Author

Rabiulawal
Rindu Rasulullah,

13 peristiwa besar dalam bulan Rabiulawal

BANYAK peristiwa besar sepanjang bulan Rabiulawal tercatat dalam sejarah Islam berdasarkan pandangan ulama. Antara kisah yang paling diingati umat Islam adalah kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Dan tiadalah KAMI mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (Surah al-Anbiya’, ayat 107)

Terdapat beberapa khilaf mengenai tarikh kelahiran Baginda SAW ini. Seperti dikongsi Ketua Unit Bahasa Arab, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Pusat Pendidikan Universiti Malaya, Bachok, Kelantan, Dr Nor Hazrul Mohd Salleh.

Ujarnya, pandangan ulama banyak menyatakan tarikh 12 Rabiulawal sebagai tanggal kelahiran Rasulullah SAW. Namun, ada beberapa pandangan memilih tarikh 9 Rabiulawal sebagai tarikh yang lebih sesuai.

Baca Juga Agungnya mukjizat Rasulullah SAW, pohon kurma menangis dengar khutbah Baginda

Turut Disyorkan Semangkuk bubur talbinah pengubat hati penawar duka, ini cara Rasulullah

“Hujah mereka adalah mengikut kiraan ahli falak (astronomi) hari Isnin dalam bulan Rabiulawal tahun Gajah (mengikut hadis daripada Nabi SAW) bukanlah pada tanggal 12 Rabiulawal, bahkan jatuh pada 9 Rabiulawal, iaitu bersamaan 22 April tahun 571 Masehi.

“Namun, dalam konteks ini, bukanlah asas pegangan kita kepada perkara tidak disepakati ulama. Hakikatnya, kelahiran Baginda Rasulullah SAW adalah satu lakaran sejarah yang berjaya merubah seluruh alam.

“Malah, baginda juga membawa sinar cahaya kebenaran ke serata dunia dengan mengeluarkan manusia daripada kegelapan jahiliah kepada nur (cahaya) Islam berpandukan al-Quran,” katanya.

PANDANGAN ulama banyak menyatakan tarikh 12 Rabiulawal sebagai tanggal kelahiran Rasulullah SAW. 

13 peristiwa besar

Memetik perkongsian shafiqolbu.blogspot, bulan ketiga dalam kalendar Hijrah itu merakamkan pelbagai peristiwa besar yang menjadi ingatan kepada seluruh umat mukmin.

Antaranya ialah:

1. Rasulullah SAW dilahir pada 9 Rabiulawal tahun Gajah (23 April 571 Masihi).

2. Baginda berkahwin dengan Siti Khatijah binti Khuwailid pada 10 Rabiulawal.

3. Nabi Muhammad SAW diangkat sebagai Rasul pada 1 Rabiulawal ketika berusia 40 tahun.

4. Rasulullah SAW bersembunyi di Gua Hira’ pada 2,3 & 4 Rabiulawal.

5. Sewaktu berhijrah ke Yatsrib (Madinah), Baginda singgah di Qubah pada 8 – 12 Rabiulawal.

6. Baginda membina Masjid Quba’, masjid pertama dalam sejarah Islam pada hari Isnin 8 Rabiulawal.

7. Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan menunaikan solat Jumaat yang pertama.

8. Di antara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

9. Baginda wafat pada Isnin 12 Rabiulawal tahun ke-11 Hijrah (7 Jun 632 Masihi), di rumah Aisyah selepas sakit selama 13 hari.

Sepanjang hayat Rasulullah SAW, baginda hanya pernah mengerjakan haji hanya sekali sahaja yang dikenali sebagai Haji Wada’. Foto: Freepik

10. Para sahabat melantik dan membai’ah Saidina Abu Bakar RA menjadi khalifah di Dewan Bani Sa’idah pada hari Rasulullah wafat.

11. Pada zaman saidina Abu Bakar, tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra berjaya menaluki Iraq dalam bulan Rabiulawal dan memulakan pemerintahan Islam.

12. Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka Baitul Muqaddis pada bulan Rabiulawal tahun 583 Hijrah.

Baca Juga Telinga berdengung tanda Rasulullah rindu, benarkah begitu?

13. Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada bulan Rabiulawal tahun 897 Hijrah. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Sesungguhnya, Rabiulawal terlalu sarat dengan peristiwa penting. Tidak cukup andai kita sekadar membaca tanpa menghayatinya. Sama-samalah kita mengambil iktibar daripada kisah-kisah berkenaan buat renungan bersama.

Kota Jericho
Antarabangsa,

Kota purba Jericho Palestin disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO

KOTA Purba Jericho (Tell es-Sultan) telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui sebuah jawatankuasa khas.

Lapor Al Jazeera, keputusan yang telah dikritik oleh Israel itu dibuat semasa mesyuarat Jawatankuasa Warisan Dunia PBB di Riyadh, Arab Saudi pada Ahad di bawah naungan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB, UNESCO.

“Tell es-Sultan, merupakan sebuah bukit yang mana telah wujud perkampungan pertama manusia, sejak zaman Gangsa 2,600 Sebelum Masihi (SM).

Baca Juga Hima Tapak Warisan Dunia Keenam Arab Saudi Diiktiraf UNESCO

“Ia hanya sekitar 2 kilometer dari bandar pertama Yerikho, yang mengandungi sejarah penting kepada bangsa Yahudi, termasuk sinagog abad pertama SM.

“Penempatan kekal telah muncul di sini pada abad ke-9 hingga ke-8 SM kerana tanah oasis yang subur dan mudah mendapatkan air,” kata UNESCO dalam laman webnya.

Jericho: Kota paling tua di dunia

PELANCONG melawat tapak prasejarah Tell es-Sultan, berhampiran bandar Palestin Jericho [Hazem Bader/AFP]. 

