Waspada, jaga aqidah anda, ini hukum makan ‘sajian sembahan berhala’…
“WAH sedapnya kuih dan buah-buahan dekat tokong tu”
“Agaknya kalau ambil untuk makan ni, boleh ke tidak ye?” bisik Ahmad dalam hatinya.
Situasi di atas pasti pernah berlaku kepada sesiapa sahaja. Manakan tidak, tiap kali melalui tempat ibadah agama lain, pasti akan ada makanan dan buah-buahan yang lazat sebagai simbol kepada sembahan berhala tersebut.
Sebagai seorang Muslim sememangnya kita diharamkan untuk memakan sembelihan penganut agama lain yang terdiri daripada penyembah berhala, penganut agama majusi, dan seumpamanya.
Baca Juga ‘Tiket konsert mahar nikah’, Muslimin perlu elak syubhah
Maka pada keadaan di atas, adakah hukumnya sama seperti hukum memakan makanan yang disembelih oleh orang bukan Islam juga?
Berdasarkan persoalan itu, Sinar Islam Plus telah merujuk Mufti Wilayah di laman Al-Afkar #103: Hukum Muslim Memakan Makanan Dan Buah-Buahan Sembahan Bagi Berhala.
Kata al-Imam al-Qurtubi Rahimahullah di dalam tafsirnya: Telah berkata Abu Umar: dan tidak mengapa dengan memakan makanan golongan penyembah berhala, orang Majusi dan sekalian yang tiada kitab (bukan ahli kitab) dari kalangan kufar selama mana ia (makanan) bukan dari sembelihan mereka.
Ini menunjukkan bahawa memakan makanan yang disediakan oleh orang bukan Islam adalah dibolehkan tetapi semestinya makanan tersebut bukan daripada haiwan sembelihan mereka.
Baca Juga DJ / MC, jagalah 3 batas ini supaya tugasan tidak jatuh haram
Namun begitu, terdapat juga sebahagian ulama yang melarang umat Islam untuk memakan buah-buahan dan seumpamanya sepertimana hukum yang sama bagi haiwan sembelihan bukan Islam.
Ini adalah adalah perbuatan syirik, kerana makanan tersebut adalah makanan yang disembah kepada dewa atau berhala sebagai tanda untuk mendapat sesuatu ganjaran yang baik di dalam urusan hidup.
Kata al-Habib Abdur Rahman bin Muhammad di dalam penulisannya: Jika sekiranya tujuaannya penyembahannya kepada selain daripada ALLAH SWT sepertimana dengan mengagungkannya sama seperti ALLAH SWT, seperti sembelihan yang dipersembah sebagai penghargaan dan menjadi sesuatu tanda mendekatkan diri dan sebagai penghapusan dosa, maka perbuatan ini mengakibatkan kekafiran dan binatang sembelihan yang disembahkan itu menjadi bangkai.
Turut Disyorkan 3 hukum masuk rumah ibadat agama lain, umat Islam wajib hadam sepenuhnya
Mufti berpandangan bahawa memakan makanan yang disembelih oleh orang bukan Islam (bukan ahli kitab) yang dipersembahkan kepada berhala adalah haram.
Adapun begitu, memakan buah-buahan atau sejenis yang dipersembahkan kepada berhala adalah dibolehkan. Tetapi haram jika diambil dengan cara mencuri.
Namun sebaiknya dijauhkan daripada melakukan perbuatan tersebut sebagai keluar daripada khilaf. Begitu juga, sekiranya seseorang itu atas dasar waraknya dia dalam menjaga keperibadian diri, dinasihatkan agar dielakkan untuk memakannya tetapi tidak melarang orang lain berbuat begitu bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan masyarakat.
Halal dan haram itu jelas
Firman ALLAH SWT “Wahai orang-orang yang beriman, Makanlah daripada benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu…” (Surah al-Baqarah ayat 172)
Ayat tersebut merupakan suruhan ALLAH SWT kepada hambanya untuk mencari rezeki daripada sumber yang terbaik lagi halal. Tuntutan supaya berwaspada dan berhati-hati dalam mencari rezeki adalah amat penting kerana ia adalah zat yang akan bersatu menjadi darah daging manusia itu.
Artikel berkaitan [VIDEO] Elakkan hantar makanan tak halal, ini yang wajib kita tahu…
Kerana sesungguhnya seorang hamba yang memakan daripada sesuap rezeki yang haram ke dalam perutnya. Nescaya ALLAH SWT tidak akan memakbulkan doanya selama 40 hari dan setiap daging yang tumbuh daripada perkara yang haram dan riba, maka api nerakalah yang layak baginya.
Bukan itu sahaja, Nabi SAW mengajar umatnya menjauhi perkara syubhah kerana dibimbangi akan terjebak ke dalam perkara-perkara yang haram.
SUMBER: MUFTI WILAYAH