Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Antarabangsa,

Kesihatan mental kanak-kanak di Gaza merosot akibat 15 tahun ‘dikepung’

by Nurulfatiha MuahJune 20, 2022
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Kanak-kanak di Gaza
SESI sokongan kesihatan mental ada dilakukan untuk kanak-kanak di seluruh Gaza, tetapi sumbernya begitu terhad. -FOTO: REUTERS

KESIHATAN mental kanak-kanak di Gaza dilaporkan terus merosot. Demikian pendedahan yang dilaporkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa, Save the Children baru-baru ini.

Dalam laporan yang dipanggil sebagai ‘Trapped’, dianggarkan empat daripada lima kanak-kanak Gaza mengalami tekanan emosi selepas 15 tahun Israel melakukan sekatan yang melumpuhkan wilayah Palestin sejak tahun 2007.

Untuk rekod, menurut trtworld.com, Israel dan Amerika Syarikat telah mengetuai boikot ekonomi dan politik antarabangsa ke atas Gaza sejak tahun berkenaan selepas gerakan penentangan Hamas dipilih untuk mentadbir enklaf tersebut.

Bukan itu sahaja, Israel juga mengenakan sekatan darat, laut dan udara sejak tempoh tersebut. Tindakan itu sekali gus melumpuhkan seluruh penduduk daripada meninggalkan atau memasuki Gaza. Apatah lagi dalam urusan eksport dan import barangan.

IKLAN
Kanak-kanak di Gaza

RAKYAT Palestin mengadakan protes di hadapan bangunan Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) Gaza menentang sekatan Israel yang dikenakan selama 15 tahun. -FOTO: ANADOLU AGENCY

Berbalik kepada perihal kesihatan kanak-kanak di Gaza, NGO Save the Children yang berpangkalan di Britain berkata, gejala kemurungan, kesedihan dan ketakutan telah meningkat sejak 2018 daripada 55 peratus kepada 80 peratus.

Pengarah Save the Children Wilayah Palestin, Jason Lee berkata, kanak-kanak tersebut memberitahu bahawa mereka hidup dalam keadaan ketakutan, kebimbangan dan kesedihan yang berterusan, selain menunggu pusingan keganasan seterusnya meletus.

Baca juga Lebih 9,000 kanak-kanak Palestin ditahan Israel sejak 2015

“Malah, mereka dilaporkan berasa tidak mampu untuk tidur atau menumpukan perhatian. Bukti fizikal terhadap penderitaan yang dialami antaranya adalah kencing ketika tidur, hilang kebolehan bercakap atau menyelesaikan tugas-tugas asas.

“Ia amat mengejutkan dan perlu menjadi peringatan kepada masyarakat antarabangsa,” katanya sebagaimana dipetik daripada laporan TRT World.

IKLAN

Berdasarkan populasi, kanak-kanak membentuk hampir separuh daripada 2.1 juta penduduk Gaza.

Daripada jumlah tersebut, NGO antarabangsa Save the Children mendedahkan, kira-kira 800,000 orang muda di wilayah berkenaan tidak pernah mengetahui kehidupan tanpa sekatan!

Sejak tahun 2007, sebanyak empat serangan dilakukan Israel terhadap Gaza termasuk pada Mei tahun lalu apabila lebih 260 rakyat Palestin terbunuh.

Kanak-kanak di Gaza

 EMPAT daripada lima kanak-kanak Gaza dilaporkan mengalami tekanan emosi selepas 15 tahun Israel melakukan sekatan yang melumpuhkan wilayah Palestin sejak tahun 2007.

Terbaharu, menurut agensi berita antarabangsa, Israel melancarkan serangan udara ke arah Gaza pada Sabtu. Ia sebagai tindak balas susulan serangan roket ke selatan Israel yang didakwa dilakukan oleh Hamas yang mengawal Gaza.

IKLAN

Baca juga Mangsa perang Gaza melakar kenangan keluarga menerusi lukisan

Sementara itu, sebuah lagi NGO antarabangsa, Human Rights Watch (HRW) dalam satu kenyataan berhubung ulang tahun sekatan berkenaan berkata, Israel telah menjadikan Gaza sebagai penjara terbuka.

Pengarah HRW untuk Israel dan Palestin, Omar Shakir menjelaskan, golongan muda menghadapi bebanan akibat sekatan kerana mereka tidak mengenali Gaza sebelum ‘penutupan’ tersebut berlaku.

Sekatan itu juga sebenarnya turut mendapat perhatian daripada pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Michael Lynk pada bulan Julai 2020. Beliau menggesa supaya sekatan ke atas Gaza segera ditamatkan dan mendakwa Israel melakukan jenayah hukuman kolektif.

Foto: Reuters & Anadolu Agency

IKLAN
Kanak-kanak di Gazakesihatan mentalpalestinsinarislamplus
Previous

Empat amalan kecil tetapi besar ganjarannya

June 17, 2022
Next

Bela ular atau binatang liar, apakah hukumnya?

June 20, 2022

Related posts

GAMBAR PORTAL FB (13)
Antarabangsa,

Bagaimana Arab Saudi menukar tanah tandus dan padang pasir menjadi hijau?

by Fatin Fatihah HussinJanuary 9, 2023
logo halal Kemboja
Antarabangsa,

Penggunaan logo halal palsu oleh restoran meningkat di Kemboja

by Sarrah MohsinJanuary 9, 2023
GAMBAR PORTAL FB (1)
Antarabangsa,

Nukilan surat Adam Ayyad sebelum syahid yang meruntun jiwa

by Fatin Fatihah HussinJanuary 5, 2023
Untittled Image - 2023-01-04T211949.535
Antarabangsa,

Ilmuan fiqh terkemuka Jordan, Sheikh Muhammad Naim Yasin meninggal dunia

by Fatin Fatihah HussinJanuary 4, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.