Menelusuri kembali sejarah Jericho seperti dikongsi thepatriots.asia di laman sesawangnya, kota yang terletak di Tebing Barat Palestin ini merupakan sebuah penempatan paling tua di dunia.

Lokasinya yang dikelilingi oleh mata air menjadi tarikan manusia selama beribu-ribu tahun. Malah, ahli arkeologi telah menemui 20 lapisan yang merekodkan sejarah penempatan sehingga sejauh 10,000 tahun.

Kisah kota Jericho ini kemudian menarik minat ahli arkeologi sejak penemuan pertama pada tahun 1868.

Baca Juga Selain Madain Saleh, ini 5 lagi lokasi kota pernah dilaknat ALLAH SWT

Turut Disyorkan Stadium bergema, bacaan al-Fatihah penyokong Maghribi untuk mangsa gempa bumi

Aktiviti ekskavasi yang ditaja oleh Palestine Exploration Fund membuahkan hasil apabila seorang ahli arkeologi bernama Charly Warren menemuinya di kawasan bernama Tell es-Sultan.

Beliau percaya apa yang ditemui ialah lokasi kota Jericho sebenar. Tempat tersebut terletak berhampiran air mata berna Elisha’s Spring, sesuai dengan penerangan dalam kitab Bible.

Kempen ekskavasi tersebut telah menemui dinding dalam pengesahan milik sebenar kota Jericho serta memahami kisah pertempuran antara kaum Israel yang diketuai oleh Joshua dengan tentera Jericho.

 AHLI arkeologi telah menemui 20 lapisan yang merekodkan sejarah penempatan sehingga sejauh 10,000 tahun! 

Selain itu, terdapat juga ‘tinggalan’ yang mengesahkan tinggalan bangunan dalam lokasi ekskavasi ialah kota Jericho. Bukti itu adalah kesan serangan dan terbakar pada tinggalan tersebut, berlaku sekitar 1,550 SM dan 1,400 SM.

Pada tahun 1950-an, projek ekskavasi yang diketuai oleh Kathleen Kenyon telah menemui 17 buah dinding pada Zaman Gangsa.

Dinding tersebut menunjukkan kerosakan oleh gempa bumi dan sebahagian cela tersebut adalah akibat serangan orang nomad.

Baca Juga Elak kekeliruan, Al Ula bukan tempat dilaknat Nabi tetapi kota Saleh atau Mada’in Saleh

Kenyon turut menemui menara batu setinggi 8.5 meter yang dibina pada 8,000 SM, menjadikan ia adalah binaan batu tertua.

Kini, kota berusia 10,000 tahun menjadi tumpuan pelancong dengan pemandangan memukau apabila berada di 21 meter tinggi dari paras laut.

UAI_HUKUM
Hukum,

Tudung isteri tidak boleh disedekahkan bila meninggal, perlu dibahagikan secara faraid – UAI

Tudung isteri tidak boleh disedekahkan bila meninggal, perlu dibahagikan secara faraid – Ustaz Azhar Idrus

URUSAN mengenai faraid harta pusaka tidak boleh diambil ringan oleh umat Islam apabila ada ahli keluarga meninggal.

Walaupun perkara ini nampak remeh dan mengambil masa yang lama untuk selesai, ia perlu dilakukan dengan rapi supaya urusan si mati selesai di dunia.

Ini juga termasuk dalam beberapa soalan yang diajukan kepada Ustaz Azhar Idrus dalam satu cermah beliau mengenai pakaian dalam simpanan apabila isteri meninggal dunia.

Baca Juga Curi atau terambil barang orang tanpa izin, apa perlu kita buat

Adakah pakaian dan tudung arwah isteri boleh disedekahkan dengan begitu sahaja?

Menurut lelaki berkenaan, isterinya memiliki kira-kira 164 helai tudung dalam simpanan. Selepas membuat pengiraan tersebut, timbul pertanyaan di mindanya tentang apa yang harus dilakukan dengan koleksi tudung tersebut apabila isterinya meninggal dunia.

“Adakah tudung-tudung tersebut boleh disedekahkan kerana kedua-dua anaknya adalah lelaki? Ataupun tudung perlu dibahagikan berdasarkan sistem faraid?,” tanya lelaki itu.

Ustaz Azhar Idrus kemudian menjelaskan bahawa harta koleksi tudung isteri tidak boleh disedekahkan kerana ia automatik menjadi harta pusaka.

“Jawapannya tidak boleh. Kerana setiap benda yang bermanfaat akan menjadi harta pusaka,” katanya.

MEMBELI barang baru dan menyimpan barang tertentu adalah halal di sisi syariat. Namun, perbelanjaan harta benda perlu diseimbangkan dengan tanggungjawab di dunia selaku seorang muslim.  

Pendakwah popular itu menjelaskan bahawa persepsi sebahagian masyarakat terhadap harta pusaka selalunya hanya terikat kepada beberapa barangan seperti duit, emas, tanah dan rumah.

Namun sebenarnya segala-galanya adalah harta pusaka selagi boleh diambil guna atau memberi bermanfaat.

Beliau kemudian turut memberikan beberapa contoh ringkas berkenaan harta pusaka yang boleh difahami dengan mudah. Antara contih yang diberikan adalah:

“Selipar sebelah, tidak menjadi harta pusaka. Kalau dua belah, menjadi harta pusaka. Walaupun selipar murah, (misalnya) RM5 sahaja, (tetapi) boleh dipakai dan diambil manfaat oleh orang lain, itu harta pusaka. Sudu satu? Harta pusaka, wajib faraid”, katanya lagi.

