Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Berita Semasa,

3 waktu utama doa dimakbulkan dalam bulan Ramadan

by Nurul Fatiha MuahApril 28, 2020
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter

RAMADAN begitu sinonim dengan bulan keampunan atau maghfirah. Namun begitu, keampunan tidak dapat diperoleh jika kita sendiri tidak berusaha untuk membuat permohonan.

Permohonan yang dimaksudkan ini adalah berdoa kepada ALLAH agar segala dosa kita diampunkan oleh-NYA.

Semua maklum bahawa doa merupakan ‘senjata’ bagi orang Islam. Alangkah ruginya seandainya kita tidak menggunakan ‘senjata’ itu dalam bulan Ramadan penuh barakah ini.

Ketahuilah bahawa ada saat-saat tertentu pada bulan Ramadan al-Mubarak ini, doa kita akan dimakbulkan oleh ALLAH SWT. Insya-ALLAH, permohonan dan pengharapan kita tadi akan dikabulkan seandainya kita bersungguh-sungguh dan berada dalam keimanan yang benar.

IKLAN

Ada tiga waktu utama terkabulnya doa dalam bulan Ramadan ini:

1. Waktu sahur

– Rasulullah SAW bersabda: “Tuhan kita telah turun ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir. Lantas, ALLAH berfirman: ‘Siapa sahaja yang berdoa kepada-KU, maka akan AKU kabulkan. Siapa yang meminta kepada-KU, maka akan AKU beri. Siapa yang meminta ampunan kepada-KU, maka akan AKU ampuni’.” (Riwayat al-Bukhari)

2. Ketika berpuasa

– Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tiga orang yang doanya tidak tertolak iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin yang adil dan orang yang dizalimi.” (Riwayat Ahmad)

– Menurut Imam Nawawi: “Disunatkan orang yang berpuasa berpuasa untuk memperbanyakkan doa demi urusan akhirat dan dunianya, juga ia boleh berdoa untuk hajat yang diinginkan, begitu pula jangan lupakan doa kebaikan untuk kaum Muslimin secara umum.” (Al-Majmu’, 6: 273)

3. Semasa berbuka puasa

– Sabda Rasulullah SAW: “Ada tiga orang yang doanya tidak ditolak iaitu pemimpin yang adil, orang yang berpuasa ketika dia berbuka dan doa orang yang terzalimi.” (Riwayat al-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

IKLAN

– Doa mudah dimakbulkan ketika berbuka kerana pada saat itu, orang yang berpuasa telah menyelesaikan ibadahnya dalam keadaan tunduk dan merendah diri. Ia sebagaimana disebutkan dalam Tuhfah al-Ahwadzi (7:278).

Selain itu, ada beberapa waktu lagi doa paling mustajab pada bulan Ramadan iaitu:

– Satu pertiga malam yang terakhir
– Malam lailatulqadar
– Ketika azan
– Di antara azan dan iqamat
– Ketika sujud dalam solat
– Ketika hujan turun

Kepada pembaca Sinar Plus, ayuh bersama-sama kita panjatkan doa dengan bersungguh-sungguh terutama pada bulan Ramadan.

Selain berdoa agar dosa kita diampunkan dan hajat-hajat peribadi, jangan lupa memohon supaya ALLAH segera mengangkat wabak Covid-19 dari muka bumi ini. Semoga ALLAH akan kabulkan segala permintaan kita.

IKLAN

Ingat! Doa orang yang berpuasa pada bulan Ramadan ini sangat mustajab. Namun begitu, jangan berputus harap seandainya doa kita tidak segera dimakbulkan.

Boleh jadi ALLAH tidak kabulkan segala permintaan sekarang, tetapi ‘disimpan’ untuk dimakbulkan dalam masa yang lain.

Apa yang penting usaha kita untuk terus berdoa kepada ALLAH yang mencipta sekalian alam dan menjadi tempat kita untuk bergantung harap. Hiasilah diri kita dengan sifat sabar yang terindah agar terus tekun memanjatkan doa walaupun mengambil masa untuk dikabulkan.

(Sumber: Rumaysho.com & Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

IKLAN
agamaPastiAdaSinarramadansinar islamsinar plusWaktu utama doa dimakbulkan
Previous

3 tahap puasa yang perlu kita tahu, ada kaitannya dengan martabat di sisi ALLAH

April 27, 2020
Next

Nak anak bakal lahir cantik dan bijak, betul ke ibu kena baca surah tertentu?

April 29, 2020

Related posts

an (4)
Berita Semasa,

Hikmah daripada tarikh-tarikh penting sepanjang Zulhijjah 1443Hijrah

by Fatin Fatihah HussinJune 30, 2022
sangat biadap
Berita Semasa,

Sangat biadap, ayat al-Quran dicetak di bikini

by Sarrah MohsinJune 28, 2022
an (3)
Berita Semasa,

Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

by Fatin Fatihah HussinJune 22, 2022
Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (22)
Berita Semasa,

Beri hadiah tidak senonoh di majlis perkahwinan. Apakah hukumnya?

by Fatin Fatihah HussinJune 21, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.