Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Antarabangsa, Berita Semasa,

Iman Vellani, wajah di sebalik adiwira Marvel Muslim yang pertama

by Sarrah MohsinMay 30, 2022
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
iman vellani
PELAKON muda, Iman Vellani menggambarkan pengalamannya berlakon sebagai Kamala Khan dalam rancangan televisyen baru Disney+.

WAKTU itu tahun 2014. Sedang membelek-belek buku komik Marvel di sebuah kedai buku di Kanada, Iman Vellani terlintas sesuatu.

Persis wajahnya sendiri, imej yang dilihat gadis tersebut adalah Kamala Khan, adiwira Marvel Muslim yang pertama.

Siapa sangka selang beberapa tahun ke hadapan, Iman berpeluang membawa watak Kamala Khan dalam rancangan televisyen terbaru dari perkhidmatan langganan video atas talian, Disney+ yang bertajuk, ‘Ms. Marvel’, seperti yang dilaporkan agensi berita Arab News.

“Saya tidak sangka dapat memainkan watak tersebut. Kamala Khan adalah sebab utama saya mula meminati komik. Kami berdua serupa. Saya dari Pakistan, beragama Islam dan peminat fanatik adiwira. Begitu juga dia.

Ini kali pertama saya mendengar cerita sebegini. Saya jatuh cinta dengan wataknya,” ujar Iman dalam satu sidang media.

Iman Vellani

KAMALA khan adalah adiwira Muslim pertama yang dihasilkan oleh syarikat terkemuka, Marvel.

IKLAN

Ketika menerima tawaran berlakon berkenaan, Iman masih di bangku sekolah menengah. Dia yang tidak pernah berlakon secara profesional sebelum ini kemudiannya diterbangkan ke luar negara untuk bertemu dengan presiden Marvel Studios, Kevin Feige.

Terasa bagaikan dalam mimpi, Iman masih dalam proses menghadam apa yang telah dialaminya.

Melalui tawaran berlakon tersebut, dia bukan sahaja berpeluang melibatkan diri dalam francais komik kegemarannya, malah ia juga memberi kesempatan kepada Iman untuk menyelami asal usul dirinya.

“Sebelum muncul di rancangan ini, saya tidak begitu peduli tentang asal usul saya sebagai orang Pakistan. Walaupun saya dilahirkan di Pakistan, saya berpindah ke Kanada sewaktu berusia satu tahun. Ketika itu, saya tidak mempunyai rakan sebaya dengan latar belakang serupa.

Saya rasa kesunyian. Walaupun saya rapat dengan kawan-kawan sekolah, namun pengalaman hidup kami berbeza,” ulasnya.

Iman Vellani

DENGAN memainkan watak kegemarannya, Iman juga berpeluang mendalami asal usul dirinya sebagai Pakistan-Muslim.

Di set lakonan, Iman bertemu dengan ramai pelakon Asia Selatan yang sebelum ini hanya mampu ditatapnya menerusi kaca televisyen.

“Sememangnya ia antara pengalaman berharga buat saya apabila dapat berkawan dengan orang Asia Selatan lain. Tempoh hari, saya dan rakan artis, Rish Shah duduk bersama mendengar lagu Bollywood di lokasi set.
Itu kali pertama saya berpeluang bergaul dengan orang dengan latar belakang yang sama dan ia benar-benar mengubah perspektif saya,” kata Iman.

IKLAN

Tambahan pula, dia dijaga oleh Pengarah Kandungan dan Perkembangan Watak Marvel serta salah seorang pencipta watak Kamala, Sana Amanat yang juga seorang Pakistan-Muslim. Kata Iman, Sana merangkap kakak angkatnya di set.

“Saya bersyukur dapat bekerja dengan ramai wanita dan bangsa minoriti yang lain. Saya juga gembira melihat usaha Marvel untuk menjadi lebih inklusif dengan menghasilkan watak-watak seperti Kamala. Moga-moga ia membuka banyak peluang baru pada masa hadapan,” katanya lagi.

Yang menariknya, perjalanan hidup watak Kamala tidak jauh berbeza dengan pengalamannya sendiri.

Iman Vellani

MEMPUNYAI enam episod, rancangan televisyen berkenaan bakal menemui penonton Disney+ bermula 8 Jun 2022.

“Sepanjang rancangan dijalankan, kami sama-sama belajar mengenali diri dan warisan keturunan kami. Berbanding dulu, kini saya boleh katakan saya bangga menjadi Pakistan-Muslim.” Ujarnya.

IKLAN

Begitu pun, bukan mudah menjadi Kamala, menurut Iman. Memandangkan ini adalah projek pertamanya, dia menghadapi kesukaran untuk menjiwai watak berkenaan pada mulanya.

Namun, Pengarah talent Marvel, Sara Finn menjadi peniup semangat apabila beliau memberi galakan kepada Iman untuk hanya menjadi dirinya sendiri.

Rancangan televisyen Ms. Marvel bukan sahaja tentang kehidupan dari sudut pandang seorang rakyat Amerika-Muslim malah ia menelusuri pengalaman hidup sebagai remaja.

Iman vellani

IMAN Vellani juga akan membintangi filem Marvels yang akan ditayangkan pada 2023.

Bagi Iman yang mengecap populariti dalam satu malam sebaik sahaja rancangan itu dilancarkan, ada banyak lagi perkara yang harus dipelajari. Setelah Ms. Marvel, dia bakal menjalani penggambaran bersama artis terkemuka dunia, Brie Larson bagi filem ‘Marvels’ yang akan ditayangkan pada 2023 pula.

Dia juga sedar bahawa dia akan sentiasa dikenali sebagai ‘Adiwira Marvel Muslim pertama’. Namun, Iman berkata dia tidak membiarkan gelaran itu menghanyutkan dirinya.

“Sememangnya ia adalah suatu penghormatan apabila diberikan amanah oleh Marvel untuk menjayakan watak Kamala. Namun, saya tidak boleh terlalu taksub dengan gelaran ‘Adiwira Muslim Pertama’ itu jika saya ingin maju ke hadapan,” jelas Iman lagi.

Foto: Arab News, Youtube, Marvels

IKLAN
Previous

Bukhoor: Wangian sunnah terapi ketenangan

May 30, 2022
Next

Jika tinggalkan suruhan ALLAH, tetap berdosa walaupun 10 kali ke Makkah

May 30, 2022

Related posts

Wang sumbangan
Berita Semasa,

Bolehkah guna wang bantuan pihak sekolah untuk beli telefon?

by Nurulfatiha MuahJanuary 19, 2023
nafsu akal
Berita Semasa,

Ke mana hala 9 nafsu wanita? Ini jawapan Mufti

by Sarrah MohsinJanuary 18, 2023
GAMBAR PORTAL FB (67)
Berita Semasa,

Hilang di Mekah, usaha mencari Ustaz Musthafa masih diteruskan

by Fatin Fatihah HussinJanuary 18, 2023
babi
Berita Semasa,

Penyakit demam babi Afrika sedang berleluasa, benarkah membunuh babi dapat pahala sunat?

by Sarrah MohsinJanuary 18, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.