Artikel Berkaitan 

Namun begitu, beliau berkata sekiranya waris bersetuju untuk disedekahkan, barulah perkara itu dibolehkan. Perkara ini jangan dibuat main terutamanya para suami perlu peka dengan hal sebegini.

“Apabila mati, semuanya balik menjadi milik ALLAH, sebab itu waris tidak boleh buat suka-suka. Bila (harta) jadi hak waris? Selepas melalui dua perkara. Pertama, bayar hutang agama dan kedua bayar hutang manusia. Baki baru menjadi milik waris,” katanya lagi.

BARANG yang tidak digunakan tidak elok disimpan. Sebaliknya, lebih baik jika barang tersebut diberi kepada orang yang memerlukan sekaligus memberikan ganjaran bersedekah. Foto: Canva

Beri harta yang tidak digunakan kepada orang lain

Menurut Habib Ali Zainal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid pula, harta sebenar seseorang individu adalah harta yang diberikan kepada orang lain. Apabila seseorang telah meninggal, hartanya akan secara langsung dipindahkan kepada ahli waris dan tidak lagi menjadi miliknya.

Rasulullah SAW telah berkata kepada para sahabat, bahawa harta milik individu adalah harta yang diinfakkan, manakala harta yang disimpan adalah milik ahli waris.

Habib Ali turut menceritakan satu kisah ketika Rasulullah segera pulang ke rumahnya setelah bersolat tanpa berzikir terlebih dahulu seperti yang biasa dilakukannya. Apabila ditanya oleh para sahabat, baginda berkata bahawa dia teringat tentang wang yang belum diberikannya kepada orang tertentu. Baginda segera melakukannya kerana risau ajal akan menemuinya terlebih dahulu sebelum sempat memberikan wang kepada orang yang berhak.

Turut Disyorkan Jangan simpan benda tak pakai, koleksi barang dan harta juga akan dihisab

Selain itu, satu hadis memperincikan bahawa lebih baik untuk memberi barang yang tidak digunakan kepada orang yang lebih memerlukan.

“Sesiapa yang memakai pakaian yang baru, hendaklah dia mengucapkan “Segala puji bagi ALLAH yang telah memakaikan aku sesuatu yang dapat menutup auratku dengannya dan telah memperindahkan diriku di dalam kehidupan ini. Kemudian dia pergi kepada pakaian yang telah ditanggalkannya itu (pakaian lama) lalu dia menyedekahkannya, maka dia berada di bawah lindungan ALLAH, pemeliharaan-NYA dan ditutup (keaibannya) semasa hidup dan selepas meninggal dunia.” (Hadis Riwayat Umar Al-Khattab)

KOTA-KOTA DILAKNAT ALLAH SWT
Berita Semasa,

Selain Madain Saleh, ini 5 lagi lokasi kota pernah dilaknat ALLAH SWT

BARU-BARU ini, isu seorang selebriti Malaysia berkunjung ke Kota Al Ula telah membuka mata masyarakat Malaysia berkenaan sejarah tempat tersebut.

Perihal itu secara tidak langsung telah mengajak umat Islam di sini untuk mendalami ilmu baru iaitu mengenali beberapa lokasi pelancongan yang pernah menjadi tempat dilaknat oleh ALLAH SWT.

Berikut merupakan lima lokasi tersebut seperti dikongsi oleh portal siraplimau.com.

1.Madain Saleh

MADAIN SALEH

Madain Saleh adalah kota kuno yang terletak di wilayah utara Hijaz dan suatu masa dulu, tempat ini dihuni oleh kaum Tsamud iaitu kaum Nabi Saleh AS. Mereka dianggarkan hidup sejak 3,000 tahun sebelum Masihi di antara zaman Nabi Nuh AS hingga ke zaman Nabi Musa AS.

Kaum Tsamud diazab dan dibinasakan dengan gempa bumi yang dahsyat kerana mendustakan Nabi dan membunuh unta Nabi Saleh AS.

Firman ALLAH SWT “Dan orang-orang yang zalim itu dibinasakan oleh satu letusan suara yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.” (Surah Hud, ayat 67)

Pada 2008, tapak ini telah digazetkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.

2. Negeri Kaum Aad

NEGERI KAUM AAD

Kaum Aad hidup di jazirah Arab, di suatu tempat bernama Al-Ahqaf yang terletak di utara Hadramaut antara Yaman dan Oman. Mereka kaum penyembah berhala bernama Shamud, Shada dan al-Haba.

Dalam sejarah, terdapat dua kaum Aad. Kaum Aad awal atau pertama dan kaum Aad akhir atau kedua. Nabi Hud diutus pada kaum Aad awal.

Kaum Aad dibinasakan oleh ALLAH SWT kerana kekufuran mereka dan tidak pernah merasa puas dengan segala kemewahan dan kemegahan yang mereka peroleh.

ALLAH SWT berfirman “Maka (masing-masing menerima azab dunianya) – adapun Thamud (kaum Nabi Soleh), maka mereka telah dibinasakan dengan (petir) yang melampau dahsyatnya. Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya, yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang.” (Surah Al-Haqqah, ayat 5-7)

3. Laut Mati (Dead Sea) atau Kota Sodom

LAUT MATI

Kaum Nabi Luth AS dihancurkan kerana melakukan perbuatan keji seperti merompak, mencuri serta melakukan seks dengan jantina sejenis iaitu homoseksual. Walapun sudah diingatkan oleh Nabi Luth AS, namun umatnya tidak mahu menuruti perintah ALLAH hinggakan ditimpa azab yang sangat pedih.

Berdasarkan penerangan cendekiawan Islam, umat Nabi Luth AS adalah di Kota Sodom iaitu di daerah yang sekarang dikenali dengan nama Laut Mati, di sempadan antara Israel dan Jordan.

