Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Antarabangsa,

Biadapnya pemimpin Sweden bakar al-Quran, umat Islam wajib tegakkan kesucian kalam ALLAH SWT

by Sarrah MohsinJanuary 23, 2023
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Sweden bakar al-Quran
SEBUAH protes mengecam tindakan pemimpin Sweden, Rasmus Paludan diadakan berhadapan Konsulat Sweden di Turkiye. Foto: Umit Bektas/Reuters

SEBAGAI umat Islam, al-Quran menjadi pegangan utama kita sebagai panduan melayari kehidupan di atas muka bumi.

Kitab suci yang penuh hikmah itu diibaratkan bicara ALLAH SWT kepada seluruh manusia menjadikan statusnya begitu tinggi dan mulia.

Justeru, al-Quran tidak boleh diperlakukan sembarangan atas tanda mengagungkan kalimah ALLAH. Jika perbuatan meletakkan kitab tersebut di atas lantai pun ditegah para ulama, apatah lagi perlakuan melebihi itu.

Atas sebab tersebut, umat Islam seluruh dunia mengutuk keras tindakan seorang pemimpin Sweden, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran di negara itu, baru-baru ini.

Baca juga Al-Quran bermotif corak tempatan bukti mukjizat ALLAH untuk semua

TINDAKAN anti-Islam oleh tokoh berhaluan kanan parti Stram Kurs, Rasmus Paludan dikutuk keras oleh masyarakat Islam seluruh dunia. Foto: Anadolu Agency

IKLAN

Tokoh berhaluan kanan parti Stram Kurs itu membakar senaskhah kitab suci di hadapan Kedutaan Turkiye setelah mendapat permit kerajaan Sweden sambil dikawal ketat pasukan polis.

Kebanyakan negara Islam termasuk Arab Saudi, Bangladesh, Iran dan Malaysia mengecam perbuatan kurang ajar pemimpin terbabit yang menggunakan alasan ‘kebebasan bersuara’ untuk menghina Islam.

Dalam pada itu, aksi biadap Paludan juga menyebabkan Turkiye bertindak balas membatalkan lawatan Menteri Pertahanan Sweden, Pal Jonson ke negara Uthmaniyyah berkenaan.

Baca juga Hebatnya lelaki dukung bapa tunai umrah ibarat kisah Uwais al-Qarni

Sweden bakar al-Quran

UMAT Islam bukan sahaja wajib menjaga mashaf al-Quran dengan baik, malah dalam masa sama, menegakkan kesucian kitab ALLAH SWT itu. Foto: Pexels

Kalam ALLAH, al-Quran wajib dimuliakan

Al-Quran yang mengandungi kalimah suci ALLAH wajib dimuliakan oleh seluruh umat Islam.

Kita bukan sahaja dituntut menjaga naskhah kitab yang dimiliki dengan baik, malah keagungan kalamullah perlu ditegakkan sebagai tanda semangat al-Quran meresap ke dalam jiwa.

IKLAN

Baca juga Gempa bumi Cianjur: 2 pelajar khatam al-Quran, guru yang dihempap kubah masjid terselamat

Memetik artikel disiarkan dalam laman web bincangsyariah.com, Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menjelaskan beberapa gambaran cara memuliakan dan menjaga kesuciannya al-Quran. Antaranya:

1. Jangan tindih al-Quran dengan buku lain. Sebaliknya, al-Quran perlu berada paling teratas walau apa jua buku sekalipun.

2. Meletakkan di pangkuan ketika membaca al-Quran dan bukannya di atas lantai atau tanah.

3. Jangan jadikan al-Quran sebagai bantal atau sandaran.

IKLAN

4. Jangan menuliskan al-Quran di atas tanah.

JANGAN sekadar menjadikan al-Quran sebagai perhiasan di rumah, sebaliknya ia perlu didalami serta diamalkan dalam kehidupan seharian. Foto: Google

Baca juga Hukum mencium al-Quran, ramai yang masih keliru tentang perkara ini. Jom hadamkan penjelasan pendakwah ini

Selain itu, pendakwah Mohd Hassan Adli Yahaya atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Hassan juga pernah mengingatkan masyarakat agar mendalami isi kandungan al-Quran dan bukan sekadar menggantung kalam suci ALLAH sebagai perhiasan di rumah.

“Ingatlah, apabila kita menggantung ayat suci al-Quran, ia bukanlah menjadi (perhiasan) semata-mata. Sebaliknya, ayat tersebut hendaklah kita lihat, baca dan mendalami maknanya.

“Tambahan pula, kita hidup pada akhir zaman yang penuh dengan ujian, fitnah dan sebagainya. Andai kita berpegang kepada kalam ALLAH dan hadis baginda, nabi sendiri memberi jaminan bahawa kita akan terselamat daripada kesesatan,” katanya.

Sumber: bincangsyariah.com

Foto: Reuters, Pexels & Google

IKLAN
islamswedenSweden bakar al-Quran
Previous

Ibu Dr. MAZA meninggal dunia

January 23, 2023

Related posts

WhatsApp Image 2023-01-20 at 12.32.34 PM
Antarabangsa,

Singgah ke Rumah Ngaji @ Ummi Darul Barakah di Kota Makkah

by Muhd Azman Mohd NawiJanuary 20, 2023
GAMBAR PORTAL FB (13)
Antarabangsa,

Bagaimana Arab Saudi menukar tanah tandus dan padang pasir menjadi hijau?

by Fatin Fatihah HussinJanuary 9, 2023
logo halal Kemboja
Antarabangsa,

Penggunaan logo halal palsu oleh restoran meningkat di Kemboja

by Sarrah MohsinJanuary 9, 2023
GAMBAR PORTAL FB (1)
Antarabangsa,

Nukilan surat Adam Ayyad sebelum syahid yang meruntun jiwa

by Fatin Fatihah HussinJanuary 5, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.