Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
    • Istimewa Panggilan Baitullah
    • Semarak Patriotik: 65 tahun Malaysia Merdeka
    • Rindu Rasulullah
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
    • Ibadah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
  • Aqidah
Berita Semasa,

Adab dalam pelupusan al-Quran

by Fatin Fatihah HussinDecember 6, 2022
1
Shares
Share on FacebookShare on Twitter
Untittled Image (7)
PROSES untuk melupus al-Quran memerlukan tertib yang betul bagi memelihara darjat kitab suci itu.

MASHAF atau sebarang bentuk bahan yang mengandungi teks al-Quran perlu dijaga kesuciannya dengan baik. Menjadi tanggungjawab dan kewajipan untuk setiap umat Islam bagi menjaga dan memuliakannya.

Kesucian al-Quran ini bukan sahaja perlu dijaga semasa proses menyalin atau mencetak malah, ia perlu dipelihara sehingga proses pelupusan.

Terdapat beberapa kaedah yang telah digariskan oleh para ulama dalam proses pelupusan al-Quran. Antaranya daripada hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA yang bermaksud:

“Sesungguhnya ‘Uthman bin ‘Affan R.A memerintahkan Zaid bin Thabit, Abdullah bin al-Zubair, Sai’d bin al-‘As dan ‘Abd al-Rahman bin al-Harith bin Hisyam supaya menulis semula dalam bentuk salinan Mushaf yang sempurna, ‘Uthman berkata kepada tiga orang lelaki Quraish: Sekiranya kamu tidak bersetuju dengan Zaid bin Thabit berkaitan sesuatu hal di dalam al-Quran, maka tulislah dalam gaya bahasa Quraish, sesungguhnya al-Quran diturunkan dengan bahasa mereka, lalu mereka melakukannya, sehingga menjadi banyak salinan daripadanya (mushaf), kemudian ‘Uthman memulangkan mushaf yang asal kepada Hafsah, dan dikirim ke seluruh pelusuk dunia, kemudian ‘Uthman memerintahkan supaya segala mashaf selain daripada mashaf yang asal agar dibakar.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

AL-QURAN mesti dipelihara kesuciannya pada setiap masa walau di mana-mana jua berada – FOTO: PEXELS

IKLAN

Seperti yang dinyatakan oleh Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) terdapat empat kaedah pelupusan al-Quran:

1. Bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran yang dibakar hendaklah menyeluruh tanpa tertinggal mana-mana bahagian yang tidak terbakar.

2. Bahan-bahan atau debu yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran yang telah dibakar hendaklah dipastikan di kumpul supaya tidak ditiup angin atau bersepah.

3. Bahan yang telah dibakar hendaklah ditanam pada tempat yang bersih atau tempat yang tidak dilalui orang atau dibuang ke dalam laut/sungai yang mengalir airnya.

4. Kerja-kerja pembakaran hendaklah dikawal selia oleh pegawai Jabatan Agama atau pihak yang mahu melupuskan bahan-bahan tersebut.

AKTIVITI pelepasan 6.8 tan abu Al-Quran ke laut selesai dilaksanakan pada petang Rabu lalu dengan kerjasama pelbagai agensi – FOTO: BERNAMA

IKLAN

JAWI tambah pusat pelupusan al-Quran

Memetik portal alhijrah online, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merancang untuk membina sebuah pusat pelupusan Al-Quran baharu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi meningkatkan keupayaan melupuskan naskhah suci tersebut, dengan tatacara yang benar.

Pengarahnya Datuk Mohd Ajib Ismail berkata Pusat Pemuliaan al-Quran Darul Kalam yang beroperasi di Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Kuala Lumpur, setakat ini hanya mampu melupuskan sebanyak 150 kilogram (kg) naskhah al-Quran yang rosak atau musnah dalam masa sehari.

IKLAN

Beliau berkata dengan adanya pusat pelupusan baharu tersebut, keupayaan melupuskan naskhah suci boleh dipertingkatkan sebanyak tiga kali ganda berbanding kadar sedia ada, iaitu sehingga sekitar setengah tan sehari menggunakan teknologi moden.

KAKITANGAN Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menunjukkan ketulan abu Al-Quran yang telah dikeringkan sebelum dilepaskan ke dalam laut ketika program Pemuliaan Al-Quran JAWI dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia di Perairan Selangor hari ini – FOTO: BERNAMA

Jika ia diluluskan dan ada peruntukan, proses pelupusan akan menjadi lebih pantas, kerana kita telah melakukan dengan beberapa pihak dan ia menggunakan teknologi yang lebih maju, bukan secara manual.

Terdahulu sebanyak 6.8 tan abu al-Quran dibawa dalam bentuk bongkah menaiki kapal MVPEDOMAN sejauh 12 batu nautikal dari Pelabuhan Klang untuk dilupuskan di tengah lautan. Pelupusan abu ayat suci itu dikendalikan oleh Pusat Pemuliaan Al-Quran Darul Kalam.

Mohd Ajib berkata, abu tersebut merupakan hasil daripada lebih 30,800kg naskhah al-Quran yang rosak atau musnah akibat banjir di sekitar Pahang dan Selangor pada tahun lepas, dan sejumlah naskhah yang dihantar sendiri beberapa pihak lain untuk dilupuskan.

 

Ikuti kami di Tiktok, Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube Sinar Islam Plus

IKLAN
Previous

Benarkah bergerak lebih tiga kali membatalkan solat?

December 5, 2022
Next

Solat pandang Kaabah tanpa melihat tempat sujud, apa hukumnya?

December 6, 2022

Related posts

turkiye gempa
Antarabangsa, Berita Semasa,

Solat hajat, jenazah ghaib untuk mangsa gempa Turkiye dan Syria bermula Maghrib malam ini

by Sarrah MohsinFebruary 7, 2023
GAMBAR PORTAL FB - 2023-02-04T125553.887
Berita Semasa,

KDN serbu rumah pangsa jadi tempat sembunyi al-Quran tanpa kelulusan

by Fatin Fatihah HussinFebruary 4, 2023
Hormat Barat terhadap Islam
Berita Semasa,

Hilangnya deria hormat Barat terhadap Islam

by Nurulfatiha MuahFebruary 4, 2023
My #QuranTime 2.0
Berita Semasa, Dalam Negara,

Jom saksikan My #QuranTime 2.0 di TV9 mulai 5 Februari ini

by Nurulfatiha MuahFebruary 3, 2023

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    Wanita wajib siasat jejaka yang akan dinikahi sebelum setuju dijadikan suami

    January 25, 2023
  • Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    Realiti pahit yang terpaksa ditelan rakyat Syria

    December 2, 2022
  • Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    Bantu segera, berjuta sedang sengsara di Syria

    July 29, 2022
  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.