Berdasarkan ahli arkeologi pula, mereka menyatakan sekitar 1,800 hingga 2,350 Sebelum Masihi, terdapat kehidupan di tempat berkenaan dan kehidupan itu mati akibat gempa bumi dan ditimpa dengan batu-batu.

Firman ALLAH dalam kalam-NYA “Maka apabila datang (masa pelaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri Kaum Luth itu diterbaliknya (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar menimpanya bertalu-talu.” (Surah Hud, ayat 82)

4.Laut Merah atau Laut Kulzum

LAUT MERAH

Laut Merah terletak di Lautan Hindi, di antara benua Afrika dan Asia yang berada di utaranya Semenanjung Sinai, Teluk Aqabah dan Terusan Suez.

Siapa yang tidak tahu tentang kisah Firaun? Firaun dan tenteranya diazab ALLAH dengan cara ditenggelamkan di Laut Merah. Laut Merah menjadi bukti DIA MAHA BERKUASA dan saksi kekuasaan-NYA menyelamatkan Musa dari pasukan Firaun yang merupakan raja zalim.

Beberapa penemuan sejarah membuktikan ayat al-Quran bahawa ia adalah lokasi Firaun tenggelam bersama tenteranya ketika memburu Nabi Musa AS.

Firman ALLAH “Maka Kami pun membalas mereka, lalu Kami menenggelamkan mereka di laut dengan sebab mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.” (Surah al-A’raf, ayat 136)

5.Kota Pompeii, Itali

KOTA POMPEII

Kota Pompeii terletak di sebelah timur Gunung Vesuvius, Kota Naples, Itali yang didirikan sekitar abad ketujuh atau keenam sebelum Masihi oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.

Masyarakat Pompeii menjadikan kota itu sebagai kota pelacuran dan aktiviti seks bebas.

Kehancuran kota Pompeii berlaku secara tiba-tiba tanpa disedari masyarakat tersebut, selepas terjadinya letusan gunung Vesuvius. Lebih mengejutkan, penemuan tubuh manusia yang menjadi batu itu berada dalam posisi seperti sedang melakukan persetubuhan termasuk liwat.

Artikel Berkaitan

Situasi ini tidak mustahil berlaku kerana dalam al-Quran banyak firman-NYA mengenai bencana yang berlaku secara tiba-tiba terhadap kaum dulu kala yang melakukan kezaliman.

Antaranya, menerusi surah Yaasin ayat 29, “(Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi”.

Sumber : Wings Mirul

MAGHRIBI
Antarabangsa,

Stadium bergema, bacaan al-Fatihah penyokong Maghribi untuk mangsa gempa bumi

PERTEMUAN Maghribi menentang Burkina Faso dalam perlawanan bola sepak persahabatan di Perancis Selasa lalu bertukar ‘hening’ seketika apabila bacaan surah al-Fatihah bergema di stadium.

Demikian situasi yang terjadi semasa pembukaan perlawanan persahabatan tersebut yang berlangsung di Stadium Lens’ Bollaert-Delelis di Perancis yang dihadiri ribuan penyokong kedua-dua negara berkenaan.

Lapor Agensi Anadolu, difahamkan bacaan surah al-Fatihah oleh penyokong Maghribi itu adalah ditujukan buat mangsa-mangsa gempa bumi di Maghribi serta banjir di Libya yang terjejas teruk sejak beberapa hari lalu.

Baca Juga Masjid bersejarah Maghribi runtuh akibat gempa bumi

Meskipun hanya beberapa saat, namun rakaman kejadian itu tersebar ke serata dunia maya dan meraih pelbagai reaksi yang cukup hangat daripada segenap masyarakat.

Rata-rata warga maya memuji tindakan penyokong Maghribi yang majoritinya Muslim atas jasa baik bacaan surah pembuka al-Quran itu, selain turut bersimpati dengan mangsa bencana berkenaan.

Dalam pada itu, perlawanan persahabatan tersebut menyaksikan Maghribi menang 1-0 ke atas Burkina Faso hasil jaringan oleh Azzedine Ounahi pada minit ke-36.

 

 

Keadaan terkini Maghribi

Sementara itu, meninjau keadaan terkini di Maghribi, mangsa yang terselamat daripada gempa bumi paling dahsyat dalam tempoh lebih enam dekad telah diberikan bekalan makanan dan juga tempat perlindungan oleh pasukan keselamatan.

Memetik portal France24, jumlah korban pada Selasa melaporkan sekurang-kurangnya 2,901 terbunuh dan seramai 5,530 cedera dalam gempa bumi berukuran 6.8 magnitud yang melanda lewat Jumaat lepas.

Artikel Berkaitan

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dilapor masih berada di tempat-tempat runtuhan untuk mencari mangsa di kawasan tersebut.

Khemah kuning kerajaan telah diletakkan di tapak perkhemahan bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal di kawasan paling teruk, iaitu di selatan Marrakesh, dengan banyak kampung di pergunungan High Atlas musnah sepenuhnya.

MENURUT World Health Organization (WHO), lebih 300,000 penduduk terjejas di Marrakesh dan kawasan sekitarnya juga telah banyak merosakkan tempat bersejarah.

“Satu-satunya yang tinggal di kampung itu ialah nama mereka,” kata Fatima Benhamoud, 39, berhampiran pusat pengedaran untuk tempat perlindungan sementara.

Keluarganya tinggal di salah sebuah khemah yang diletakkan di sebuah taman di Amizmiz, yang menjadi pusat bantuan untuk kampung pergunungan, kerana rumah mereka tidak lagi selamat.

