Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Antarabangsa,

Hakim Ziyech derma gaji sebagai pemain Morocco kepada keluarga susah di negaranya

by Fatin Fatihah HussinDecember 16, 2022
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Untittled Image (32)
HAKIM ZIYECH - pemain sayap untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea dan pasukan kebangsaan Maghribi.- FOTO: SPORT BIBLE

HAKIM Ziyech atau lebih dikenali sebagai “The Wizard of Amsterdam” adalah pemain bola sepak profesional yang bermain sebagai pemain sayap untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea dan pasukan kebangsaan Maghribi.

Ziyech terkenal dengan kemampuannya untuk menggelecek bola, melakukan hantaran panjang, teknik, dan kemampuannya dari sepakan percuma.

Dikenali juga sebagai seorang pemain bola Muslim Morocco yang amat terkenal bahkan namanya menjadi sebutan warga dunia selepas tular di satu ciapan Twitter mengenai kisah inspirasi yang dilakukan beliau.

Ketika media antarabangsa sering menyebarkan berita negatif mengenai Hakim Ziyech, namun karakter sebenar pemain kebangsaan Morocco itu sangat berbeza daripada yang dilaporkan.

IKLAN

Biarpun sering dilabel sebagai pemain yang mempunyai ego yang tinggi, namun beliau kekal tenang dan tidak pernah membalas krtikan orang ramai terhadapnya termasuklah mewar-warkan kebaikan yang dilakukannya.

WANG daripada bonus sebanyak 5.4 bilion inilah yang akan menjadi sumbangan kepada keluarga susah di negaranya. –  FOTO: SPORT BIBLE

Menerusi satu ciapan pengguna di Twitter dikenali sebagai Khaled Beydoun, seorang peminat sukan dan profesor undang-undang telah mendedahkan satu perkara yang cukup menarik mengenai pemain Chelsea itu yang mana Ziyech tidak pernah mengambil satu sen pun gaji atau elaun ketika bermain untuk negaranya sejak tahun 2015.

Lebih mulia lagi, beliau mendermakan kesemua wang tersebut kepada staf pasukan dan juga keluarga miskin di negaranya Morocco.

Baca juga Golongan bukan Islam teruja melihat keunikan solat selepas terpandang Muslim bersolat pada kejohanan bola sepak Piala Dunia Qatar

Selain memberikan wangnya kepada keluarga miskin, Ziyech juga dikatakan telah menyumbangkan hasil gajinya itu kepada hospital untuk pesakit kanser.

IKLAN

Hakim Ziyech dilaporkan menerima bonus daripada pasukan kebangsaan Maghribi sebanyak USD 325 ribu atau bersamaan 5.4 bilion untuk penyertaannya di Piala Dunia 2022. Difahamkan wang inilah yang akan menjadi sumbangan kepada keluarga susah di negaranya.

ZIYECH tidak pernah mengambil satu sen pun gaji atau elaun ketika bermain untuk negaranya (Morocco) sejak tahun 2015. – FOTO: SPORT BIBLE 

Walaupun mempunyai karakter seorang yang sangat menjaga privasi, namun kebaikan yang dilakukan akhirnya tular di media sosial.

IKLAN

Ini adalah satu tindakan yang cukup terpuji daripada seorang bintang bola sepak terkenal dunia yang mana beliau enggan memperbesarkan segala kebaikan yang dilakukannya.

Kisah inspirasi ini wajar dijadikan contoh kepada seluruh warga dunia, bukan semata ingin mengejar populariti namun jika ada contoh baik yang ditunjukkan maka ia patut dijadikan sebagai teladan.

Ziyech juga telah menambah senarai antara pemain bola sepak dermawan dari tanah Afrika. Sebelum ini, terdapat Sadio Mane dan Mohamed Salah yang membantu memakmurkan kampung halaman masing-masing.

Baca juga Pendapatan tahunan 5juta pound (RM26juta), pemain bola ini infakkan untuk saham akhirat

Terdahulu, tular Sadio Mane apabila gaji yang hampir mencecah RM2 juta sebulan telah menjadikannya sebagai jutawan pemurah apabila pendapatan yang diterima disalurkan untuk pembangunan kebajikan di kampungnya.

Ikuti kami di Tiktok, Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube Sinar Islam Plus

IKLAN
Previous

Pengantin lelaki berinai 3 jari ketika berkahwin, apa hukumnya?

December 16, 2022
Next

Kalau orang curi barang depan mata, kena berhenti solat ke?

December 16, 2022

Related posts

GAMBAR PORTAL FB (13)
Antarabangsa,

Bagaimana Arab Saudi menukar tanah tandus dan padang pasir menjadi hijau?

by Fatin Fatihah HussinJanuary 9, 2023
logo halal Kemboja
Antarabangsa,

Penggunaan logo halal palsu oleh restoran meningkat di Kemboja

by Sarrah MohsinJanuary 9, 2023
GAMBAR PORTAL FB (1)
Antarabangsa,

Nukilan surat Adam Ayyad sebelum syahid yang meruntun jiwa

by Fatin Fatihah HussinJanuary 5, 2023
Untittled Image - 2023-01-04T211949.535
Antarabangsa,

Ilmuan fiqh terkemuka Jordan, Sheikh Muhammad Naim Yasin meninggal dunia

by Fatin Fatihah HussinJanuary 4, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.