Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022
Sinar Islam Plus
  • Berita Semasa
    • Dalam Negara
    • Antarabangsa
  • Isu
  • Hukum
    • Soal Jawab Agama
    • Dari Fail Mahkamah Syariah
  • Iqtisad
    • Faraid
    • Perbankan Islam
  • Personaliti
  • Video
Berita Semasa,

3 cara merawat hati yang disakiti yang diajar ALLAH kepada Nabi Muhammad SAW

by Nurul Fatiha MuahOctober 31, 2020
0
Shares
Share on FacebookShare on Twitter

LIDAH dan mulut sememangnya tidak bertulang. Namun begitu, andai kedua-duanya tidak digunakan dengan sebaiknya, ia mewujudkan rasa ‘sakit’ kepada sesiapa yang mendengar apabila menuturkan bicara.

Masakan tidak, kata-kata tajam yang terpacul keluar dari bibir dan lidah kita ibarat menoreh luka kepada hati orang lain.

Dalam diam, sama ada sengaja atau tidak, kita terlanjur menyakiti hati orang lain. Kadangkala perkataan berbisa yang keluar dari mulut kita sebenarnya lebih sakit daripada kena pukul atau luka akibat kecederaan.

Darahnya barangkali tidak mampu dilihat. Namun, perasaan tersinggung yang dirasakan begitu dalam hinggakan apabila dibelah hati kita, barangkali membuak-buak darah akan mengalir.

Merawat hati

IKLAN

Bukan itu sahaja, apabila seseorang telah disakiti hatinya, begitu sukar untuk dirinya melupakan begitu sahaja.

Mungkin bibirnya menyebut kata-kata maaf, namun, tiada siapa apa yang ada dalam hatinya. Pastinya perasaan terluka sesekali akan datang menjengah walaupun tanpa sengaja.

Begitu juga halnya apabila hati kita disakiti akibat perbuatan orang lain yang dilakukan secara fizikal.

Apakah yang perlu kita lakukan saat hati kita disakiti? Apakah yang diajar oleh agama Islam bagi mengubati hati kit ini?

Sebenarnya, ALLAH SWT telah mengajar Nabi Muhammad SAW untuk mengubati hati apabila disakiti, kata pendakwah Ustaz Salman Maskuri atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Salman.

Firman ALLAH SWT: “Dan demi sesungguhnya KAMI mengetahui bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud. Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin (mati).” (Surah al-Hijr, ayat 97-99)

Kata Imam Bagawi, orang kafir mengejek Nabi Muhammad SAW apabila turunnya surah-surah yang diletakkan nama binatang, lalu turunnya ayat berkenaan.

Berdasarkan kalamullah berkenaan, jelas PU Salman, ALLAH sudah memberitahu kita tentang tiga tip penting dalam menangani sakit hati menerusi firman-NYA kepada baginda SAW.

Tiga ‘ubat’ sakit hati itu adalah:

IKLAN

1. Bertasbih memuji Tuhan

سبحان الله وبحمده (subhanallah wabihamdihi)

2. Solat 

Merawat hati

IKLAN

Antara solat berkenaan termasuklah solat sunat duha.

Menurut Imam Ibnu kathir, dalam hadis qudsi disebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hai anak Adam, jangan tinggalkan empat rakaat pada awal siang pasti ALLAH jadikan masalahmu hilang dan kerjamu sempurna pada akhir siang.” (Riwayat Abu Daud)

3. Istiqamah taat dan menyembah ALLAH SWT

Justeru, amalkanlah tip berkenaan andai hati kita disakiti oleh orang lain. Ingatlah, ALLAH SWT sentiasa ada dan MAHA MENDENGAR setiap keluhan kita.

Mengadulah kepada-NYA kerana hanya DIA sahajalah yang mampu merawat hati kita yang sakit itu.

Sumber: Facebook PU Salman

IKLAN
berita-semasaMerawat hatisinarislamplustip merawat hati yang disakiti
Previous

Senorita Kayangan: Cintailah Rasulullah SAW melebihi daripada diri sendiri, makhluk lain…

October 31, 2020
Next

Nabi Muhammad tidak menguap, ini keistimewaan yang ada pada baginda

November 1, 2020

Related posts

an (4)
Berita Semasa,

Hikmah daripada tarikh-tarikh penting sepanjang Zulhijjah 1443Hijrah

by Fatin Fatihah HussinJune 30, 2022
sangat biadap
Berita Semasa,

Sangat biadap, ayat al-Quran dicetak di bikini

by Sarrah MohsinJune 28, 2022
an (3)
Berita Semasa,

Waspada rumah tidak berpenghuni kerana jin gemar bertandang

by Fatin Fatihah HussinJune 22, 2022
Blue cupcake photo collage (770 × 513px) (22)
Berita Semasa,

Beri hadiah tidak senonoh di majlis perkahwinan. Apakah hukumnya?

by Fatin Fatihah HussinJune 21, 2022

Popular

  • Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    Taliban Tukar Bendera Afghanistan Menjadi “La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah”

    August 17, 2021
  • ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    ‘Laluan Tikus’ Perut Bumi Gaza, Strategi Perang Ditakuti Zionis

    May 21, 2021
  • UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    UEFA ‘Koyak’ Denda Celtic FC Kerana Palestin

    May 18, 2021
  • Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    Zakat perniagaan tetap perlu dibayar walaupun rugi

    February 25, 2021
  • Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    Lelaki Lumpuh Digeruni Zionis

    May 20, 2021

Ikuti Kami

Pilihan Editor

  • Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    Pelarian Syria: Cerita kita dan kisah mereka

    April 8, 2022
  • Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    Selain kefarduan solat, berikut perkara lain semasa peristiwa Israk dan Mikraj

    February 28, 2022
  • Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    Usah batalkan puasa ganti sesuka hati, ini penjelasannya

    February 21, 2022
  • Jangan mengeluh ketika hujan

    Jangan mengeluh ketika hujan

    February 4, 2022

© 2021 Sinar Karangkraf All rights reserved.