Turut Disyorkan ‘Lelaki kucing Aleppo’, adiwira menyelamatkan lebih 40 ekor kucing selepas tragedi gempa bumi Turkiye-Syria

Ketibaan pusat perlindungan adalah petunjuk bahawa bantuan mula mengalir tetapi ia bertujuan sementara dan tidak akan mencukupi sama sekali terhadap musim sejuk dan hujan yang semakin hampir.

Di hab pelancongan Marrakesh, di mana pusat bersejarahnya yang tersenarai UNESCO mengalami keretakan dan kerosakan lain, ramai keluarga masih tidur di tempat terbuka, berselimut di dataran awam kerana takut akan gegaran susulan.

subuh_challenge
Gaya Hidup,

Subuh ‘challenge’ Masjid Temerloh terima jemaah luar biasa

JARANG sekali untuk melihat masjid berada dalam keadaan sesak ketika waktu awal pagi, di mana ketika azan Subuh sedang dilaungkan.

Perkara tersebut tidak menjadi masalah bagi Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang terletak di Taman Temerloh Jaya.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @fendibinismail, ia menunjukkan suasana di rumah ALLAH itu ketika masuk waktu Subuh.

Dalam video tersebut boleh dilihat kehadiran para jemaah dari pelbagai peringkat umur yang memenuhi barisan saf di masjid itu pada setiap kali solat Subuh.

Baca Juga Menghadap ilahi ketika beri kuliah subuh, ini coretan sahabat lama Ustaz Dr Soberi Awang

Biarpun bagi sesetengah orang, ia menjadi cabaran untuk menunaikan solat Subuh di masjid namun tidak untuk para jemaah di Temerloh.

“Ini solat Subuh, jam sekarang 6.30 pagi, baru sahaja selesai solat Subuh di Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya.

“Seluruh Malaysia tengok jemaah solat Subuh ini, penuh. Seolah-olah anda melihat jemaah sedang menunaikan solat Jumaat,” katanya.

Video tersebut memaparkan keadaan di masjid itu ketika para jemaah sedang menunaikan solat Subuh.

 

@fendibinismail #SubuhChalangge2023 #JomImarahMasjid #MasjidTJMasjidKita ♬ original sound – FBI

 

Seperti masjid yang lain, ruang solat masjid itu juga boleh menempatkan puluhan jemaah dan semasa solat Subuh tersebut, setiap barisan saf dipenuhi jemaah hingga ada yang terpaksa solat di hadapan pintu masuk.

Perkara itu merupakan satu perihal yang membanggakan kerana ia menunjukkan masyarakat di situ bersemangat untuk melakukan solat jemaah walaupun pada waktu awal pagi hari.

Disebabkan ia adalah perkara yang baik, adalah wajar untuk para jemaah di negeri lain mencontohi masjid berkenaan yang sentiasa dipenuhi dengan jemaah yang luar biasa ketika Subuh.

Turut Disyorkan Tiada istilah sedekah Subuh? Ini fakta yang wajib diketahui

“Sahut cabaran ini, share seluruh Malaysia. Sama-sama kita imarahkan masjid, penuhkan masjid solat jemaah di masjid,” ujarnya.

Keutamaan solat Isyak dan Subuh berjemaah

Seringkali kita mendengar perumpamaan “orang yang paling kuat adalah orang yang mampu mengalihkan selimutnya untuk bangun subuh”.

tinggal solat jemaah

SABDA Nabi SAW, “Luruskan saf-saf kalian, kerana meluruskan saf termasuk dalam sebahagian menegakkan solat (berjemaah).” (Hadis Riwayat al-Bukhari) Foto:123RF

Demikian betapa kuatnya seseorang itu apabila berjaya bangkit meninggalkan tidur demi melaksanakan subuh terutamanya untuk solat berjemaah.

Seperti dikongsi Portal myHadith Jabatan Kemajuan Islam Malaysia iaitu sebuah matan hadis mengenai keutamaan solat Isyak dan Subuh berjemaah.

Artikel Berkaitan 

Daripada ‘Uthman bin ‘Affan katanya: Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa menghadiri solat Isyak berjemaah, maka dia mendapat pahala solat separuh malam. Sesiapa solat Isyak dan Subuh berjemaah, maka dia mendapat pahala seperti pahala solat sepanjang malam.

Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada Ibn ‘Umar, Abu Hurairah, Anas, ‘Umarah bin Ruwaibah, Jundab bin ‘Abdullah bin Sufyan al-Bajali, Ubaiy bin Ka‘ab, Abu Musa dan Buraidah.

Abu ‘Isa berkata: Hadis ‘Uthman adalah hadith hasan sahih. Hadith ini juga telah diriwayatkan daripada ‘Abd ar-Rahman bin Abi ‘Amrah daripada ‘Uthman secara mauquf. Diriwayatkan juga melalui sanad lain daripada ‘Uthman secara marfu’.

solat berjemaah

DIRIKAN solat berjemaah kerana darjat pahalanya 27 kali lebih baik berbanding solat bersendirian. – Foto: Pexels 

Pengajaran Hadis

1. Hadis ini menceritakan kelebihan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah. Dalam hadis lain Nabi SAW pernah bersabda “Solat yang paling berat bagi orang munafiq ialah solat Isyak dan Subuh. Jika kamu mengetahui apa yang terdapat di dalamnya maka kamu akan mendatangi keduanya walaupun dengan merangkak”.

2.Perumpamaan dengan sesuatu tidak mengharuskan sesuatu itu dilakukan. Perumpamaan Nabi SAW bahawa sesiapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah maka seolah-olah dia solat sepanjang malam. Ini tidak bermaksud solat sepanjang malam dibolehkan.

