMasjid Jamiasinarislamplus
Previous

Semua urusan LZS hanya di hujung jari

March 1, 2022
Next

Amalan tahunan diangkat pada bulan Syaaban

March 3, 2022

Related posts

WhatsApp Image 2023-01-20 at 12.32.34 PM
Antarabangsa,

Singgah ke Rumah Ngaji @ Ummi Darul Barakah di Kota Makkah

by Muhd Azman Mohd NawiJanuary 20, 2023
Wang sumbangan
Berita Semasa,

Bolehkah guna wang bantuan pihak sekolah untuk beli telefon?

by Nurulfatiha MuahJanuary 19, 2023
nafsu akal
Berita Semasa,

Ke mana hala 9 nafsu wanita? Ini jawapan Mufti

by Sarrah MohsinJanuary 18, 2023
GAMBAR PORTAL FB (67)
Berita Semasa,

Hilang di Mekah, usaha mencari Ustaz Musthafa masih diteruskan

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.