Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Berita Semasa,

Amalkan ayat ini, mudah-mudahan ALLAH ketemukan jodoh terbaik buat kita

by Nurul Fatiha MuahDecember 6, 2020
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter

HATI gusar memikirkan pertanyaan orang lain yang tidak pernah jemu bertanyakan soal jodoh. Pada mulanya, terasa rimas juga dengan persoalan yang tidak menemui noktahnya. Jalan terbaik adalah dengan membiarkan ia sepi tanpa jawapan.

Namun, lama-kelamaan terasa pertanyaan-pertanyaan tadi itu berbekas juga di hati. Kadangkala terasa risau apakah memang diri ini tidak dikurniakan jodoh atau memang lambat mendapatkan pasangan hidup?

Segelintir orang mungkin agak memilih dalam mencari pasangan hidup. Namun, tidak semua orang begitu. Ada yang sudah mencari, berkawan dan sebagainya, akhirnya tidak sampai juga ke jenjang pelamin.

Barangkali belum sampai masanya untuk diberikan pasangan hidup. Ya, pasti ada hikmah di sebaliknya. ALLAH SWT lebih tahu apa yang diperlukan oleh hamba-NYA. Namun begitu, ia bukanlah bermakna kita harus menyerah begitu sahaja.

Mahu atau tidak, kita hendaklah berusaha mencari jodoh kerana ia tidak datang bergolek, sama seperti rezeki juga. Biarlah usaha itu disulami dengan doa dan tawakal agar ALLAH SWT mengurniakan jodoh yang terbaik buat diri kita.

IKLAN

Pendakwah Datuk Ustaz Kazim Elias menasihatkan agar kita tidak terlalu sedih dan runsing memikirkan tentang jodoh.

“Yakinlah kepada ALLAH SWT. DIA akan berikan jodoh yang terbaik.

“Paling penting, banyakkan berdoa dan persiapkan diri jadi orang yang terbaik,” katanya dipetik menerusi video yang dikongsikan melalui Instagram miliknya baru-baru ini.

Ustaz Kazim turut berkongsi amalan yang boleh kita praktiskan setiap kali selepas solat agar dipertemukan jodoh terbaik. Caranya dengan mengamalkan ayat 1 hingga 3, Surah al-Ra’d.

Terjemahan ayat berkenaan berbunyi: “Alif, Laam, Miim, Raa. Ini ialah ayat-ayat Kitab (al-Quran); dan apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu adalah benar; tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman. ALLAH jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian IA bersemayam di atas Arasy; dan IA memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-NYA) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. ALLAH jualah yang mentadbirkan segala urusan; IA menerangkan tanda-tanda kekuasaan-NYA satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan). Dan DIALAH yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan daripada tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan ALLAH bagi kaum yang (mahu) berfikir.” (Surah al-Ra’d, ayat 1-3)

Jodoh

IKLAN

Ujar beliau, jodoh itu merupakan rahsia ALLAH. Tidak kiralah sekuat mana kita setia, selama mana kita menunggu dan sehebat mana kita merancang.

(Artikel berkaitan: Gemuruh nak kahwin tak lama lagi? Beri perhatian kepada beberapa soalan ni)

“Begitu juga, sekeras mana kita merancang dan sejujur mana kita berbahagi kasih, ia tetap rahsia ALLAH,” katanya.

Apa-apapun, beliau mengingatkan kita agar sentiasa memohon petunjuk ALLAH SWT dalam mencari jodoh.

“Jika proses taaruf itu dipermudahkan ALLAH, insya-ALLAH dialah jodoh yang terbaik. Jika sebaliknya, bersabarlah. Mungkin belum masanya untuk ALLAH temukan kita dengan jodoh yang terbaik.

Jodoh

IKLAN

“Teruskan berdoa dan beristikharah. Mohon petunjuk ALLAH. Sesungguhnya, hanya ALLAH tahu siapa jodoh yang terbaik untuk kita,” katanya.

Seandainya kita sudah memperoleh petunjuk, Ustaz Kazim menjelaskan, jika ia jodoh yang ditetapkan, pasti ALLAH akan mempermudahkan segalanya.

Begitupun, andai kata, jodoh kita lambat, beliau berpesan agar kita berbaik sangkalah kepada ALLAH. Barangkali ia supaya kita dapat berbakti kepada kedua ibu bapa.

“Apabila kita berbakti kepada orang tua, ALLAH SWT akan permudahkan rezekinya termasuklah jodohnya,” ujar beliau.

Justeru, usah bimbang jika belum dikurniakan jodoh lagi. Amalkan doa ini untuk mendapatkan jodoh yang baik.

Sumber: Instagram datoustazkazim

Foto: 123rf

IKLAN
berita-semasajodohJodoh terbaiksinarislamplus
Previous

Buat lelaki yang berambut panjang, ini peringatan tentang cara tunaikan solat

December 5, 2020
Next

Jangan mendongak atau mengeluh, lihatlah orang yang lebih rendah daripada kita untuk belajar bersyukur

December 7, 2020

Related posts

zamzam
Berita Semasa, Dalam Negara,

Jangan beli air zamzam secara runcit, mungkin tidak tulen

by Sarrah MohsinJuly 4, 2022
an (4)
Berita Semasa,

Hikmah daripada tarikh-tarikh penting sepanjang Zulhijjah 1443Hijrah

by Fatin Fatihah HussinJune 30, 2022
sangat biadap
Berita Semasa,

Sangat biadap, ayat al-Quran dicetak di bikini

by Sarrah MohsinJune 28, 2022
an (3)
Berita Semasa,

Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

by Fatin Fatihah HussinJune 22, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.