Apa yang dimaksudkan ialah dari segi pahala yang diperolehi daripada solat Isyak dan Subuh berjemaah. Terdapat riwayat menyebutkan bahawa Aisyah pernah berkata bahawa Nabi SAW menghidupkan keseluruhan malam.

Menghidupkan malam bukan dengan solatnya semata-mata tetapi juga dengan berzikir, bersahur dan seumpamanya. Malah, Nabi SAW pernah melarang ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘as solat sepanjang malam.

chef
Berita Semasa,

Chef dedah realiti dunia masakan, ini nasihat buat Muslim

KALAU malas nak memasak, pilihan yang ada adalah makan di luar iaitu di restoran yang berdekatan.

Asalkan nampak halal dan ramai Muslim, pasti restoran itu akan menjadi pilihan bagi mengisi perut yang lapar.

Rentetan isu yang tular baru-baru ini di media sosial mengenai restoran nasi ayam claypot popular di Sri Petaling didakwa menggunakan ‘rice wine’ dalam masakan.

Seorang pemilik restoran Abang Ameen Cuisine & Grill, Abang Ameen tampil berkongsi hakikat sebenar kerjaya sebagai seorang Chef apabila tidak semua kedai makanan berlaku jujur ketika memasak. Hal ini kerana beliau sendiri terlibat secara langsung dalam dunia tersebut.

Baca Juga Nasi ayam claypot viral, JAKIM sahkan tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)

Ameen mendedahkan kepada khalayak maya akan realiti sebenar dunia masakan. Jelasnya ada banyak perkara ‘terselindung’ yang orang awam tidak tahu, khususnya yang melibatkan unsur syubhah mahupun diragui status halalnya.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook peribadi miliknya, apa yang ingin dikongsikan itu bukan bertujuan membuka pekung di dada atau menyinggung perasaan sesiapa, sebaliknya sekadar berkongsi pengalaman.

BARU-BARU ini tular sebuah video berkenaan status halal sebuah premis nasi ayam dalam periuk tanah (claypot) yang menggunakan wain beras (rice wine) dalam masakan.

“Ini lah realiti yang harus kami tempoh sebagai seorang Chef demi secebis ilmu.

“Di sebalik makanan tersimpan seribu kelicikan. Berwaspadalah saudara semua apa yang hendak kita makan.

“Seandainya semua orang tahu apa yang telah kami (semua chef) ketahui nescaya kamu semua akan sangat takut untuk makan sebarangan. Kesangsian kami terhadap makanan sangatlah tinggi. Kerana kami kebanyakannya tahu akan kelicikan itu.

Baca Juga 

“Saya telah melalui pelbagai fasa dalam mengharungi dunia masakan ini. Pendek kata saya telah memasak pelbagai hidangan. Baik yang halal mahupun yang haram.

“Bukan hanya sekadar babi, tetapi ia lebih dari itu. Termasuk lah anjing yang harus di bakar kulitnya untuk mendapatkan isinya. ular sawa dan katak itu adalah hidangan biasa. Segala-galanya telah saya lalui demi secebis ilmu.

“Apatah lagi masakan yang menggunakan wain, samsu, sake ,vodka dan tequila ia adalah permainan untuk meningkatkan aroma dan rasa ketagihan.

MASAKAN yang menggunakan wain, samsu, sake ,vodka dan tequila ia adalah permainan untuk meningkatkan aroma dan rasa ketagihan. -Foto: Pexels 

“Lemak-lemak protein haiwan juga digunakan sebagai base (ibu) pada masakan. White stock dan roux yang dihasilkan menjadi veloute. Lalu ia digunakan dalam semua masakan untuk rasa yang sangat umami. Veloute yang paling sedap adalah terhasil dari tulang sumsum seekor babi.

“Darah dan lemak juga sering digunakan di dalam menghasilkan stock, ia di masak hingga sebati dengan ramuan yang mana bila kita hirup rasanya tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Maka jadilah kita seperti Raja Bersiong yang hidup dalam ketagihan.

Turut Disyorkan Restoran ada tanda ‘no pork’, ‘pork free’ bukan 100 peratus halal

“Jadi ingin saya berpesan di sini, berhati-hati lah kalian semua jika ingin menikmati hidangan di luar.
Terutama nasi ayam, mi kari, sup dan segala makanan jenis berkuah. Carilah yang halal bukan yang syubhah (ragu-ragu).

“Jangan mudah percaya dengan papan tanda “NO PORK , NO LARD” kerana di sebalik perkataan itu tersembunyi tipu daya yang maha dahsyat,” tulisnya.

Titipnya lagi, kepada semua Chef Muslim, memasaklah dengan penuh beretika dan bertanggungjawab kerana kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap perkara yang kita lakukan atas dunia ini.

bulan_safar
Aqidah,

Tiada ‘SIAL’ dalam bulan Safar, kepercayaan mengarut boleh merosakkan aqidah

Safar bulan yang kedua dalam kalendar Islam. Dalam bahasa Arab Safar bermaksud kosong.

Dalam lipatan sejarah Islam, bulan Safar mencatatkan pelbagai peristiwa besar dan penting yang sewajarnya menjadi bahan renungan bersama setiap Muslim dalam kehidupan seharian.

Walaupun begitu, masih terdapat sebahagian umat Islam terutama yang lemah akidah keimanan mempercayai kepada prasangka buruk atau nahas terhadap bulan Safar ini, khususnya pada hari Rabu akhir bulan.

Perkara ini demikian dikongsi oleh Dekan Pusat Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi mengenai kepercayaan mengarut sesetengah masyarakat akan sial di bulan Safar ini.

Baca Juga Benarkah akan berlaku ‘kekacauan’, ‘kesialan’ pada 13 September?

Ujarnya, malang sekali apabila mereka percaya dalam bulan Safar ini ALLAH SWT akan turunkan puluhan ribu bala ke atas umat manusia, sedangkan bala sentiasa berada di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja yang dikehendaki ALLAH.

“Justeru, berdasarkan kepercayaan karut tersebut, ada umat Islam menulis ayat-ayat tersebut iaitu ayat wifiq pada kertas atau pinggan mangkuk yang kemudian diletak dalam tempayan atau kolam atau perigi atau seumpamanya untuk diminum atau bermandi-manda dengan air tersebut kononnya untuk mendapatkan perlindungan daripada bala buruk pada hari tersebut.

peristiwa Safar

BULAN Safar dianggap sebagai bulan yang membawa sial bagi masyarakat Arab Jahiliyyah dahulu. Foto: 123RF

“Perlu ditegaskan kepercayaan karut itu berpunca daripada amalan atau kepercayaan jahiliah yang dilarang Islam.

“Sehubungan itu, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud “Tidak ada penyakit berjangkit, tidak ada sempena (baik atau buruk) melalui burung-burung berterbangan, tidak ada sial pada burung hantu dan tiada nahas dalam bulan Safar. Hendaklah setiap daripada kamu melarikan diri daripada pesakit kusta sebagaimana kamu melarikan diri daripada singa yang bengis. (Hadis Riwayat Bukhari)

“Maksud hadis Rasulullah jelas menegaskan jangan sekali-kali umat Islam beriktikad penyakit berjangkit boleh memberi kesan dengan sendirinya atau sangkaan sial majal atau nahas bulan Safar itu berupaya memudaratkan kehidupan manusia,”.

Artikel Berkaitan 

“Sebaliknya apa juga peristiwa buruk atau baik, berjangkit atau tidak sesuatu penyakit itu semuanya daripada kekuasaan dan kehendak ALLAH,” Katanya.

Setiap Muslim perlu ambil langkah berwaspada

Tambahnya lagi, dalam yang masa sama, Rasulullah berpesan kepada setiap Muslim agar mengambil langkah berwaspada semasa berhadapan musibah dengan memerintahkan supaya melarikan diri daripada pesakit kusta dan jangan menghampiri mereka.

“Ini bukan bererti penyakit kusta boleh berjangkit dan memudaratkan orang ramai, sebaliknya larangan tersebut menyingkap suatu tindakan berjaga-jaga dan berusaha memelihara diri daripada meletakkan diri ke kancah bahaya dan kemusnahan.

KEPERCAYAAN bulan Safar adalah bulan sial, jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah. 

“Bukankah ALLAH sudah berfirman yang bermaksud “Belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama ALLAH dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan perelokkanlah perbuatan kamu kerana sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya”. (Surah Al-Baqarah ayat 195)

“Berdasarkan keterangan nas-nas tersebut, nyatalah bahawa apa yang dipercayai dan diamalkan sebahagian umat Islam selama ini iaitu kepercayaan bulan Safar adalah bulan nahas atau sial, burung hantu burung sial dan seumpamanya adalah suatu kepercayaan yang karut dan bertentangan dengan ajaran Islam.

“Begitu juga upacara atau pesta mandi laut, bersuka ria dengan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa batas dan sebagainya kononnya untuk mengelak daripada bala bulan Safar bertukar wajah sebagai pesta menambah dosa dan mencari bala kerana kadang-kadang ada yang mati lemas akibat kelalaian sendiri, malah ada yang tergamak melakukan perbuatan terkutuk di sisi syarak semasa pesta tersebut.

Turut Disyorkan Tak boleh bunuh semut, tetapi bagaimana jika serangga itu bawa mudarat?

“Selain itu, terdapat juga orang tua di negara ini yang tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan atau majlis keramaian pada bulan Safar kerana dikhuatiri pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat atau tidak bahagia.

“Kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah sehingga boleh menyebabkan seseorang menjadi syirik kerana percaya kepada bulan, bukannya pada kuasa ALLAH,” ujarnya.

Masjid Tinmel
Antarabangsa,

Masjid bersejarah Maghribi runtuh akibat gempa bumi

LEBIH 2,000 orang maut selepas gempa bumi kuat melanda negara Maghribi pada malam Jumaat. Kejadian berlaku kira-kira jam 11.11 malam waktu tempatan.

Gempa bumi yang berlaku itu antara yang paling kuat melanda negara tersebut dalam tempoh lebih daripada satu abad.

Menurut World Health Organization (WHO), lebih 300,000 penduduk terjejas di Marrakesh dan kawasan sekitarnya juga telah banyak merosakkan tempat bersejarah.

Antaranya tapak sejarah terpenting di pergunungan Atlas, sebuah masjid yang dibina pada zaman dinasti pertengahan yang menyaksikan penaklukan Afrika Utara dan Sepanyol pada ketika itu.

Baca Juga Diinspirasikan Asmaa ul-Husna, masjid di Sulawesi ini ada 99 kubah indah

Media Maghribi melaporkan, sebahagian daripada Masjid Tinmel telah runtuh. Gambar-gambar yang tular menunjukkan dinding dan menara masjid telah runtuh.

Menjawab soalan Reuters mengenai kerosakan yang dilaporkan pada Tinmel, sumber Kementerian Kebudayaan Maghribi berkata, “Kementerian telah memutuskan untuk memulihkannya dan akan memberi peruntukkan,” tanpa memberikan sebarang butiran lain.

MAGHRIBI isytihar tiga hari berkabung selepas dilanda gempa bumi yang dahsyat. / Foto: TRT World

Masjid Tinmel atau Tinmal Mosque ini dibina pada abad ke-12 zaman dinasti Muwahhidun (Almohad). Terletak di pergunungan Atlas dan merupakan pusat penubuhan empayar dinasti yang dipelopori oleh Ibnu Tumart.

Ia dianggap salah satu seni arkitektur terpenting dinasti Muwahhidun yang masih kekal berdiri. Namun, kini ia telah musnah secara keseluruhan.

Agensi kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNESCO berkata, mereka telah dimaklumkan mengenai kemusnahan Masjid Tinmel dan kini masih menunggu untuk menghantar pasukan bagi menilai kerosakannya.

Gempa bumi berukuran 6.8 magnitud itu merupakan paling dahsyat di kawasan itu sejak 1900. Banyak bangunan dan rumah tradisional penduduk setempat telah musnah.

Baca Juga 5 kisah meruntun hati di sebalik gempa bumi Turkiye-Syria

Gempa bumi itu juga menyebabkan kerosakan pada bandar lama Marrakesh, tapak Warisan Dunia UNESCO, di mana sebuah menara tumbang dan sebahagian tembok bandar bersejarah runtuh bersama beberapa rumah tradisional.

Maghribi isytihar tiga hari berkabung

Sementara itu, Raja Maghribi Mohammed VI telah mengisytiharkan tiga hari berkabung negara untuk mangsa gempa bumi yang berlaku Jumaat.

ORANG ramai bersedih di hadapan mayat mangsa yang terkorban dalam gempa bumi di Moulay Brahim, wilayah Al Haouz, pada 9 September 2023. / Foto: AFP

Bendera akan dikibarkan separuh tiang di semua bangunan awam semasa tempoh berkabung, dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita rasmi Maghreb Arabe Press.

Raja Maghribi juga mengarahkan pembentukan jawatankuasa menteri untuk membangunkan rancangan pembinaan semula rumah yang musnah.

Turut Disyorkan Masyarakat dunia bantu mangsa gempa Turkiye-Syria, ada sinar di sebalik bencana

Baca Juga Gempa bumi, bencana yang ALLAH telah jelaskan banyak kali dalam al-Quran

Kementerian Dalam Negeri Maghribi juga memaklumkan pihak berkuasa telah “menggerakkan semua sumber yang diperlukan untuk membantu kawasan yang terjejas”.

Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata Turkiye bersedia membantu Maghribi yang dilanda gempa bumi dengan segala cara yang ada.

Selain Turkiye, beberapa negara turut menawarkan bantuan kemanusiaan seperti Sepanyol, Algeria, India, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta negara-negara lain.

Salam takziah kepada keluarga yang terkorban dan terkesan.
إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم ارحم أهالينا ضحايا الزلزال رحمة واسعا واجعلهم من الشهداء يا أرحم الراحمين

gambar_tular
Berita Semasa,

Nasi ayam claypot viral, JAKIM sahkan tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan, premis nasi ayam claypot dekat Seri Petaling, yang tular di media sosial berkenaan status halalnya yang menjadi pertikaian netizen, bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.

JAKIM dalam kenyataan di Facebook rasminya, berkata jabatan itu tidak pernah mengeluarkan pensijilan halal terhadap makanan yang dijual di premis terbabit.

“Sehubungan dengan itu, pengguna Muslim dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dalam memilih premis makanan yang ingin dikunjungi.

Baca Juga Minuman Nutri Malt keluaran Carlsberg tidak layak mohon sijil halal

“Pastikan premis yang dipilih adalah pemegang sijil halal yang sah daripada JAKIM,” katanya menurut kenyataan itu.

Baru-baru ini tular sebuah video berkenaan status halal sebuah premis nasi ayam dalam periuk tanah (claypot) di Seri Petaling yang menggunakan wain beras (rice wine) dalam masakan.

JABATAN Agama Islam Malaysia (Jakim) telah mengesahkan kedai nasi ayam claypot viral itu tiada status Halal. 

Dalam video tersebut, dikatakan bahawa pemilik restoran itu beragama Islam dan makanan yang disajikan tersebut halal.

Namun, ada akaun TikTok mendedahkan bahawa ketika dia mengunjungi restoran yang dimaksudkan sebelum viral, dia mendapati kedai tersebut ada menggunakan minyak bijan dan juga campuran ‘rice wine’.

Sudah ‘kantoi’ baru menggelabah

Menurut pengguna TikTok tersebut, restoran itu didakwa menyajikan makanan yang dicampur bahan tidak halal. Justeru isu ini meraih perhatian ramai, maka penjelasan daripada pemilik restoran berkenaan turut dinantikan.

Dalam masa yang sama, ada juga yang meninggalkan komen di TikTok berkenaan mengakui sebagai seorang Cina Muslim, dia mengesahkan bahan tambahan yang digunakan itu mengandungi alkohol dan tidak halal.

Menurutnya, perencah masakan yang digunakan itu adalah satu jenama ‘rice wine’ yang mengandungi 16% alkohol di dalamnya.

PERENCAH masakan yang digunakan itu adalah satu jenama ‘rice wine’ yang mengandungi 16% alkohol di dalamnya.

Lebih mengejutkan, selain tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu yang sedang berlaku, pihak restoran mengumumkan bahawa restoran mereka akan ditutup sementara waktu untuk kerja-kerja penambahbaikan.

Berikutan penutupan itu, rata-rata warga maya mempersoalkan tindakan restoran itu yang disifatkan ingin ‘lari’ dari menjawab persoalan yang diketengahkan selain ada yang mendakwa ia ditutup selepas pecah tembelang menggunakan ‘rice wine’.

Artikel Berkaitan 

Umat Islam wajib berhati-hati terutama apabila melibatkan pemilihan makanan kerana ia merupakan sumber santapan harian.

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki SPHM, sila layari Portal Rasmi Halal Malaysia di  https://www.halal.gov.my/v4/.  

Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.